Wednesday, June 29, 2011

* Pedih Ulu Hati *

Ini kisah tak ada kena mengena dengan sakit hati atau hasad dengki...
Ini kisah Heatburn .....
Secara jujur aku tak pernah kena gejala ni sebelum ni...
Asyik dok tengok iklan Gaviscon je dalam tv..
Iklan bomba masuk dalam perut seorang lelaki sambil siram cecair putih macam simen kena bancuh kat dalam perut orang tu...
Aku tetiba pula kan malam ni nak bercerita...Macam ala-ala poyo je...Sebenarnya aku tak boleh tidur sebab baru lepas siapkan repot esok nak hantar dan baru lepas dok chit chat dengan cousin dan membe sekolah dulu yang mana kedua-duanya adalah Tuan dan Puan doktor...
Aku bukan doktor macam dia orang, tapi ni syok sendiri nak kongsi info dengan tuan puan semua ye..

Malam Isnin yang baru lepas ni,aku terjaga pukul ~3.30am sebab aku rasa tak selesa, rasa terbakar dekat dada dan perut...
Yang lagi best aku memang selalu kena kembung perut tapi tak pernah teruk macam ni, angin rasa satu badan dan loya...
Mula-mula malam tu memang aku makan banyak dan ketawa banyak tapi tak terfikir sebab pemakanan benda ni akan terjadi..
Apa tidaknya sebab aku ni kes gastrik pun tak pernah ada...
Almaklumlah, kaki makan...Hahaha
Pagi aku gagahkan juga pergi kerja walaupun aku tak tahu pukul berapa terlena dalam keadaan duduk...
Sampai tempat kerja konon perasan power minum air kosong je banyak tapi masih terasa..
Tak tahan aku keluar jumpa Doktor...
Ohhh!! Doc.Selvak on duty...Doktor kacak, sweet dan peramah...
Kalau bukan dia selalunya rakan doktor lain juga pun ramah cuma dia ni sweet..Hahaha...

Ok2...melalut sudah..
Mari aku kongsi macam mana ianya terjadi....Pedih ulu hati ni terjadi bila asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus....Ini berlaku bila injap dekat bahagian dalam perut kita tak tertutup....Asid ni jadinya pun masuklah dalam esofagus yang tak ada penebat bahan kimia ni dan menyebabkanlah terjadinya tindak balas kimia dalam perut..Nasib baik asid ni tak cairkan perut kan?
Hahahaha...
Dan bila tengok balik rupa-rupanya ia boleh terjadi selepas makanan terlalu berat...Hamik hang! Lepas ni ambil makanan ringan macam gula kapas je la yek..hehe
Gejala ni sebenarnya gejala biasa yang jarang berlaku tapi bagi sesiapa yang selalu kena tu silalah berjaga-jaga sebab boleh bawa ke sakit yang lebih serius > GERD (Gastro Esophagheal Reflux Disease...
* Macam inilah gamaknya dalam perut aku malam tu, menggelegak *

Ok, sekarang ni mari aku kongsikan tanda-tanda dan gejala dia pula...
Biasanya pesakit akan rasa terbakar pada dada dan bawah tulang dada..Macam aku hari tulah...
Selain tu sakit dada lepas tunduk, berbaring dan makan....
Tak cukup itu, rasa terbakar dan kepanasan dalam tekak atau cecair panas, masam masin pada belakang tekak....
Ada juga yang sendawa dan batuk teruk...
Bab sendawa aku memang failed....Susah gila kecuali lepas minum carbonated drinks je..
Sesetengah orang ada yang suara jadi serak dan ada yang pernafasan berbunyi macam orang kena asma aka bunyi macam gesek biola...

Pengambilan antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan rasa terbakar dan sekaligus boleh meneutralkan asid dalamperut...
Ubat ni doktor akan bagi ataupun kalau dah kompom sakit tu, boleh pergi sajalah ke farmasi berdekatan dan beli....
Macam mana kita nak elak atau mengubati terus gejala ni?
Caranya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat ye tuan puan...Amalkan pengambilan makanan yang sikit tapi lebih kerap dan kunyahan mestilah betul...jangan makan semasa tak tenang sebab boleh mengakibatkan ketidakhadaman...
Selain tu sila berhenti merokok bagi yang merokok....
Yang agak mencabar pada aku ialah  kurangkan atau elak makanan pedas dan berempah...Yang lain macam presrve food atau carbonated drinks aku tak kisah sangat pun...
Selain tu, makanan berminyak dan berlemak pun kena elak....
Sebab berminyak dan berlemak  ni boleh mengakibatkan kembung perut...
Lemak yang wujud akan melambatkan proses pencernaan dan  menambahkan rasa perut yang  sedia ada.....
Senang je kan cara elak iaitu dengan mengamalkan cara hidup sihat...
Dan janga lupa bersenam...
Ini aku failed, xdan nak pergi..
Kandungan kolestrol pun naik dah..Huhuhu....

* Amalkanlah pengambilan makanan mengikut Piramid Makanan *

#Ini adalah post tersangkut malam tadi sebab aku tertidur..Hehehe...Pemakanan sihat konon, aku sendiri kuat kedarah..Hahaha

Friday, June 24, 2011

* Plasticizer *

Banyak sebenarnya aku nak cerita dalam blog ni tapi sorry to say aku balik tiap-tiap hari pijak lantai depan pintu rumah pun dah pukul 10pm ++...
On lappy pun just nak update kerja sambil-sambil layan FB...
Event yang aku pergi last weekend pun buat aku excited nak tulis tapi banyak gambar yang nak kena edit dulu dan banyak  lagi kisah...
Hohoho...Tak dan siap kerja sendiri pun dah terbongkang dengan lappy atas perutlah, jadi alas tanganlah, headphone dekat hidung, dekat mata bagai sewaktu bangun pagi...
Memang kritikal...Kalau mak nampak mesti mak cakap kasihan anak aku...
Tak pun kena bebel sekali....Hehehe...
Malam ni aku nak share info sikit, bukan pasal hal aku tapi untuk semua....
Masalah "Plasticizer" dalam makanan...
Atau lebih mudah pencemaran ataupun kontaminasi dalam makanan.....
Isu ni sebenarnya dah hangat dekat Taiwan sebab mula terjadi di sana dalam bulan Mei...
Isu ni juga sekarang dah mula menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk di China dan Hong Kong...
Kat Malaysia? Aku tak tahu...Aku pun tak perasan dekat TV ada ke tak kisah ni..
Maaf kalau ada...
Yang pasti MOH hanya ada  menyatakan beberapa nama produk minuman dan pengeluar makanan yang guna produk dari Taiwan...
Mungkin isu ini tak sehebat isu melamine yang berlaku sebelum ni...
Dan juga isu ni tak boleh lawan isu pencemaran e.Coli dan Salmonella di US...

* Buat kawan-kawan yang suka makan benda alah mentah jangan fikir segar ye, sila pastikan ianya dicuci bersih tapi paling selamat makanlah makanan yang dimasak pada suhu yang betul *
Buat sesiapa yang tak pasti apa plasticizer, plasticizer sebenarnya adalah bahan kimia yang ditambah kepada sebatian plastik untuk memperbaiki aliran serta kebolehprosesan kerapuhan....
Bahan tambah polimer dengan berat molekul yang rendah mampu meningkatkan kemuluran, sifat boleh lentur dan liat..
Kebiasaannya benda ni ditambah dalam proses pembuatan konkrit, gypsum wallboard dan juga bahan packaging plastik...
Apa yang terjadi di Taiwan ialah kehadiran DEHP iaitu salah satu ramuan penghasilan plasticizer dalam kandungan makanan....
Penggunaan DEHP ni di kesan pada pengeluar bahan tambah perisa...
Dalam setiap bahan penambah perisa atau meningkatkan cocentration dalam satu-satu makanan terdapat satu bahan yang digunakan untuk menghilangkan kesan cloudy atau kekeruhan...
Bahan tambah untuk mengurangkan kesan cloudy ni selalu digunakan dalam industri pengeluaran jus dan bahan minuman...
Bagi mengurangkan kos bahan tambah ni, makanya DEHP telah digunakan...
Tapi jangan terkejut ianya juga terdapat dalam supplement, makanan lain dan boleh terjadi dengan pelbagai cara lagi....
Kenapa DEHP bahaya?
Sebab ianya boleh mengakibatkan toxicity yang mengakibatkan endocrine distruptor,cardiotoxity, obesity dan yang tak boleh blah benda yang dewasa lelaki fobia rasanya >smaller penis size...Hahaha..
Oh, aku bukan nak mencarut di sini tapi fakta...
Dan di mana ibu-ibu yang mengandung, ianya juga boleh mempengaruhi anak dalam kandungan...

Aku tak pasti macam mana nak hurai lagi sebab ianya lebih saintifik...
Aku boleh baca dan faham sendiri..Tak ada bakat nak ulas lebih-lebih, kalau ada dah lama jadi pengulas tak pun kalau hebat dan bijak, dah lama jadi pensyarah...
Aku hanya nak bagi hins di sini jadi bolehlah semua kawan-kawan tetiba tergerak nak buka kat mana-mana website berkenaan benda ni...
Tapi paling baik semua boleh terus buka ke laman web dari Taiwan macam Taipei Times, China Post, Asian One News, Taiwan News Channel dan sebagainya...
Mereka sangat update sebab sekarang industri makanan mereka di sana sangat terjejas dan sedang diperhatikan maka bahan eksport keluar juga semakin berkurangan...

* Packaging yang digunakan untuk membungkus makanan juga terdapat risiko-risiko tersendiri..Sebagai pengguna kita peerlu bijak memilih*
So kawan-kawan pengguna semua, belilah barangan buatan Malaysia...
Tapi sila beringat bahawasanya makanan di Malaysia juga tak terlepas dengan pelbagai pencemaran...
Hahahaha...saja je aku kan...Provok pencinta makanan...
Janganlah takut ye, aku yang food technologist ni pun selalu je kena diarrhea la, AGE la dan seangkatan dengannya...
Kadang-kadang kita memang tak dapat nak scan semua benda yang masuk tekak kita...

#Mendapat kesedaran nak menulis benda ni selepas dapat email dari HQ untuk standby andai kata ada pelanggan yang buat pertanyaan...But its ok, our products are safe to eat....Oh ye, ada satu produk kegemaran rakyat Malaysia terutamanya pengguna dikalangan bumiputera yang mempunyai carta paling tinggi di MOH mengandungi kandungan bahaya 3MCPD yang agak jeng3 ..... Tak mau cakap lebih sebab kalau aku tersebut company ni karang aku pula kena saman,..Haha..

Tuesday, June 21, 2011

* Malas Berganda *

Mood malas kuasa berapa aku dah datang semula..
Hari ni pula kakak tiri tak ada sampai Khamis, bos dengan kakak kecik pergi meeting dengan big bos, adik gediks lagilah memang lagi pemalas, aku malas nak ambil port...
Lantak hang lah...
Malas memang malas tapi bukan aku tak buat kerja cuma macam agak slow motion....
Esok audit lagi, awal bulan audit juga, application pun melambak...
Rasa macam nak tukar kerja pun ada...
10.07.2011 nanti jadi dah cukup 4tahun aku dekat tempat ni...
Orang Cina cakap, kalau cukup 7tahun baru gatal, aku 4tahun +1tahun setengah dekat tempat kerja lama, jadi boleh gatal tukar kerja la kan..
Haha...
Ada sesiapa di sini nak offer kerja baru untuk saya?
Background food technology dan sekarang banyak cover Quality Assurance + Halal certification + Food Regulatories.
Anyone nak employed employee yang rajin, autopilot, details and ect.
Haha, gila promo diri sendiri...
Ni lepas makan + selsema lagilah malas...
Belum makan ubat lagi ni dah rasa nak bantalllllssss....
Apa tidaknya, malam tadi sampai rumah dah lewat dalam 10++pm dari opis terus tertidur sampai pukul 3am bangun mandi tak boleh tidur pula...

* Malas macam Pak Belang kucing kami di Villa Bonda *
Ok, merepek sudah...
Sambung kerja ye tuan puan...
Lunch hour dah habis nak bersongeh dekat sini...
Sekian terima kasih...

#Tentang kerja baru tu saya serius, kalau ada lubang di mana-mana yang ok dan gaji berpatutan, tolong email saya...TQ

Sunday, June 19, 2011

* Yummy ! *

Perkataan "Yummy!" memang sinonim dengan makanan...
Takkan pula nampak baju, kereta atau barang lain yang cantik-cantik nak sebut "Yummy!"..
Kalau ada maknanya si penyebut tu samaada ada wayar putus atau fius terbakar kejap...Haha..
Makanan kegemaran aku banyak sebab aku jenis tolak kayu, batu, besi dan daging...
Jangan tanya kenapa aku tak makan daging...
Aku hanya akan makan daging rendang yang dimasak oleh Mak ku atau daging yang memang tak ada rasa, bau atau rupa daging lagi...
Dengan erti kata lain rasa rempah menghilangkan segala benda berkaitan tentang daging....
Fine, aku merepek sudah...
Apa makanan yang buat aku rasa nak cakap "Yummy!" ni?
Mari aku tunjuk benda dia:

* Soto Edisi Timur by Puteri Nuur *

Selain soto dan mihun sup Mak, ini adalah soto pilihan ku ye tuan puan...
Memenuhi citarasa tekak ku.....
Sup untuk kuah soto ni memang menepati citarasa...
Yang istimewa lagi soto ni ada homemade begedil yang less potato tapi extra daging....

* The Begedilsssss....Kerana benda inilah aku kena bebel dengan Bibik...Ceh =P *
Rasa terkilan sebab tak dapat makan mihun sup mak masa balik kampung baru-baru ni rasa terubatlah sikit...
Hehehe..Sikitlah sangat padahal makan bertambah tadi.....
Kalau tak disebabkan dengar pasal soto ni, mungkin pagi esok baru aku muncul di P14 hanya untuk ke satu program di Subang....
Tapi tadi selepas waktu kerja, sepantas kilat balik rumah, packing apa yang patut dan Zasssssss ke P14 sambil membayangkan soto disepanjang perjalanan ke mari...
Hahahaha...Food hunterssssss....Its normal kalau makanan sentiasa ada didalam kepala.....

#Kepada chef untuk dinner tadi, terima kasih yek...Sedappppp, lain kali kalau Mak tak dan buatkan mihun sup atau tak dapat balik kampung bolehlah kiranya soto ini dihidangkan lagi...Hahahahaha

Saturday, June 18, 2011

* Bagi Idea Sikit Please *

Ada sesiapa dekat sini yang pernah menghadap orang yang telinga lut bebelan dan asyik buat kerja tak ikut LAW tak?
Hari-hari cakap rasanya dah 4tahun lebih ulang cakap benda yang sama tapi masih buat kerja sambil lewa...
Bila kita remind kata kita bising tapi kalau tak ditegur memang hancur....
Macam mana tu?
Ada idea tak nak buat macam mana dengan makhluk macam ni?
Brain wash sudah, slaw talk sudah, big boss jumpa pun sudah tapi masih buat kerja hentah hape-hape....
Kerja hentah hape-hape tu akan influence kerja orang lain dan yang paling parah kena ulang kerja banyak kali....
Any idea please!
Dah tak larat nak fikir dah ni....
Makhluk ni dah tua dah kalau kahwin dah boleh jadi bapak orang anak masuk sekolah dah tapi perangai kalah budak tadika kot...
Cakap bahasa Melayu patut faham, cakap in English haram dia tak paham....
Tapi kadang-kadang dia cakap bahasa Melayu semua orang tak paham...
Macam mana tu?
Sesiapa yang lagi terror dalam leadership and management sila bagi idea.....

#Mood mengantuk sebab terjaga pukul 2am dan terus tak tidur sehingga pukul 6lebih...Ingat nak masuk opis lambat tapi ada pula joker pagi-pagi call kata ada masalah..Yang tak tahan bos joker datang-datang serang aku....Haishhhh, aku pun baru datanglah...Boleh bagi salam tak lain kali..Addoiiii, anak buah dia bawa masalah nak tambah masalah pada kita pula....Hentah hape-hape....

Thursday, June 16, 2011

* Stop Dancing, Let's Jogging! *

Kalau dalam bulan 5 hari tu aku sibuk dengan kelas tarian, makanya sekarang ni bila dah berhenti mendadak macam tu lepas pertandingan aku jadi macam tak best sebab peluh tak keluar...
Disebabkan itu juga aku akhirnya pergi ke Tasik Section 7 Shah Alam untuk jogging pada hari Ahad yang lepas...
Dah lama aku tak jogging sebab last aku jogging tahun lepas rasanya dan balik terus berapa hari sakit-sakit sendi..
Tapi kali ni alhamdulillah tak ada rasa sengal atau sakit sendi mungkin disebabkan menari banyak jadinya otot-ototku semua dah melentur-lentur bagai buluh...
Nak sebut bagai daun ke apa melampau...Dah tua....
Aku pergi berjogging bukan seorang tapi berdua dengan opismate aku yang kata weekend dia dah tak ada buat apa dan boleh saja nak jogging...

* She's also single like me....So boleh jalan sama-sama melihat "keindahan alam" *
Kami jogging dua pusingan saja sebab makcik atas ni kata dia dah tak larat,....
Ngeh3....so kami pun melepas kat area ala-ala gim sambil berborak menggoyangkan apa-apa yang patut...

Lepas settle cool down semua, kami ke pasar pagi section 13 Shah Alam....
Maaflah ku katakan sebab aku memang tak pernah tiba ke pasar pagi ni walaupun aku dah 4 tahun tinggal di Shah Alam...
Ku hanya jejak di tapak pasar ni untuk bazar Ramadhan je itu pun rasanya baru 2kali...
Bukan tak nak walaupun housemate ku rajin je pergi tapi aku memang liat bangun pagi....
Jogging tu pun mujur sebab dah berjanji...Makanya mataku boleh terbuka dengan niat...

Setibanya di pasar tu, benda pertama kami cari ialah sarapan pagi ye tuan puan sebab kebulur tahap dewa...
Jogging lepas tu isi dengan benda bawah ni juga....terbaiklah sangat..

* Ayam dia sedapppp...Lain kali nak try Laksa Penang Ori pula..Membe kata best *
Lepas tu kami berjalan-jalan berpusing-pusing dari hujung hingga ke hujung pasar..
Besarrrrrrr...Aku layankan saja budak sorang ni...
Lagipun aku tak pernah datang...
Banyak benda yang di jual dekat sini selain pasar makanan, terdapat pasar basah, baju, kain meter, bundle dan lain-lain...
Sila layankan gambar-gambar yang tak seberapa yang telah ku snap semasa di pasar...
Sambil berjalan-jalan makan aiskrim "sponge" hahaha..
Aiskrim biasa yang berbatangkan kayu tapi bentuk macam "sponge" bukan "sponge Bob"..

* Flying squirrel...Harga seekor boleh mencecah RM800 tapi yang aku snap gambar ni tak tahu tupai dijual secara "halal' ke "haram" *
* Comel sangat kasut-kasut untuk si Cilik ni... Polka Dot *

* Rabbit pun ada...Kalau tengok betul-betul, kesian telinga rabbit tu kena conteng macam tattoo...*

* Yang ini lagi comel....Green Froggy...*

* Ini adalah yang TERBAIKKKKKK.... Murah dan aku tengok expired date dia lama lagi...Tak hairan ye kawan-kawan sebab kilang dia tak juah pun dan mesti yang ni clearance stok untuk old packaging...MY FAVVVVVV.... *

* Betulkan aku cakap, apa pun ada..Beg tiruan macam ori pun ada tapi tak sempat snap *

* Saya nak balik dah! dah lama tak layan minum air botol ni...Murah je...RM1.50 dan less carbonated dan tak berapa manis...Ini bukan Barbican tapi "Oren Bodoh" macam zaman aku kecik-kecik dulu..*

# Pengeluar tudung jenama RATU buat jualan clearance stock dengan van dan yang buat aku dengan membe ni terkujat ialah jurujual dia...Aku masuk gerai tu belek-belek dan tiba-tiba ada yang tegur, "beli kak Long, murah-murah je ni"..Seorang mamat pakai t-shirt putih berjeans biru, tinggi dan maskulin serta memakai sunglass seiran Sham Mix FM...Ku sangka dia siapa rupa-rupanya jurujual....Aku dengan membe tak dan keluar gerai tersebut, "Macho sungguh jurujual"...hahahaha

* Akreditasi *

Semalam ku ke seminar anjuran MOH..
Seminar untuk semua SLPM (Sekolah Latihan Pengendali Makanan)..
Secara keseluruhan yang hadir terdiri daripada tenaga pengajar, koordinator, wakil-wakil sekolah latihan yang terdiri dari pihak-pihak kilang, food services seperti KFC dan seangkatan dengannya, IPTA2, konsultan dan juga wakil-wakil jabatan dari pihak negeri...
Ramai-ramai juga kawan-kawan industri dan konsultan yang aku jumpa balik dekat seminar ni..
Masing-masing update latest info..
Aku malas nak soksek2 jadi tukang dengar sajalah..

Pembukaan selepas pendaftaran sangatlah mengujakan aku sebab semua kena bangun dan menyanyi lagu Negaraku..
Ohhh, sungguh lama rasanya tak hadiri program macam ni..Almaklumlah, sebab aku keje swasta lagi tepat kerja kilang ye tuan puan..
Mana ada semua tu..Yang ada terus opening speech, tak ada doa dan lagu-lagu bagai..
Semalam masa bacaan doa juga ku rasa macam, sungguh dah lama ku hadiri majlis pembukaan macam tu..
Tuan Haji yang baca doa tu pula even bacaan dalam bahasa arab beliau tersangkut-sangkut namun aku tabik spring dengan bahasa melayu dia yang dah macam sajak untuk makanan sihat..
Hehehe..mesti ada yang cakap "opening macam tu pun ko nak jakun"..
Peduli hape..

Lepas tu ucapan dari orang kanan BKKM, beliau berbahasa melayu baku tapi slang mat saleh..hehehe..
Memang aku fokus sebab aku nak tergelak dan hilangkan mengantuk..hahaha..
Selepas tu, taklimat seminar disampaikan oleh seorang Penolong Pengarah..
Orangnya ala-ala lembut gitu tapi aku suka cara penyampaian dia..
Tapi kesian dia kena sound dengan bos dia sebab ada orang tak puas hati dengan dia..
Kalau kena sound belakang tak apa, ni sound depan kami yang penuh satu auditorium..
Tapi aku tengok dia buat muka selamba je ye tuan puan..
Mesti dia malas nak layan orang-orang hoverrrr..
Terbaik tau..

Selepas tu waktu makan pun tiba, bab ni sorry to say..
Seminar sistem akreditasi untuk pengendali makanan tapi caterer yang diambil langsung tak follow satu hape pun kriteria yang ditetapkan..
BKKM MOH,perlu ambil perhatian sebab jangan sampai orang cakap "jadi ketam mengajar anak berjalan tegak"..
Kenapa ku katakan begitu?
Caterer sajikan makanan tepi longkang, baiklah memang sebab tak ada ruang tapi perlu ke bekas makanan yang nak di hidangkan tu letak terus atas lantai?
Penutup makanan letak atas sisi longkang?
Proses tu dibuat dibelakang khemah dimana pada mulanya kami langsung tak perasan sewaktu makan..
Sebelum makan semua garfu dan sudu yang disediakan tak terlepas ada sisa kotoran hitam dan berkarat..
Akhirnya aku dan ramai lagi yang lain makan guna tangan dan cuci selepas itu...
Masa ambil minuman selepai usai makan, ada pula yang komen jumpa rambut la apalah, addoiiiii..
Dah selamat masuk perut gamaknya aku tadi..
Cawan pula sumbing sana sini dan ada kesan takungan air kering..
Ya Ampunnnn..
Aku minum mineral water je la..

Program dianjurkan oleh pihak berwajib yang ingin mendidik penyedia makanan pasal itu dan ini, akta dan peraturan bagai tapi bila macam ni, cakap tak serupa bikin..mungkin diarang pun tak perasan semua tu..
Mungkin next time boleh ada penambahbaikan sebab dah di highlight oleh beberapa orang..
Yang datang ramai, makanya aku menulis bukan sebab aku seorang je yang bercakap semua ni tapi ramai..
Rata-rata berbunyi...
Nanti jangan pula ada ingat aku asyik komen bagai..
Kita perlu komen untuk penambahbaikan, kita perlu komen untuk memberitahu apa yang tak betul walaupun kita bukannya perfect...

Selepas selesai makan semua, taklimat diteruskan dan paling hangat semasa sesi soal jawab...
Yang itu tak perlu sebut pasal apa sebab nanti aku pula kena gam..
Hehehe....

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 15, 2011

* Busy Like Bees *

Banyak nak cerita tapi apakan daya tak ada masa...
Pergi pagi balik malam...hari ni dan esok pun tak masuk opis...
Hari ni ok, tahu mana dituju..
Esok seminar di tempat lain yang aku tak pernah tiba...
Bersabarlah wahai hati..
Kerja banyak tapi kena keluar juga..
Bertabahlah wahai mental dan fizikal...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 12, 2011

* hummmm *

I don't know what I want to write here right now because I just have a very-very bad day....
Have to go to the office to do a lot of pending paperworks but very bad there's another thing had been disturb my plan and all my job had been ruin by it...
After a hard and exhausted day, a bad thing happen again and continue when a pathetic's make a such thing...
What I want to say here, I'm always be me and don't mind what ever peoples want to say about or directly to me but please don't ever touch about my family expecially my Mom and my sister's name...
Its very rude and shamefull if threatening others by  using their Mother's or family's name...
Bare in mind, every peoples have families...
How bad the family is, we as an outsider doesn't have any rights to playing of the others family's name..
May be its enough to playing over someone but please realise that all peoples also have family and what you will feel if others playing of your family's name...
Ya, may be I'm kinda serious and love more privacy or may be the easiest word is complicated but I do respects about this because I know I don't like others to play with my familiy's name and I really love my family what ever things happen...
They are my bloods, so anyone who ever touch about it already make me think this kind of people is not deserve to be respect and shame on you....
And please over my dead body 1st if anyone want to hurt them...
I don't mind if someone out there read this post, all the contents of this blog and say anythings...
This is my way to relase and express all the things...
Who ever know and understand about the writing therapy they will understand this but to those who's doesn't, I don't mind..
Keep the way you think and its very pleasure to hear all the "comments"...

#I'll keep writing what ever i want...I'm not a perfectionist but I'm trying to do my best for my self cause others will be not do it for us...If it's irritating or annoying, please feel free to write a comment or any commentsssss...All are welcomes to do so..TQ

Thursday, June 9, 2011

* Makcik Tensen *

Ada orang kata aku ni tension memanjang (selain daripada lapo memanjang...hahaha)
Cuba tengok kalau dia duduk kat tempat aku sekejap...
Ada orang dok minta repot ciput pun sudah emo macam nak datang bulan mengalahkan aku yang kena push hari-hari...
Memang sedia maklum sejak bulan 11 tahun lepas function aku dan production dah macam function yang dilanda taufan puting beliung....
Banyak projek nak kena cover...
Masing-masing dapat job yang memeningkan...
Tak terkecuali aku yang dah macam kena landa dengan ribut ni...
Mana nak terkejar-kejar dengan paperwork sendiri, projek, nak cover asst. aku sebab asst.aku kena tarik pergi tolong orang lain...
Macam haram lab aku dibuatnya...
Paling aku menyampah ada orang yang patut tolong perangai macam entah apa-apa...
Sudahlah tu, ada je yang tak kena...
Tahun ni juga sangat hebat dugaan auditnya ye tuan puan...Macam hampagas, selang tak berapa minggu ada saja audit besar, kecil yang nak datang...
Nak muntah hijau dibuatnya...
Ini sangatlah disokong oleh senior ku yang aku tengok pun muka dah naik toya....
Dia banyak kerja makanya kerja aku akan jadi bertambah sebab ditolak dari dia....Huhuhu..
Sebelah pagi adalah waktu yang sangat stressssss....
Sebab semua bos ada di opis makanya orang atas tolak ke bawah dan ke bawah maka ke bawah dan ke bawah....
Bila petang datang kerja makin melambak tapi semakin relaks sedikit sebab tahu  waktu untuk mengatakan sayonara opis dan kilang sudah semakin hampir...
Dan untuk aku yang selalu stayback ni pula, selepas waktu kerja kompom semua buat kerja yang melambak dengan keadaan sangat ting tong tapi sambil tergelak-gelak macam ada wayar putus tak pun skru longgar..
Selalu masa wajib mula ialah pukul 6.30pm...
Tak terkecuali senior ku dan juga big boss production yang single dan tak reti nak balik rumah sibuk nak lepak dengan kami yang muda belia ni...Hahaha...
Selalunya scene menyakat pasti ada lagi-lagi kalau mulut si Sotong ada...
Kadang-kadang sampai merajuk-rajuk...

Macam semalam aku stayback sesorang di opis...
Mula-mula buat-buat berani sebab memikirkan dah hari Rabu baru masuk kerja ye tuan puan...
Tapi bila ku terpandang budak-budak process yang selalu last sekali balik pun dah reti balik takkan aku nak tidur dekat bawah meja opis...
Cabutttttt tapi tengok jam pun dah 9++ pm...
Mejaku sampai hari ni masih semak macam tong sampah yang dipenuhi kertas-kertas bertanda dengan memo pad dan seangkatan dengannya....
Balik-balik tadi macam biasa aku masuk kereta tak dan start kereta akan call my Bonda...
Buat repot harian...
Semalam call mak tengah bawa adik ke klinik...Siap berkirim salam bagai dengan doktor single yang bertugas ye tuan puan...
Oh tapi jangan salah sangka sebab doktor tersebut seorang wanita dan juga classmate di zaman persekolahanku dulu yang masih bertepuk tampar sehingga kini bila bertemu di majlis rakan-rakan lain...
Selalunya kalau tak makcik tu yang adik aku jumpa, 3rd cousin ku yang on duty....
Depa gila balik kampung...Hahahaha...
Dah jadi doktor pun tak nak pergi mana dah, tapi syukur diarang nak berkhidmat kat kampung halaman...
Ohhhh, aku sudah meleret...
Maaf ye tuan puan....
Tahap ketensenan ku semakin kritikal sekarang, bila di tempat kerja ku menjadi sangat serius sebab bebanan kerja yang macam batu bertan-tan...
Lagi tensen bila aku call mak dekat belakang ada orang pasang telinga dan selepas tu hantar mesej pada aku macam polis pencen..
Orang tu tak lain dan tak bukan adik Eryn aku...
Beliau adalah seorang yang sangat detail bila bertanya ye tuan puan..
Andai dia bertanya aku kat mana dan aku jawab tengah makan, dia akan tanya makan di mana, makan apa, apa isi makanan tu, dia masak macam mana dan pelbagai lagi...
Ada bakat nak kena serap dalam unit perisikan ye tuan puan...
Kadang-kadang aku cakap pada mak, menyesal ajak budak kecik sorang ni layan Conan atau CSI...
Menjangkit sudah dengan watak-watak dalam cerita terbabit okkkk...
Masa angin aku ok, tak penat bolehlah aku layan tapi kalau tengah letih atau sibuk, rimas nokkkssss...
Makanya akan ku mesej pada Bonda terchenta untuk disampaikan kepada budak kecik itu bahawasanya aku tengah sibuk..
Kalau tak nak kena telan dengan Kak Long, sila berhenti mengganggu..


* Penyiasat Cilik Villa Bonda *
 Aku rasa cukup sampai disini aku merepek...Aku rasa lega dah lepas membebel dalam malam ni... Lega sikit stress aku...
Coklat penenang dah habis, bilik air sudah kusental masa balik tadi makanya blog pula perlu jadi ubat penenang...

#Sekian terima kasih bebelan aku malam ni...Aku tak tahu apa hala tuju cerita yang aku tulis saat ni...Aku tiong tong....Weekend aku tak kerja, ada orang pujuk aku replace dia...Maaflah, aku hari-hari stayback ko hado nak tolong? Tak hado! Jerka ko menggedik yo...Stayback tapi kerja hape ko buat pun aku tak nampak hasilll...

Wednesday, June 8, 2011

* Alahai.... *

Ku dah kena sampuk Nora Elena tapi tak dan nak tengok di TV3...
Poyo kan aku, orang lain tengok dah nak habis aku baru nak kecoh cerita bagai...
Aku ni asyik dengar dari mulut-mulut semua orang saja terutamanya Puan Puteri Nuur kita dan termasuklah juga adik bujangku....
Awwww, jiwa-jiwa ok adik bujangku...
Hahahaha...
Dia cerita cintan cintun hero Malaya Rosyam Nor pun dia layan...
Dia ni memang lain jauh dari aku dan Adik Eryn...
Kitarang ROCKSSSs bebeh..Hahaha..Layan cerita CSI, CHUCK, HOUSE dan seangkatan selain dari kartun...Hahahaha..
Adik bujangku ni siap kutuk aku ok sebab aku tak tengok cerita ni...
Bukan aku tak nak tengok ye tuan puan tetapi aku balik kerja pun kadang-kadang sepanjang jalan tak nampak dah orang pakai baju kerja..
Nampak orang pakai kain pelikat balik sembahyang Isyak...
Hohoho..Harap maklum...
Sebagai inisiatif kucuba menonton melalui Tonton.Com tapi macam haram ye tuan puan sebab log in ku sentiasa ditolak-tolak bagaikan cas negatif bertembung negatif...
Akhirnya ku terpaksa menonton melalui Youtube yang kena sambung-sambung macam iklan tu...
Tak campur dengan buffering lagi....
Namun hatiku sudah cair layan Nora Elena...
Ada getar dalam jiwa...Hahahaha....(Ayat novel bak kata Knotwise..Gagagaga..)
Boleh bikin aku senyum sendiri macam orang sewel pula...
Tengok dekat lappy siap pakai headphone pula, memanglah layannnsssss.....
Aku didalam duniaku sendiri tanpa menghiraukan hingar bingar dan apa-apa yang berlaku disekeliling...
Persetankan semuanya....
Malas nak layan ye tuan puan....
Ini ku bloging pun tanpa arah sambil mendengar lagu OSK Nora Elena, Haven't Met You Yet by Michael Buble dan Aishiteru secara berulang-ulang dan bergilir-gilir...
Gatal nak menulis sesuatu...
Anyway tadi dapat ole-ole lagi dari Hong Kong...
Almaklumlah, company aku kan company congceng2 makanya ada sajalahyang ke sana...
Tak pun ke China...
Dan Bali dan Thailand..
Aku? Nan Hado....
Ari tu dapat klip buku besar sedabak dari China Food Feast hari ni key chain dari Disney Hong Kong...

* Chumelll kan Cik Minnie kita..=) *
Sangat jeles sebab dulu masa ku pergi ke Hong Kong ialah bulan puasa dan pergi dengan bos kedekut yang tak mahu singgah ke Disney..
Alasan nak balik Malaysia cepat sebab dia kata dia penat dari China pergi Hong Kong lepas tu ada hal macam-macam katanya...
Entah apa-apa tau...
Waktu tu kuingat lagi saat-saat shuttle bus dari hotel ke airport turunkan pelancong betul-betul depan pintu Disney...
Aku rasa masa tu macam nak turun sama tapi kalau ku turun alamat balik sini sila beli tiket flite sendiri dan hotel pun sendirian berhad dan cuti ku perlu di sambung...
Tapi masin mulutku tahun tu aku bercuti sebulan masa Syawal sebab aku sakit...
Cuti raya seminggu lebih, cuti sakit dua minggu lebih...
Terbaikkk...Lepas raya kering macam jerangkung sebab awal Ramadhan lagi dah merempat di tempat orang, raya pun tak boleh makan...
Gagagaga..
Ok2....
Aku tak tahu apa aku merepek ni...Aku nak buat kerja sekolah...Penat aku copy sebelum balik tadi...
Hari ini hari stressku tapi ku malas nak layan ataupun meroyan...
Coklat telah mengubatiku....
Oh, terima kasih kepada pembawa key-chain kerana ada attach sekali coklat untuk semua...
Hehehehe...
Sekian terima kasih...

#Mood bloging ku telah kembali...Sekian terima kasih...=P

* Rasa Kosong Di Hari MC Ku *

Aku memang rasa kosong yang amat...
Aku tak tahu apa tujuan aku, apa hala tuju aku, apa yang aku mahukan...
Aku hanya mengikut aliran yang ada...
Aku rasa macam dah putus asa gamaknya....
Tak ada idea langsung...
Aku rasa macam orang yang tak ada kelebihan diri, useless dan tak ada apa yang istimewa tak macam orang lain...
Di sini pula hanya ada kerjaya tanpa keluarga atau sesiapa...
Siang tadi aku MC, puas sepagi aku tidur selepas pulang dari klinik...
Bangun tidur tak tahu ke mana..
Aku bukanlah jenis yang tahu duduk diam...
Lagi-lagi duduk diam di tempat yang aku rasakan sudah tak selesa buat aku...
Tempat yang buat aku banyak berfikir tentang itu dan ini...
Lagi buat aku kusut...
Cerita pada orang pun bukan semua orang paham...

Aku ambil keputusan untuk pergi ambil ic ku di JPN yang sememangnya sudah sedia diambil...
Sangat cepat segala urusan...
Aku rasa tak sampai 10minit pun...
Selepas tu aku tak tahu ke mana makanya ku bawalah pisang goreng panas dan keropok leko keping ke KPT ...
Aku rasa macam seronok pula menyemakkan diri kat situ..
Ada geng pemakanan yang sentiasa hangat-hangat belaka...
Di mana aku menyembunyikan diri sementara waktu kerja habis? haruslah di bilik ketua pemakanan....
Sebelah petang selepas pukul 5.30pm, semua geng pemakanan yang ku kenali, * Layaleya * , * Jujue *  & * Knotwise * berkumpul di bilik tok ketua * Puteri Nuur *...
Makan bekalan yang kubawa dan merancang untuk ke pasar malam....
Ok, aku nak membebel sampai sini je..
Selebihnya sila nikmati gambar-gambar yang kuambil di pasar malam presint 2 Putrajaya sebelum aku men"dinner"kan diriku di rumah ketua pemakanan...


* Di bilik sebelah, masing-masing mengintai Cik Tirex *

* Ku tak makan tongkeng ayam tapi inilah gerai pertama kami berhenti sebab ketua pemakanan beli Chicken Wings & Tongkeng *

* Gerai pilihan Jujue untuk mencari Murtabak....Raja je yang dilayan..Rakyat jelata punya murtabak tak layan..Haha *

* Gerai ni kami tak singgah tapi orang yang berkerumun memanglah ramai makanya ku snap gambar gerai ini sebab ramai orang berkemungkinan makanan dia pun sedaplah gamaknya *

* Gerai ini pun ramai orang beratur kanan dan kiri ...Termasuk Knotwise dan diriku...Aku tak pernah try tapi Knotwie kata sedap...Padaku boneless chicken adalah senang untuk dimakan...hahaha *

* Kambing golek....Ramai juga orang yang menunggu..Tapi sorry, I tak makan daging....Huhuhu..Mengada kan? Dah tak boleh, nak buat macam mana..=P *

* Jumpa awek ni dan abang beliau ketika ku menumpang dinner di rumah mereka... Pakai baju Princess baru mama baru beli tu...Huhu *

* Jangan tiru aksi ini di rumah terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah belakang...Ini aksi sebelum MinMin menggerakkan diri pulang ke Shah Alam dan tak nak layan beliau menari-nari di luar bilik..hehe *

# Kumakan soto ayam tapi tak dan snap gambar...Sekarang ni dah lebih kurang pukul 1.30am tapi mataku masih segar bugar...Aku rasa sayu, aku tak ada mood sangat-sangat..Aku tak tahu mana hilangnya semangat aku....Semua benda yang aku buat tak menjadi kot, sebab tu jadi macam ni...

Tuesday, June 7, 2011

* Demotivated *

Lately aku rasa sangat-sangat tak bersemangat untuk buat semua benda...
Semalam aku ambil cuti secara tiba-tiba sebab aku malas nak balik Shah Alam meredah jalan yang sesak disepanjang jalan arah ke KL..
Walaubagaimanapun cuti ku tak ku sia-siakan sebab aku pergi renew ic ku yang memang dah jahanam...
Ku pergi ke JPN Putrajaya, service memang laju n mesra..
Aku sampai dari kampung kul 12.30pm dengan no giliran 0419 dan orang sebelumku ada 80 orang lagi..
Yang buat aku impressed ialah no giliran aku sampai dalam masa xsampai 1jam..
Laju kan?

Pagi ni pula aku rasa tak sedap badan..
Pergi ke toilet 2kali untuk meluah dan cir bir juga 2kali..
Ok, itu sudah jadi alasan ku untuk MC pulak...
Padan muka, semalam nak MC sangat kan..
Hari ni melepek terus..
Sekarang tengah tunggu giliran untuk jumpa doktor..sangatlah ramai makhluk yang menunggu dengan hal keadaan klinik yang hingar bingar dengan suara kanak-kanak menjerit-jerit dan berlari-lari bermain bagaikan klinik ini adalah taman permainan..
Mak yang sakit si ayah boleh pula buat tak paham je..
Tasi dok sms dengan mak, mak boleh pula tanya:

"Apasal la Along ni selalu sakit je.."

So aku menjawab dengan nada berseloroh :

"Kurang kasih sayang kot"

Padahal kutahu dan pernah tanya doktor pasal hal ni dan jawapan doktor ialah tahap antibodi aku memang rendah atas sebab-sebab tertentu..
Mak pula menjawab jawapan aku dengan jawapan yang aku rasa macam "dush3! Kena hempap batu"..
Ok2, namaku telah dipanggil..
Ku nak jumpa doktor..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 1, 2011

* Penterjemah *

Menterjemahkan bahasa adalah bukan suatu perkara yang mudah...
Kita perlu memahami perkataan malahan ayat yang perlu diterjemahkan...
Kita juga perlu mengetahui kesesuaian keadaan ataupun fungsi ayat yang ingin disampaikan...
Kenapa aku bercerita tentang penterjemahan?

Ini kisahnya, hujung minggu yang lepas aku mengikuti company trip ke Penang....
Seperti biasa sekiranya ada company trip pasti ada dinner....
Tak kira apa tema untuk dinner pasti ada juga ucapan daripada GM....
Untuk pengetahuan semua, GM aku orang Hong Kong makanya dia hanya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan dialek Kantonis....
Oleh sebab itu, semasa beliau memberi ucapan pasti akan ada seorang penterjemah berdiri disebelah dia sebab bukan semua orang paham bahasa Inggeris ataupun Kantonis...
Siapa yang berdiri sebelah dia?
Orang itu adalah aku dan HR Manager....
HR Manager aku  telah meletakkan satu batu atas kepala aku dengan meminta aku menjadi penterjemah....
Macam tercekik tulang pun ada aku rasa....
Bukan tak biasa buat, tapi selalunya aku hanya buat penterjemahan teks ucapan ataupun bahan tulisan...
Bukan ucapan spontan dan aku kena bercakap sama.....
Tapi semasa dinner alhamdulillah lulus....

Hari ni bala tu datang lagi, GM baru onboard menggantikan GM Hong Kong ku yang naik pangkat...
GM baru ni pula dari China, dia hanaya tau berbahasa Inggeris dan Mandarin sahaja ditambah Bahasa Melayu basic...
Dia cakap laju macam keretapi peluru, hasilnya aku macam lari channel bila nak terjemahkan apa dia cakap sebab dia bercakap beraduk dengan bahasa Cina...

Walau apapun , aku ambil ini sebagai iktibar...
Aku perlu tajamkan lagi penggunaan bahasa Melayuku dan menggiatkan lagi penggunaan bahasa Inggerisku...
Dan mungkin juga aku perlu ambil kelas bahasa Cina.....
Aku jumpa asst. HR Manager, aku membebel macam mulut murai disebabkan bos dia heret aku jadi penterjemah...
Dia boleh gelak dan cakap " I punya bos nak train u la....Lain kali senang kalau ada majlis"
Hummmm....betul juga tapi sumpah lepas ni aku nak buat penterjemahan teks atau ucapan saja...
Jangan harap nak buat yang spontan lagi....
Sengal ok.....


* Tu dia, Penterjemah diapit tukang paksa dan juga camera girl *
#Pengalaman merupakan guru terbaik untuk kita....=)