Thursday, May 19, 2011

* Holla *

Ari tu ada update entah apa-apa saje aku kan...
Busyla dengan kerja yang menimbun, dengan diri sendiri tak bape nak sihat, dengan aktiviti kat opis yang nak kena cover dan majlis-majlis tertentu yang nak ku attend..
Dengan training, seminar dan entah apa-apa yang aku sendiri tak suka buat...
Dengan Cik Lisa yang asyik meragam, urusan rumah lagi.....
Tapi paling tak boleh blah ada orang kata diriku nikah on 30.04.2011...

Maaf kawan-kawan, itu majlis pernikahan housemateku  di Kedah yang pasangannya adalah orang Johor dan rupa-rupanya masih ada bau-bau  bacang dengan keluargaku.......
Aku berada di Kedah sejak 28.04.11 untill 02.05.2011 sambil berjalan-jalan melihat negeri orang...
Bawah ni gamba ku dan pengantin....
Kalau diriku yang akan menikahkan diri, akan ku bagitahu kawan-kawan semua...

* Aku dan Puan Aishah aka Mrs Syeddin *

Selain aku sibuk dengan kerja, aku juga sibuk lari dari stress bekerja...
Tension dengan semua-semua yang menyakitkan hati, menyusahkan hati, mengacau jiwa....
Sesungguhnya banyak sangat bemda yang mengejutkan, buat aku lara okkkkk...
Aku lari balik kampung berjumpa semua orang kat bawah ni tempat aku membuli, merajuk, bergaduh, cari pasal, mengadu dan semuanya..... :

* My lil'sis Eryn *

* My Bonda Terchenta, Puan Mahnum yang dan juga aku balik satu ari sambut Mothers day dengan beliau *

* My lil' bro, Angah yang paling tak boleh blah kalau cari gaduh dgn Kak Long dia....Eik, ramai orang kata aku adik...latest masa balik kampung weekend ritu..=P*

* My latest face....Aku masih macam dulu...Umur je bertambah tapi orang masih yang sama n nampak muda je kan? hahaha..jangan muntah hijau...*


Itulah latest update pasal aku, ada pape nanti ku cerita ek...
Lagipun macamlah ada orang nak tahu sangat pasal aku kan?
Saje jek poyo-poyo ...hahaha..
Almaklumlah, konon blog ni kan macam diari aku tapi diari berhabuk....

#Gambar abah jarang kuletak kat sini masa update, bukan apa, memang jarang abah ada kat umah outstation dengan Dik Ngah aku..dan abah susah ambil gamba....

0 comments: