Tuesday, June 7, 2011

* Demotivated *

Lately aku rasa sangat-sangat tak bersemangat untuk buat semua benda...
Semalam aku ambil cuti secara tiba-tiba sebab aku malas nak balik Shah Alam meredah jalan yang sesak disepanjang jalan arah ke KL..
Walaubagaimanapun cuti ku tak ku sia-siakan sebab aku pergi renew ic ku yang memang dah jahanam...
Ku pergi ke JPN Putrajaya, service memang laju n mesra..
Aku sampai dari kampung kul 12.30pm dengan no giliran 0419 dan orang sebelumku ada 80 orang lagi..
Yang buat aku impressed ialah no giliran aku sampai dalam masa xsampai 1jam..
Laju kan?

Pagi ni pula aku rasa tak sedap badan..
Pergi ke toilet 2kali untuk meluah dan cir bir juga 2kali..
Ok, itu sudah jadi alasan ku untuk MC pulak...
Padan muka, semalam nak MC sangat kan..
Hari ni melepek terus..
Sekarang tengah tunggu giliran untuk jumpa doktor..sangatlah ramai makhluk yang menunggu dengan hal keadaan klinik yang hingar bingar dengan suara kanak-kanak menjerit-jerit dan berlari-lari bermain bagaikan klinik ini adalah taman permainan..
Mak yang sakit si ayah boleh pula buat tak paham je..
Tasi dok sms dengan mak, mak boleh pula tanya:

"Apasal la Along ni selalu sakit je.."

So aku menjawab dengan nada berseloroh :

"Kurang kasih sayang kot"

Padahal kutahu dan pernah tanya doktor pasal hal ni dan jawapan doktor ialah tahap antibodi aku memang rendah atas sebab-sebab tertentu..
Mak pula menjawab jawapan aku dengan jawapan yang aku rasa macam "dush3! Kena hempap batu"..
Ok2, namaku telah dipanggil..
Ku nak jumpa doktor..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: