Wednesday, June 8, 2011

* Rasa Kosong Di Hari MC Ku *

Aku memang rasa kosong yang amat...
Aku tak tahu apa tujuan aku, apa hala tuju aku, apa yang aku mahukan...
Aku hanya mengikut aliran yang ada...
Aku rasa macam dah putus asa gamaknya....
Tak ada idea langsung...
Aku rasa macam orang yang tak ada kelebihan diri, useless dan tak ada apa yang istimewa tak macam orang lain...
Di sini pula hanya ada kerjaya tanpa keluarga atau sesiapa...
Siang tadi aku MC, puas sepagi aku tidur selepas pulang dari klinik...
Bangun tidur tak tahu ke mana..
Aku bukanlah jenis yang tahu duduk diam...
Lagi-lagi duduk diam di tempat yang aku rasakan sudah tak selesa buat aku...
Tempat yang buat aku banyak berfikir tentang itu dan ini...
Lagi buat aku kusut...
Cerita pada orang pun bukan semua orang paham...

Aku ambil keputusan untuk pergi ambil ic ku di JPN yang sememangnya sudah sedia diambil...
Sangat cepat segala urusan...
Aku rasa tak sampai 10minit pun...
Selepas tu aku tak tahu ke mana makanya ku bawalah pisang goreng panas dan keropok leko keping ke KPT ...
Aku rasa macam seronok pula menyemakkan diri kat situ..
Ada geng pemakanan yang sentiasa hangat-hangat belaka...
Di mana aku menyembunyikan diri sementara waktu kerja habis? haruslah di bilik ketua pemakanan....
Sebelah petang selepas pukul 5.30pm, semua geng pemakanan yang ku kenali, * Layaleya * , * Jujue *  & * Knotwise * berkumpul di bilik tok ketua * Puteri Nuur *...
Makan bekalan yang kubawa dan merancang untuk ke pasar malam....
Ok, aku nak membebel sampai sini je..
Selebihnya sila nikmati gambar-gambar yang kuambil di pasar malam presint 2 Putrajaya sebelum aku men"dinner"kan diriku di rumah ketua pemakanan...


* Di bilik sebelah, masing-masing mengintai Cik Tirex *

* Ku tak makan tongkeng ayam tapi inilah gerai pertama kami berhenti sebab ketua pemakanan beli Chicken Wings & Tongkeng *

* Gerai pilihan Jujue untuk mencari Murtabak....Raja je yang dilayan..Rakyat jelata punya murtabak tak layan..Haha *

* Gerai ni kami tak singgah tapi orang yang berkerumun memanglah ramai makanya ku snap gambar gerai ini sebab ramai orang berkemungkinan makanan dia pun sedaplah gamaknya *

* Gerai ini pun ramai orang beratur kanan dan kiri ...Termasuk Knotwise dan diriku...Aku tak pernah try tapi Knotwie kata sedap...Padaku boneless chicken adalah senang untuk dimakan...hahaha *

* Kambing golek....Ramai juga orang yang menunggu..Tapi sorry, I tak makan daging....Huhuhu..Mengada kan? Dah tak boleh, nak buat macam mana..=P *

* Jumpa awek ni dan abang beliau ketika ku menumpang dinner di rumah mereka... Pakai baju Princess baru mama baru beli tu...Huhu *

* Jangan tiru aksi ini di rumah terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah belakang...Ini aksi sebelum MinMin menggerakkan diri pulang ke Shah Alam dan tak nak layan beliau menari-nari di luar bilik..hehe *

# Kumakan soto ayam tapi tak dan snap gambar...Sekarang ni dah lebih kurang pukul 1.30am tapi mataku masih segar bugar...Aku rasa sayu, aku tak ada mood sangat-sangat..Aku tak tahu mana hilangnya semangat aku....Semua benda yang aku buat tak menjadi kot, sebab tu jadi macam ni...

6 comments:

Norazo Aslan said...

Min Min,

I know how u feel.. problem kita skg ni adalah kita xder boipren. Tu la masalah terbesar kita. That's y kita feel empty and lonely.. i know how u feel... mungkinkah kita memang xder aper2 yg menarik pasal kiter ni?? tp nok jgn wisau u comeyy laa mesti ada yg suke tp u jer yg x nmpk. bersabarlah wahai hati...

Min Min said...

Nokss, mulut mu memang manis bagai hempedu la nokss...
Hahahaha...
comeyy la sangat..=P
Yup, mungkin kot..Famili pula jauh tapi I bersyukur sikit dari u nokss, bole selalu balik....
I need my famili la noks...Seunyi sepi hidupku tanpa mereka...Cewahhhh

Norazo Aslan said...

hahaha tau xperr.. mak kena naik flight walaupun 2 jam tp ongkosnya behatus2 hengget. dahla tu dlm flight asyik bedoa jer ke hadrat ilahi mintak dipanjangkan umur sbb dosa banyak belum tecover lagi. u know la naik flight ni takut2 melotup merana jiwa dan raga.. uikss selisihhhh malaikat 44

Anonymous said...

Noks, I kalu setiap kali nek flite I malas nak pk apa2.. I imagine nek bas n tido..hahaha..tak pun I dok usha steward handsome or stewards seksi..gagaga

Norazo Aslan said...

i pulak nok malas nak usha2 ni. kiter jer yg lebih2 nak usha. dia tau ke tidak yg kite ni wujud?? no no no

Anonymous said...

Hahaha...I usha dr jauh je noksss...utk mengagumi keindahan alam ciptaan tuhan, buat hilangkan bosan n jamu mata..xlebih dari itu.