Thursday, June 9, 2011

* Makcik Tensen *

Ada orang kata aku ni tension memanjang (selain daripada lapo memanjang...hahaha)
Cuba tengok kalau dia duduk kat tempat aku sekejap...
Ada orang dok minta repot ciput pun sudah emo macam nak datang bulan mengalahkan aku yang kena push hari-hari...
Memang sedia maklum sejak bulan 11 tahun lepas function aku dan production dah macam function yang dilanda taufan puting beliung....
Banyak projek nak kena cover...
Masing-masing dapat job yang memeningkan...
Tak terkecuali aku yang dah macam kena landa dengan ribut ni...
Mana nak terkejar-kejar dengan paperwork sendiri, projek, nak cover asst. aku sebab asst.aku kena tarik pergi tolong orang lain...
Macam haram lab aku dibuatnya...
Paling aku menyampah ada orang yang patut tolong perangai macam entah apa-apa...
Sudahlah tu, ada je yang tak kena...
Tahun ni juga sangat hebat dugaan auditnya ye tuan puan...Macam hampagas, selang tak berapa minggu ada saja audit besar, kecil yang nak datang...
Nak muntah hijau dibuatnya...
Ini sangatlah disokong oleh senior ku yang aku tengok pun muka dah naik toya....
Dia banyak kerja makanya kerja aku akan jadi bertambah sebab ditolak dari dia....Huhuhu..
Sebelah pagi adalah waktu yang sangat stressssss....
Sebab semua bos ada di opis makanya orang atas tolak ke bawah dan ke bawah maka ke bawah dan ke bawah....
Bila petang datang kerja makin melambak tapi semakin relaks sedikit sebab tahu  waktu untuk mengatakan sayonara opis dan kilang sudah semakin hampir...
Dan untuk aku yang selalu stayback ni pula, selepas waktu kerja kompom semua buat kerja yang melambak dengan keadaan sangat ting tong tapi sambil tergelak-gelak macam ada wayar putus tak pun skru longgar..
Selalu masa wajib mula ialah pukul 6.30pm...
Tak terkecuali senior ku dan juga big boss production yang single dan tak reti nak balik rumah sibuk nak lepak dengan kami yang muda belia ni...Hahaha...
Selalunya scene menyakat pasti ada lagi-lagi kalau mulut si Sotong ada...
Kadang-kadang sampai merajuk-rajuk...

Macam semalam aku stayback sesorang di opis...
Mula-mula buat-buat berani sebab memikirkan dah hari Rabu baru masuk kerja ye tuan puan...
Tapi bila ku terpandang budak-budak process yang selalu last sekali balik pun dah reti balik takkan aku nak tidur dekat bawah meja opis...
Cabutttttt tapi tengok jam pun dah 9++ pm...
Mejaku sampai hari ni masih semak macam tong sampah yang dipenuhi kertas-kertas bertanda dengan memo pad dan seangkatan dengannya....
Balik-balik tadi macam biasa aku masuk kereta tak dan start kereta akan call my Bonda...
Buat repot harian...
Semalam call mak tengah bawa adik ke klinik...Siap berkirim salam bagai dengan doktor single yang bertugas ye tuan puan...
Oh tapi jangan salah sangka sebab doktor tersebut seorang wanita dan juga classmate di zaman persekolahanku dulu yang masih bertepuk tampar sehingga kini bila bertemu di majlis rakan-rakan lain...
Selalunya kalau tak makcik tu yang adik aku jumpa, 3rd cousin ku yang on duty....
Depa gila balik kampung...Hahahaha...
Dah jadi doktor pun tak nak pergi mana dah, tapi syukur diarang nak berkhidmat kat kampung halaman...
Ohhhh, aku sudah meleret...
Maaf ye tuan puan....
Tahap ketensenan ku semakin kritikal sekarang, bila di tempat kerja ku menjadi sangat serius sebab bebanan kerja yang macam batu bertan-tan...
Lagi tensen bila aku call mak dekat belakang ada orang pasang telinga dan selepas tu hantar mesej pada aku macam polis pencen..
Orang tu tak lain dan tak bukan adik Eryn aku...
Beliau adalah seorang yang sangat detail bila bertanya ye tuan puan..
Andai dia bertanya aku kat mana dan aku jawab tengah makan, dia akan tanya makan di mana, makan apa, apa isi makanan tu, dia masak macam mana dan pelbagai lagi...
Ada bakat nak kena serap dalam unit perisikan ye tuan puan...
Kadang-kadang aku cakap pada mak, menyesal ajak budak kecik sorang ni layan Conan atau CSI...
Menjangkit sudah dengan watak-watak dalam cerita terbabit okkkk...
Masa angin aku ok, tak penat bolehlah aku layan tapi kalau tengah letih atau sibuk, rimas nokkkssss...
Makanya akan ku mesej pada Bonda terchenta untuk disampaikan kepada budak kecik itu bahawasanya aku tengah sibuk..
Kalau tak nak kena telan dengan Kak Long, sila berhenti mengganggu..


* Penyiasat Cilik Villa Bonda *
 Aku rasa cukup sampai disini aku merepek...Aku rasa lega dah lepas membebel dalam malam ni... Lega sikit stress aku...
Coklat penenang dah habis, bilik air sudah kusental masa balik tadi makanya blog pula perlu jadi ubat penenang...

#Sekian terima kasih bebelan aku malam ni...Aku tak tahu apa hala tuju cerita yang aku tulis saat ni...Aku tiong tong....Weekend aku tak kerja, ada orang pujuk aku replace dia...Maaflah, aku hari-hari stayback ko hado nak tolong? Tak hado! Jerka ko menggedik yo...Stayback tapi kerja hape ko buat pun aku tak nampak hasilll...

0 comments: