Wednesday, June 29, 2011

* Pedih Ulu Hati *

Ini kisah tak ada kena mengena dengan sakit hati atau hasad dengki...
Ini kisah Heatburn .....
Secara jujur aku tak pernah kena gejala ni sebelum ni...
Asyik dok tengok iklan Gaviscon je dalam tv..
Iklan bomba masuk dalam perut seorang lelaki sambil siram cecair putih macam simen kena bancuh kat dalam perut orang tu...
Aku tetiba pula kan malam ni nak bercerita...Macam ala-ala poyo je...Sebenarnya aku tak boleh tidur sebab baru lepas siapkan repot esok nak hantar dan baru lepas dok chit chat dengan cousin dan membe sekolah dulu yang mana kedua-duanya adalah Tuan dan Puan doktor...
Aku bukan doktor macam dia orang, tapi ni syok sendiri nak kongsi info dengan tuan puan semua ye..

Malam Isnin yang baru lepas ni,aku terjaga pukul ~3.30am sebab aku rasa tak selesa, rasa terbakar dekat dada dan perut...
Yang lagi best aku memang selalu kena kembung perut tapi tak pernah teruk macam ni, angin rasa satu badan dan loya...
Mula-mula malam tu memang aku makan banyak dan ketawa banyak tapi tak terfikir sebab pemakanan benda ni akan terjadi..
Apa tidaknya sebab aku ni kes gastrik pun tak pernah ada...
Almaklumlah, kaki makan...Hahaha
Pagi aku gagahkan juga pergi kerja walaupun aku tak tahu pukul berapa terlena dalam keadaan duduk...
Sampai tempat kerja konon perasan power minum air kosong je banyak tapi masih terasa..
Tak tahan aku keluar jumpa Doktor...
Ohhh!! Doc.Selvak on duty...Doktor kacak, sweet dan peramah...
Kalau bukan dia selalunya rakan doktor lain juga pun ramah cuma dia ni sweet..Hahaha...

Ok2...melalut sudah..
Mari aku kongsi macam mana ianya terjadi....Pedih ulu hati ni terjadi bila asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus....Ini berlaku bila injap dekat bahagian dalam perut kita tak tertutup....Asid ni jadinya pun masuklah dalam esofagus yang tak ada penebat bahan kimia ni dan menyebabkanlah terjadinya tindak balas kimia dalam perut..Nasib baik asid ni tak cairkan perut kan?
Hahahaha...
Dan bila tengok balik rupa-rupanya ia boleh terjadi selepas makanan terlalu berat...Hamik hang! Lepas ni ambil makanan ringan macam gula kapas je la yek..hehe
Gejala ni sebenarnya gejala biasa yang jarang berlaku tapi bagi sesiapa yang selalu kena tu silalah berjaga-jaga sebab boleh bawa ke sakit yang lebih serius > GERD (Gastro Esophagheal Reflux Disease...
* Macam inilah gamaknya dalam perut aku malam tu, menggelegak *

Ok, sekarang ni mari aku kongsikan tanda-tanda dan gejala dia pula...
Biasanya pesakit akan rasa terbakar pada dada dan bawah tulang dada..Macam aku hari tulah...
Selain tu sakit dada lepas tunduk, berbaring dan makan....
Tak cukup itu, rasa terbakar dan kepanasan dalam tekak atau cecair panas, masam masin pada belakang tekak....
Ada juga yang sendawa dan batuk teruk...
Bab sendawa aku memang failed....Susah gila kecuali lepas minum carbonated drinks je..
Sesetengah orang ada yang suara jadi serak dan ada yang pernafasan berbunyi macam orang kena asma aka bunyi macam gesek biola...

Pengambilan antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan rasa terbakar dan sekaligus boleh meneutralkan asid dalamperut...
Ubat ni doktor akan bagi ataupun kalau dah kompom sakit tu, boleh pergi sajalah ke farmasi berdekatan dan beli....
Macam mana kita nak elak atau mengubati terus gejala ni?
Caranya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat ye tuan puan...Amalkan pengambilan makanan yang sikit tapi lebih kerap dan kunyahan mestilah betul...jangan makan semasa tak tenang sebab boleh mengakibatkan ketidakhadaman...
Selain tu sila berhenti merokok bagi yang merokok....
Yang agak mencabar pada aku ialah  kurangkan atau elak makanan pedas dan berempah...Yang lain macam presrve food atau carbonated drinks aku tak kisah sangat pun...
Selain tu, makanan berminyak dan berlemak pun kena elak....
Sebab berminyak dan berlemak  ni boleh mengakibatkan kembung perut...
Lemak yang wujud akan melambatkan proses pencernaan dan  menambahkan rasa perut yang  sedia ada.....
Senang je kan cara elak iaitu dengan mengamalkan cara hidup sihat...
Dan janga lupa bersenam...
Ini aku failed, xdan nak pergi..
Kandungan kolestrol pun naik dah..Huhuhu....

* Amalkanlah pengambilan makanan mengikut Piramid Makanan *

#Ini adalah post tersangkut malam tadi sebab aku tertidur..Hehehe...Pemakanan sihat konon, aku sendiri kuat kedarah..Hahaha

2 comments:

Cik BB said...

biasa jadi cam ni...terseksa..kalau gastrik sebab xmakan..ni kalau makan pun sakit susah r kan?? so, nk mkn ke x??hahahah

xleh sendawa?? yer, mengalami masalah yg sama...mmg failed bab sendawa ni...mmg xkan kuar walaupun dh kenyang bangettt

armouris said...

lagi info tentang pedih ulu hati di SIHAT SELALU - Pedih Ulu Hati Ketika Hamil