Thursday, July 7, 2011

* Fakkir Qabla An Tatakalla *

Befikirlah sebelum berkata-kata...
Itulah maksud kata-kata "Fakkir Qabla  An Tatakalla "
Andai ada yang tebaca, dan rasa ertinya silap tolonglah betulkan sebab saya belajar bahasa arab tak habis dulu...
Bersekolah di sekolah yang bahasa pengantaranya bahasa Arab pun tak sampai berapa bulan...
Budak ta ro jim alif lam, tak larat nak dikelilingi orang-orang yang hipokrit dan terjerumus dalam alam menghipokritkan diri sendiri...
Opsss! Dah lari tajuk sekejap...
Mungkin ada rakan-rakan yang terperasan status FB dan BBM ku dalam dua hari ni bergilir menggunakan ayat tersebut...
Berfikirlah sebelum berkata-kata kerana adakalanya kata-kata yang keluar dari mulut itu lebih tajam dari pedang peperangan...

* Kata-kata lebih tajam dari pedang pancung kepala orang nih *
Lihatlah saja dimana-mana, kini perang tak perlu guna senjata...
Guna suara, mikrofon duduk bertentangan arah diseberang jalan atau depan mata pun boleh jadi...
Tapi status yang kutuliskan itu  bukan merujuk kepada perang mikrofon....
Ini lebih kepada umum kepada seorang perseorangan yang mungkin memang nak dicarut oleh ramai orang dan orang keliling....
Adakalanya kita terlalu mengikut perasaan...
Terbaca, terlihat, terpandang dan terdengar sesuatu kita jadi tak boleh menahan...
Lantas terlontarlah segala-gala...

* Mulut tempayan, besen even kolam boleh ditutup dikambus tapi kalau mulut orang? Erkkk.. *
Selepas itu?
Sendiri mahu ingat...
Bila semua dikeliling dah berkata-kata, menikus dan tak mencuit...
Oh dunia....Macam nilah lumrah manusia....
Aku tak mahu menuding kepada sesiapa...
Ini juga suatu peringatan buat diri sendiri...
Tapi andai ada yang tercuit rasa..Tak tahulah...
Setiap insan ada kekurangan dan kita cuba untuk menambah baik diri masing-masing...
Bukan untuk menjadi seorang yang perfect tapi cukup untuk buat kita gembira dan insan-insan dikeliling kita merasa selesa...
Berfikirlah sebelum kita melakukan sesuatu...Bukan hanya tika ingin berkata-kata.....
Buat diri sendiri, aku kini lebih suka dan lebih banyak menjadi pemerhati daripada mengeluarkan kata-kata...
Buat teman-teman yang lama tak bertemu dengan aku pasti terkejut andai melihat aku tak sekecoh dulu...
Baru-baru ini dah terbukti...
Bila usia dah bertambah makanya akal juga perlu seiring...
Malas nak fikir dan layan benda yang remeh temeh kecuali sensitiviti ku dicuit...
Awas! Saat itu memang fire fighter perlu bersedia....
Aku menulis di sini secaram random, tak usah ambil serius....
Sekadar ingin memuntahkan kata-kata melalui hujung jari....
Mungkin keadaan keliling akhir-akhir ini turut mempengaruhi apa yang aku luahkan kala ini...
Buat yang rasa-rasa terfikir apa yang aku fikirkan, aku hanya menulis disini secara random ya...=P
Tak usah dipandang secara serius...
Kalau tersama dengan yang hidup ataupun mati, sorry....

#Akhir-akhir ni aku lebih suka menulis sesuatu yang serius yang bermain di kepala dan keadaan yang berlaku dikelilingku...

0 comments: