Tuesday, May 24, 2011

* I'm Melting Bila Lihat Mr "Harry Potter" *


Sesungguhnya aku kan memang peminat setia Harry Potter jadi tak perlulah hairan atau pelik bin ajaib bila aku katakan aku melting tengok Mr.Harry Potter..
Bedanya Mr Harry Potter yang buatku melting ini version Asia aka dari Malaysia....
Sangat sengalkah aku?
Ataupun normal?
Hummmm..Kurasakan normal-normal saja...
Tapi dalam normal-normal yang terjadi pada aku, kenapa aku tak berani tengok wajah Mr Harry Potter ni yang secara life depan-depan?
Tak berani bercakap apatah lagi memandang matanya.....
Mungkin aku lebih senang berkomunikasi di alam maya kerana aku tak perlu berdepan dengannya dan tak payah gusar ada rasa yang aku tak sepatutnya rasa....
Memandang dari jauh pun sudah membuatkan darah dimuka menjadi beku...
Bagai dilanggar iceberg.....
Tak pernah seumur hidup aku bercakap tak pandang mata selain daripada mata orang yang aku marah dek kerana aku tak nak bertambah marah....

Pengecutkah aku?
Tidak sama sekali...
Aku hanya risau atau lebih tepat aku fobia.....
Fobia dengan kenangan lepas..
Fobia terpedaya dengan kaum sejenis dengan Mr Harry Potter....
Aku tak punya apa....
Sebab tu aku dipandang enteng je....Senang-senang dilukakan...
Ditinggalkan dengan seribu satu soalan yang akhirnya aku sendiri menghuraikan segalanya setelah beberapa tahun aku jejaki...
Sungguh Allah tu Maha Penyayang dan membuktikan semuanya depan mata...
Syukur aku rasa akhirnya aku tahu sendiri dan tidak terus menerus dalam tanda tanya....
Aku perlu  ingat tentang Qada' dan Qadar dan yakin.....
Semua itu benar dan aku juga perlu yakin bahawa Allah itu Maha Adil.....
Namun aku juga perlu ingat bahawa "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik"...
So untuk aku, tak perlulah mengharapkan seorang insan bernama lelaki untuk temani aku hingga hujung nyawa ialah seorang yang perfect kerana aku tahu aku siapa, aku tahu aku insan hina...

Walaubagaimanapun, aku tak menyangka aku akan bertemu dengan Mr Harry Potter walaupun dalam keadaan yang hanya beberapa minit cuma...Akan tetapi dalam beberapa minit itu, cukup banyak perkara yang boleh kuingati dan terjadi...
Hehehe..biasalah aku ni, kalau suruh bab-bab yang perlu diingat memang haram malas...
Yang pelik-pelik mudah pula masuk ke otak...
Apapun, untuk Mr Harry Potter, terima kasih sebab boleh buat saya tersenyum sendiri sejak semalam serta buat hati ni macam ada setaman bunga kembang semangkuk dan pagi tadi saya bangun lewat untuk ke tempat kerja...
Sepatutnya masuk pukul 8am tapi ku bangun tidur 8.10am...Memang terbaikkkkkkk....
Lepas subuh taubat tak nak tidur lagi lepas nih....
Dan terima kasih juga boleh buat saya tiba-tiba jadi pendiam, pemalu sendiri dan jadi sopan tahap gaban...
Terima kasih buat saya melting...
Aku bukan melting hanya kerana raut wajah tapi yang utama kerana sikapnya....
Adakah sikapnya itu memang natural atau tidak, itu aku tak pasti...Namun hakikatnya sikap itu yang buat ku melting dan kucari selama ini.... 

#Yang lepas itu kenangan yang manis dimana akan ku sisip kedalam ingatan, yang akan datang pula belum dapat dipastikan...Namun aku tak pernah mengharap kerana aku sedar siapa aku....aku hanya insan yang selalu dipandang enteng dan dipandang rendah...Buat kakak dan abang, kalau terbaca coretan ni, tolonglah jangan gelak guling-guling...Ku tak pernah tulis jiwa-jiwa bagai kan...

2 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

eceh.. eceh.. eceh..

hahahhaha :P

Min Min said...

HAHAHA....Kak, gambo tu org upload dulu kkk...
pastu baru dia wat profile pict. BB dia..sama noksss/