Friday, June 24, 2011

* Plasticizer *

Banyak sebenarnya aku nak cerita dalam blog ni tapi sorry to say aku balik tiap-tiap hari pijak lantai depan pintu rumah pun dah pukul 10pm ++...
On lappy pun just nak update kerja sambil-sambil layan FB...
Event yang aku pergi last weekend pun buat aku excited nak tulis tapi banyak gambar yang nak kena edit dulu dan banyak  lagi kisah...
Hohoho...Tak dan siap kerja sendiri pun dah terbongkang dengan lappy atas perutlah, jadi alas tanganlah, headphone dekat hidung, dekat mata bagai sewaktu bangun pagi...
Memang kritikal...Kalau mak nampak mesti mak cakap kasihan anak aku...
Tak pun kena bebel sekali....Hehehe...
Malam ni aku nak share info sikit, bukan pasal hal aku tapi untuk semua....
Masalah "Plasticizer" dalam makanan...
Atau lebih mudah pencemaran ataupun kontaminasi dalam makanan.....
Isu ni sebenarnya dah hangat dekat Taiwan sebab mula terjadi di sana dalam bulan Mei...
Isu ni juga sekarang dah mula menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk di China dan Hong Kong...
Kat Malaysia? Aku tak tahu...Aku pun tak perasan dekat TV ada ke tak kisah ni..
Maaf kalau ada...
Yang pasti MOH hanya ada  menyatakan beberapa nama produk minuman dan pengeluar makanan yang guna produk dari Taiwan...
Mungkin isu ini tak sehebat isu melamine yang berlaku sebelum ni...
Dan juga isu ni tak boleh lawan isu pencemaran e.Coli dan Salmonella di US...

* Buat kawan-kawan yang suka makan benda alah mentah jangan fikir segar ye, sila pastikan ianya dicuci bersih tapi paling selamat makanlah makanan yang dimasak pada suhu yang betul *
Buat sesiapa yang tak pasti apa plasticizer, plasticizer sebenarnya adalah bahan kimia yang ditambah kepada sebatian plastik untuk memperbaiki aliran serta kebolehprosesan kerapuhan....
Bahan tambah polimer dengan berat molekul yang rendah mampu meningkatkan kemuluran, sifat boleh lentur dan liat..
Kebiasaannya benda ni ditambah dalam proses pembuatan konkrit, gypsum wallboard dan juga bahan packaging plastik...
Apa yang terjadi di Taiwan ialah kehadiran DEHP iaitu salah satu ramuan penghasilan plasticizer dalam kandungan makanan....
Penggunaan DEHP ni di kesan pada pengeluar bahan tambah perisa...
Dalam setiap bahan penambah perisa atau meningkatkan cocentration dalam satu-satu makanan terdapat satu bahan yang digunakan untuk menghilangkan kesan cloudy atau kekeruhan...
Bahan tambah untuk mengurangkan kesan cloudy ni selalu digunakan dalam industri pengeluaran jus dan bahan minuman...
Bagi mengurangkan kos bahan tambah ni, makanya DEHP telah digunakan...
Tapi jangan terkejut ianya juga terdapat dalam supplement, makanan lain dan boleh terjadi dengan pelbagai cara lagi....
Kenapa DEHP bahaya?
Sebab ianya boleh mengakibatkan toxicity yang mengakibatkan endocrine distruptor,cardiotoxity, obesity dan yang tak boleh blah benda yang dewasa lelaki fobia rasanya >smaller penis size...Hahaha..
Oh, aku bukan nak mencarut di sini tapi fakta...
Dan di mana ibu-ibu yang mengandung, ianya juga boleh mempengaruhi anak dalam kandungan...

Aku tak pasti macam mana nak hurai lagi sebab ianya lebih saintifik...
Aku boleh baca dan faham sendiri..Tak ada bakat nak ulas lebih-lebih, kalau ada dah lama jadi pengulas tak pun kalau hebat dan bijak, dah lama jadi pensyarah...
Aku hanya nak bagi hins di sini jadi bolehlah semua kawan-kawan tetiba tergerak nak buka kat mana-mana website berkenaan benda ni...
Tapi paling baik semua boleh terus buka ke laman web dari Taiwan macam Taipei Times, China Post, Asian One News, Taiwan News Channel dan sebagainya...
Mereka sangat update sebab sekarang industri makanan mereka di sana sangat terjejas dan sedang diperhatikan maka bahan eksport keluar juga semakin berkurangan...

* Packaging yang digunakan untuk membungkus makanan juga terdapat risiko-risiko tersendiri..Sebagai pengguna kita peerlu bijak memilih*
So kawan-kawan pengguna semua, belilah barangan buatan Malaysia...
Tapi sila beringat bahawasanya makanan di Malaysia juga tak terlepas dengan pelbagai pencemaran...
Hahahaha...saja je aku kan...Provok pencinta makanan...
Janganlah takut ye, aku yang food technologist ni pun selalu je kena diarrhea la, AGE la dan seangkatan dengannya...
Kadang-kadang kita memang tak dapat nak scan semua benda yang masuk tekak kita...

#Mendapat kesedaran nak menulis benda ni selepas dapat email dari HQ untuk standby andai kata ada pelanggan yang buat pertanyaan...But its ok, our products are safe to eat....Oh ye, ada satu produk kegemaran rakyat Malaysia terutamanya pengguna dikalangan bumiputera yang mempunyai carta paling tinggi di MOH mengandungi kandungan bahaya 3MCPD yang agak jeng3 ..... Tak mau cakap lebih sebab kalau aku tersebut company ni karang aku pula kena saman,..Haha..

0 comments: