Friday, May 27, 2011

* How ar? Macam Mana Nanti? *

This question had been ask by my chinese colleguage who's sitting beside me right now for our company trip to the north..
I ask her back, what do you mean by how n macam mana nanti?
Rupa2nya she just thinking how if a couple one is from southern n one is from northen as example Perlis n Johore..
How would they arrange their time during raya...
What kind of question u gave me man...at last I just gave an example like my senior, they all bergilir2la..
Its true, because eventhough my cousin from Johore married with girls from Kelantan or Sarawak also do the same thing..
We can't avoid if its already jodoh..
When she ask this kind of question, I just wake up from my short nap..
We have a long journey and her mouth keep talking..
A lot of topic she bring out and I keep layanzzzzz...
I'm not sure weither she aware or not I already ting tong when I answer her..
Hahahaha...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 26, 2011

* Change To The Latest Version *

Yerrr...
Aku sudah bertukar version...
Dari version muda remaja kepada version muda....
27tahun lepas tepat jam 1.32am, aku dibawa keluar dari perut ibuku setelah 9bulan 9hari menumpang dirahim ibuku....
Umur bertambah tapi aku tetap aku...
Tak ada tokok tambah pun selain daripada azam yang semakin membuak-buak...
27tahun menumpang di bumi Allah, aku bersyukur sangat-sangat masih boleh bernafas sehingga saat ini...
Banyak yang dah ku tempuhi dan semua itu adalah sebagai pengajaran..
Ramai orang risau bila umur makin bertambah tapi alhamdulillah aku tak rasa tertekan sangat pasal umur...
Bak aku kata kat ibuku, "umur tu nombor je, kalau kita sebut nombor lain ada je selalunya orang percaya"...
Hahaha....
Ini salah satu jawapan yang aku bagi bila ibuku mula bising-bising tentang apa-apa benda yang berkaitan dengan umur....
Walau apapun, hidup mesti diteruskan selagi hayat masih ada dan akan kuhembuskan semangat baru dalam diri ni....
* Aku, ~26+ yang lepas....chumel tak? hahaha...*


* My latest face yang tengah sengal2 ubi....Its me...*

#Berdoa segala yang diimpikan dan diusahakan tercapai....Aminnnnn Ya Allah....

Tuesday, May 24, 2011

* I'm Melting Bila Lihat Mr "Harry Potter" *


Sesungguhnya aku kan memang peminat setia Harry Potter jadi tak perlulah hairan atau pelik bin ajaib bila aku katakan aku melting tengok Mr.Harry Potter..
Bedanya Mr Harry Potter yang buatku melting ini version Asia aka dari Malaysia....
Sangat sengalkah aku?
Ataupun normal?
Hummmm..Kurasakan normal-normal saja...
Tapi dalam normal-normal yang terjadi pada aku, kenapa aku tak berani tengok wajah Mr Harry Potter ni yang secara life depan-depan?
Tak berani bercakap apatah lagi memandang matanya.....
Mungkin aku lebih senang berkomunikasi di alam maya kerana aku tak perlu berdepan dengannya dan tak payah gusar ada rasa yang aku tak sepatutnya rasa....
Memandang dari jauh pun sudah membuatkan darah dimuka menjadi beku...
Bagai dilanggar iceberg.....
Tak pernah seumur hidup aku bercakap tak pandang mata selain daripada mata orang yang aku marah dek kerana aku tak nak bertambah marah....

Pengecutkah aku?
Tidak sama sekali...
Aku hanya risau atau lebih tepat aku fobia.....
Fobia dengan kenangan lepas..
Fobia terpedaya dengan kaum sejenis dengan Mr Harry Potter....
Aku tak punya apa....
Sebab tu aku dipandang enteng je....Senang-senang dilukakan...
Ditinggalkan dengan seribu satu soalan yang akhirnya aku sendiri menghuraikan segalanya setelah beberapa tahun aku jejaki...
Sungguh Allah tu Maha Penyayang dan membuktikan semuanya depan mata...
Syukur aku rasa akhirnya aku tahu sendiri dan tidak terus menerus dalam tanda tanya....
Aku perlu  ingat tentang Qada' dan Qadar dan yakin.....
Semua itu benar dan aku juga perlu yakin bahawa Allah itu Maha Adil.....
Namun aku juga perlu ingat bahawa "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik"...
So untuk aku, tak perlulah mengharapkan seorang insan bernama lelaki untuk temani aku hingga hujung nyawa ialah seorang yang perfect kerana aku tahu aku siapa, aku tahu aku insan hina...

Walaubagaimanapun, aku tak menyangka aku akan bertemu dengan Mr Harry Potter walaupun dalam keadaan yang hanya beberapa minit cuma...Akan tetapi dalam beberapa minit itu, cukup banyak perkara yang boleh kuingati dan terjadi...
Hehehe..biasalah aku ni, kalau suruh bab-bab yang perlu diingat memang haram malas...
Yang pelik-pelik mudah pula masuk ke otak...
Apapun, untuk Mr Harry Potter, terima kasih sebab boleh buat saya tersenyum sendiri sejak semalam serta buat hati ni macam ada setaman bunga kembang semangkuk dan pagi tadi saya bangun lewat untuk ke tempat kerja...
Sepatutnya masuk pukul 8am tapi ku bangun tidur 8.10am...Memang terbaikkkkkkk....
Lepas subuh taubat tak nak tidur lagi lepas nih....
Dan terima kasih juga boleh buat saya tiba-tiba jadi pendiam, pemalu sendiri dan jadi sopan tahap gaban...
Terima kasih buat saya melting...
Aku bukan melting hanya kerana raut wajah tapi yang utama kerana sikapnya....
Adakah sikapnya itu memang natural atau tidak, itu aku tak pasti...Namun hakikatnya sikap itu yang buat ku melting dan kucari selama ini.... 

#Yang lepas itu kenangan yang manis dimana akan ku sisip kedalam ingatan, yang akan datang pula belum dapat dipastikan...Namun aku tak pernah mengharap kerana aku sedar siapa aku....aku hanya insan yang selalu dipandang enteng dan dipandang rendah...Buat kakak dan abang, kalau terbaca coretan ni, tolonglah jangan gelak guling-guling...Ku tak pernah tulis jiwa-jiwa bagai kan...

Sunday, May 22, 2011

* Aku Seorang? *

Aku seorang saja sekarang....
Tak ada attach dengan sesiapa pun....
Lebih mudah rasanya untuk aku buat sementara waktu....
Bohong kalau aku kata adakalanya aku tak terasa sunyi ataupun ingin bermanja dengan someone...
Tapi semua tu boleh dikikis kan?
Caranya?
Cukup mudah, hari biasa menyibukkan diri dengan tempat kerja sampai lewat malam dan hujung minggu adakalanya menyibukkan diri dengan kerja juga ataupun balik ke pangkuan bonda ataupun pergilah ke tempat-tempat yang boleh kikis semua-semua tu...
Walaupun biasanya kurasakan masa berlibur ku juga makin malas untuk ku layankan.....
Mungkin sekarang parents ku sendiri dah mula "soksek2" pasal status ku...
Adik Eryn ku pun mulut dah memandai cakap bilalah nak jadi Maksu..Hampagas betul....kasi siram lagi minyak petrol atas api yang marak...
Dik Ngah jangan cakap la, asyik mengutuk kak Long dia dah tua je....
Huhuhuu....Nak buat macam mana, dah belum masa lagi..
Bukan tak mahu cari tapi tak jumpa lagi....
Bukan setakat parentsku, malahan kakakku boleh mengeluarkan ayat best ni:

"Akak risaulah dengan awak ni, awak ni tak ada boyfriend lagi!"

Hahahahaha....give me time allssss....
Kun fa ya kun, if something nak terjadi dalam masa kita kelip mata yang tak berapa saat tu pun boleh terjadi...
Kuasa Allah kita tak tahu...Di Luth Mahfuz dah tercatat segalanya....
Aku bukan tak nak mencari, dah cuba ataupun aku sambil lewa?
Hahahaha....aku macam relaks je sesorang macam ni, tak ada yang sibuk-sibuk nak tanya itu dan ini, tak bagi buat itu dan ini...
Feel freeeeeeee.....
Lagi best bila ramai yang tegur ingat umurku baru 24....
Auwwwww....suka la aku kan....Bukan setakat orang luar je malahan cousin2ku sendiri ingat aku baya-baya diarang....
Apa kes? hahahaha....
Tapi dah tertulis dan tersurat setiap insan dilahirkan berpasangan bagai cas negatif dan positif, bila ada sekali barulah boleh jadi neutral dan stabil....
Bagaikan bom nuklear sekalipun bila jadi neutral takkan meletup punya....

Oklah, apa ke hal tiba-tiba aku cerita ni?
Alkisah sebab kena aura cerita Nur Kasih The Movie yang aku tengok malam tadi kot...
Cerita yang indah khabar dari rupa bak kata hubby my dearest sis kata...
Nak tahu review cerita ni sila lawat sini- my.little.secret


* Its ME with Puteri Jr. *





















#mode: sengal dihujung minggu


Thursday, May 19, 2011

* Holla *

Ari tu ada update entah apa-apa saje aku kan...
Busyla dengan kerja yang menimbun, dengan diri sendiri tak bape nak sihat, dengan aktiviti kat opis yang nak kena cover dan majlis-majlis tertentu yang nak ku attend..
Dengan training, seminar dan entah apa-apa yang aku sendiri tak suka buat...
Dengan Cik Lisa yang asyik meragam, urusan rumah lagi.....
Tapi paling tak boleh blah ada orang kata diriku nikah on 30.04.2011...

Maaf kawan-kawan, itu majlis pernikahan housemateku  di Kedah yang pasangannya adalah orang Johor dan rupa-rupanya masih ada bau-bau  bacang dengan keluargaku.......
Aku berada di Kedah sejak 28.04.11 untill 02.05.2011 sambil berjalan-jalan melihat negeri orang...
Bawah ni gamba ku dan pengantin....
Kalau diriku yang akan menikahkan diri, akan ku bagitahu kawan-kawan semua...

* Aku dan Puan Aishah aka Mrs Syeddin *

Selain aku sibuk dengan kerja, aku juga sibuk lari dari stress bekerja...
Tension dengan semua-semua yang menyakitkan hati, menyusahkan hati, mengacau jiwa....
Sesungguhnya banyak sangat bemda yang mengejutkan, buat aku lara okkkkk...
Aku lari balik kampung berjumpa semua orang kat bawah ni tempat aku membuli, merajuk, bergaduh, cari pasal, mengadu dan semuanya..... :

* My lil'sis Eryn *

* My Bonda Terchenta, Puan Mahnum yang dan juga aku balik satu ari sambut Mothers day dengan beliau *

* My lil' bro, Angah yang paling tak boleh blah kalau cari gaduh dgn Kak Long dia....Eik, ramai orang kata aku adik...latest masa balik kampung weekend ritu..=P*

* My latest face....Aku masih macam dulu...Umur je bertambah tapi orang masih yang sama n nampak muda je kan? hahaha..jangan muntah hijau...*


Itulah latest update pasal aku, ada pape nanti ku cerita ek...
Lagipun macamlah ada orang nak tahu sangat pasal aku kan?
Saje jek poyo-poyo ...hahaha..
Almaklumlah, konon blog ni kan macam diari aku tapi diari berhabuk....

#Gambar abah jarang kuletak kat sini masa update, bukan apa, memang jarang abah ada kat umah outstation dengan Dik Ngah aku..dan abah susah ambil gamba....

Saturday, May 14, 2011

* sepi *

Sepi, yup!
Itulah perkataan yang sesuai untuk blog aku yang semakin berhabuk ni...
Aku tak berkesempatan untuk menulis...banyak sebenarnya yang aku nak cerita, tapi masa banyak menyeka semuanya...
Sedangkan untuk diri sendiri pun tak cukup masa..sigh*
Macam-macam hal terjadi, macam-macam dugaan,macam-macam benda menguji kesabaran aku..
Sabar, tu je yang boleh aku buat tapi kadang-kadang sabar juga ada had..
Aku pun tak tahu sampai bila boleh bersabar..aku ni manusia biasa je, bukan dewa penyabar...
Aku hanya pegang pada kata-kata, semakin banyak yang aku lalui maka makin banyaklah benda dan ilmu yang aku dapat walaupun hakikatnya menyakitkan...
Hummmm...aku tak tahulah apa nak jadi, malas nak fikir dah..
Aku biarkan je semuanya ikut flow..
Macam anak panah, mana tersasar ikut arah angin pun aku dah malas nak ambil port..
Walaupun asalnya ada target..
Penat dah nak aim...

#aku tak larat dah..papepun berdoa 4 hari aku lari balik kampung ni bolehlah dapat legakan diri sendiri..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 6, 2011

* I'm Back! *

Akhir2 ni aku sibuk sangat..
Banyak benda yang happen dan perlu dibuat..
Sekarang ni tepat jam 3.15pagi mata aku still cerah lagi walaupun hari siang aku tadi sangat meletihkan..
Banyak benda yang keluar masuk dalam kepala ni...
Ada rasa lega dalam hati tapi dalam masa yang sama rasa sedih tetap mengiringi...
Huhhhhh...orang kata tak baik mengeluh tapi aku cuma orang biasa...
Tak banyak, sikit pasti aku mengeluh..
Berdoa jelah hati aku tenang...

#tak sabar nak balik kampung..tapi lambatnya..kesian Eryn sebab dah bape ari aku tak layan mesej dia..just mesej dan call mak je..sorryla, Along memang xlarat nak dengar repot2 harian adik yang panjang...
Sent from my BlackBerry® Smartphone