Friday, July 22, 2011

* Dream Girls *


Malam tadi aku sangat enjoy sebab berkesempatan ke Panggung Sari Istana budaya untuk menonton teater muzikal broadway Dream Girls...Bunyi macam hasil dari kerja dari Negara omputih tapi hakikatnya ia adalah produksi dari negara kita iaitu hasil tangan Broadway Academy yang diadaptasi daripada sebuah TV series...Setelah lama tidak menonton teater, semalam aku dapat tiket free ke teater ini...Kredit kepada Puan Puteri Nuur untuk tiket tersebut...Seronok ok sebab dapat berlibur dalam masa kita sebenarnya sedang tertekan dengan tugasan ...


* Kami The Ladies yang dapat tix.free..The Guys 3 org tak interframe...*
Baiklah , The Dreams atau nama asal kumpulan tersebut The Dreamettes sebenarnya mengisahkan tentang tiga gadis kulit hitam yang nak jadi top dan popular yang terdiri dari Effie White (Dina NAzir & Elvira Arul), Deena Jones (Cheryl Samad), Lorelle Robinson( Azura Zainal) dan abang Effie, C.C White ( Dafi) yang mencuba nasib dalam satu ujibakat yang menemukan mereka dengan Curtis Taylor Jr. (Tony Eusoff)...

Terdapat beberapa watak penting lagi dalam kisah ini seperti Jimmy Early dan pengurusnya Marty...Pelbagai pergolakan antara sahabat, adik beradik, naik turun dan perubahan industri muzik diceritakan...Nak tahu kisah selanjutnya boleh baca di sini : istanabudaya-dreamgirls atau boleh pergi sendiri menonton teater ini...

Pada aku teater muzikal macam ni sangatlah seronok ditonton sebab penuh warna warni, muzik yang best, penari-penari yang sangat lincah terutamanya dari watak-watak utama...Sewaktu mereka menari, kakiku seakan mahu menari bersama mungkin sebab dah berhenti menari kot..Gian..Hahaha..

* Aku yang sangat enjoy dengan persembahan malam tadi...=D *
Stamina mereka memang tinggi kerana mereka boleh menyanyi sambil menari...Aku memang tabik bab ni sebab even kalau kita menari sahaja pun kita perlu pandai menyusun nafas...

Dalam teater ini aku sangat terpaku dengan suara emas watak Effie White yang didukung oleg Alvira Arul & Dina Nazir....Sangat mantap malahan beliau boleh berdialog dalam nada yang memang tak tumpah seperti gadis kulit hitam yang seperti biasa aku lihat di kaca televisyen...Terbaikkkk...

Cheryl Samad, aku tak sangka dia boleh menyanyi...Sorry to underestimate dia tapi memang aku tak pernah tahu dia boleh menyanyi...Tapi suara dia dalam teater ni agak gemersik buat aku walaupun lenggok tarian beliau agak kaku berbanding Alvira yang berbadan tegap...

Azura Zainal, aku suka dia menari sangat liuk lentok dan lembut tak kira masa dia menggedik dengan Jimmy atau pun apa...Dan suara dia bila menengking atau menjerit memanglah nyaring...

Dafi, tak sangka mamat jambu ni boleh menyanyi dalam teater dan suara mamat jambu ni boleh tahanlah juga...Tapi he looks too young for become abang Effie...Dan paling lucu wife dia dan juga ahli baru The Dreams Michelle Morris (Ruzana Ibrahim) kelihatan lebih tinggi dari dia..Walau apapun, Dafi memang best juga...Masa menari dengan Curtis Taylor Jr. , Jimmy dan seorang lagi mamat tinggi terlihat sangat dia perlu melangkah lebih besar sebab diapit oleh jejaka-jejaka tinggi...

Tony Eusoff si Curtis mulut manis yang tahu nak mengutip keuntungan dalam kisah The Dreams....Mamat ni memang bagus...menari, berlakon dan berdialog....

Last sekali si Jimmy, penyanyi R&B yang wataknya didukung oleh siapa aku pun tak sure tapi yang pasti mamat kulit hitam ni memang suara vassss....menari ko, tak hengattttt...lincah..

verall, teater ni tak rugi pergi tengok...Menghiburkan dan menarik...Yang aku suka pendukung watak-watak utama teater tersebut adalah anak Melayu (even ada kacuk)..Berteater dalam berbahasa Inggeris di Malaysia adalah jarang aku dengar..sorry kalau ada mungkin aku tak perasan...

* Badai Semalam - WAJIB tonton *
#Coming soon, teater Badai Semalam adaptasi dari sebuah novel hasil tulisan Khadijah Hashim seorang novelis senior....Pertama kali aku membaca novel ini sewaktu aku berumur kurang 6 tahun sebab aku masih belum masuk tabika pun....Novel tu pun jumpa dalam almari buku abah di rumah nenek aku...Hambikkkk, novel pertama aku baca tu rasanya..aku ingat-ingat lupa tentang kisah dia tapi yang pasti aku mahu tengok..wink*

3 comments:

norinaomar said...

best kannnnn tengok teater muzikal.rasa nak joget2 sama.
kita 1st time haritu tengok siti di alam fantasi.BEST!!

Lepas ni kalau ada masa cuti nak tengok teater lagi.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Sedikit pembetulan eh:

(1)
Effie White didukung oleh 2 watak - Alvira Arul & Dina Nazir. * Istana Budaya drop nama Dina Nazir sebab sebelum ini dia understudy for that role* Sumber:http://onedreamonly.wordpress.com/

BOO Istana Budaya sebab tak masukkan nama Dina Nazir as one of the main role!

(2)
Watak Jimmy Early dilakonkan oleh Kris Coleman from Broadway in New York.

Min Min said...

Kak Noi, kan,besttt
Kakak..TQ..hehehe