Thursday, June 16, 2011

* Akreditasi *

Semalam ku ke seminar anjuran MOH..
Seminar untuk semua SLPM (Sekolah Latihan Pengendali Makanan)..
Secara keseluruhan yang hadir terdiri daripada tenaga pengajar, koordinator, wakil-wakil sekolah latihan yang terdiri dari pihak-pihak kilang, food services seperti KFC dan seangkatan dengannya, IPTA2, konsultan dan juga wakil-wakil jabatan dari pihak negeri...
Ramai-ramai juga kawan-kawan industri dan konsultan yang aku jumpa balik dekat seminar ni..
Masing-masing update latest info..
Aku malas nak soksek2 jadi tukang dengar sajalah..

Pembukaan selepas pendaftaran sangatlah mengujakan aku sebab semua kena bangun dan menyanyi lagu Negaraku..
Ohhh, sungguh lama rasanya tak hadiri program macam ni..Almaklumlah, sebab aku keje swasta lagi tepat kerja kilang ye tuan puan..
Mana ada semua tu..Yang ada terus opening speech, tak ada doa dan lagu-lagu bagai..
Semalam masa bacaan doa juga ku rasa macam, sungguh dah lama ku hadiri majlis pembukaan macam tu..
Tuan Haji yang baca doa tu pula even bacaan dalam bahasa arab beliau tersangkut-sangkut namun aku tabik spring dengan bahasa melayu dia yang dah macam sajak untuk makanan sihat..
Hehehe..mesti ada yang cakap "opening macam tu pun ko nak jakun"..
Peduli hape..

Lepas tu ucapan dari orang kanan BKKM, beliau berbahasa melayu baku tapi slang mat saleh..hehehe..
Memang aku fokus sebab aku nak tergelak dan hilangkan mengantuk..hahaha..
Selepas tu, taklimat seminar disampaikan oleh seorang Penolong Pengarah..
Orangnya ala-ala lembut gitu tapi aku suka cara penyampaian dia..
Tapi kesian dia kena sound dengan bos dia sebab ada orang tak puas hati dengan dia..
Kalau kena sound belakang tak apa, ni sound depan kami yang penuh satu auditorium..
Tapi aku tengok dia buat muka selamba je ye tuan puan..
Mesti dia malas nak layan orang-orang hoverrrr..
Terbaik tau..

Selepas tu waktu makan pun tiba, bab ni sorry to say..
Seminar sistem akreditasi untuk pengendali makanan tapi caterer yang diambil langsung tak follow satu hape pun kriteria yang ditetapkan..
BKKM MOH,perlu ambil perhatian sebab jangan sampai orang cakap "jadi ketam mengajar anak berjalan tegak"..
Kenapa ku katakan begitu?
Caterer sajikan makanan tepi longkang, baiklah memang sebab tak ada ruang tapi perlu ke bekas makanan yang nak di hidangkan tu letak terus atas lantai?
Penutup makanan letak atas sisi longkang?
Proses tu dibuat dibelakang khemah dimana pada mulanya kami langsung tak perasan sewaktu makan..
Sebelum makan semua garfu dan sudu yang disediakan tak terlepas ada sisa kotoran hitam dan berkarat..
Akhirnya aku dan ramai lagi yang lain makan guna tangan dan cuci selepas itu...
Masa ambil minuman selepai usai makan, ada pula yang komen jumpa rambut la apalah, addoiiiii..
Dah selamat masuk perut gamaknya aku tadi..
Cawan pula sumbing sana sini dan ada kesan takungan air kering..
Ya Ampunnnn..
Aku minum mineral water je la..

Program dianjurkan oleh pihak berwajib yang ingin mendidik penyedia makanan pasal itu dan ini, akta dan peraturan bagai tapi bila macam ni, cakap tak serupa bikin..mungkin diarang pun tak perasan semua tu..
Mungkin next time boleh ada penambahbaikan sebab dah di highlight oleh beberapa orang..
Yang datang ramai, makanya aku menulis bukan sebab aku seorang je yang bercakap semua ni tapi ramai..
Rata-rata berbunyi...
Nanti jangan pula ada ingat aku asyik komen bagai..
Kita perlu komen untuk penambahbaikan, kita perlu komen untuk memberitahu apa yang tak betul walaupun kita bukannya perfect...

Selepas selesai makan semua, taklimat diteruskan dan paling hangat semasa sesi soal jawab...
Yang itu tak perlu sebut pasal apa sebab nanti aku pula kena gam..
Hehehe....

Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: