Thursday, July 7, 2011

* Aku Saat Ini *

Saat ini tepat jam 4pagi mata aku masih cerah terbuntang di depan lappy, bertemankan laporan yang separuh siap dan headphone di telinga...
Bukan sengaja untuk tidur lewat pagi namun mata ni dah lena seawal sebelum Isyak tadi....
Buka-buka mata tepat jam 1215pagi...
Lepas solat pasti punya mata ni liat untuk tidur semula....
Ku heret beg kerja, keluarkan external hardisk, ku korek keluar planner dan kertas-kertas buat pening kepala dan ku buat...
Siap satu ku sudahkan dan sekarang ni one more to go...
Tapi dah tak ada mood....
Perutku pula meragam, bangun tidur tadi pun sebab nak termuntah dan panas perut...
Fine, mungkin terlebih makan lagi...
Lain kali tak nak paksa diri habiskan makanan..
Huhuhu..tak habiskan kesian rezeki tu...
Bila buat kerja pagi-pagi macam ni memang sangatlah tenang dan mudah untuk aku keluarkan semua benda dari kepala otak ni...
Tapi semua ni terkecuali bila aku ting tong dan mengantuk....
Masih teringat lagi zaman belajar dulu, aku adalah salah seorang makhluk yang paling liat bangun study...
Nak study awal almaklumlah, aku dari semester satu hingga ke sudah duduk hostel....
Kompom bingit dengan suara jiran tetangga....
Masa bila aku study? Macam tak pernah, hahahahaha...
Fokus dalam kelas? Ye!
Dalam kelas perlu fokus tapi dalam kelas pun main-main macam mana?
Nahhhhh, terima akibatnya sekarang....
Sendiri mahu ingat dan tak boleh bersungut....
Sekejap lagi perlu tidur atau hasilnya esok satu apa aku tak boleh berfikir disebabkan mengantuk...
Paling teruk kalau orang keliling cakap satu apa aku tak paham dan rasa macam diawang-awangan....

* Ku tak mahu berjalan atau berdiri sambil tutup mata begini di tempat kerja..Hahaha *

#Akhir-akhir ni mudah terjaga pada 1/3 malam....

0 comments: