Thursday, April 21, 2011

*Day17- How You Hope Your Future Will Be Like *

Tak banyak yang kuharapkan selain daripada dapat menyambung pelajaran, aku berharap aku ada kerjaya yang lebih relaks dan pendapatan yang setimpal serta masa rehat dan bersantai yang cukup....
Tak macam sekarang.....
Selain itu apa yang paling kuharapkan lagi, aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia...
Aku ingin mempunyai suami yang boleh bimbing akudan cahaya mata aku...
Mengharapkan seseorang yang bertanggungjawab, bertolak ansur,bertimbang rasa dan memahami aku disampingku...
Aku inginkan 4orang cahaya mata...
Cahaya mata yang mampu buat aku sentiasa rasa lega...
Bahagia....
Harta dan kemewahan kadangkala bukan pengukur bahagia tetapi cukuplah buatku ada secukupnya.....
Aku juga ingin lebih membahagiakan parentsku...
Bukan dengan wang ringgit sebab aku tahu aku tak mampu tapi dengan menyenangkan lagi hati mereka..
Andai kita bahagia pasti parents kita yang memandang pun akan turut bahagia...
Percayalah, dan tanyakanlah pada mana-mana parents,  bohong dikatakan kalau mereka tak bahagia bila lihat anak mereka gembira dan bahagia....
Aku harap juga adik-adikku berjaya dalam kehidupan masing-masing dan bahagia...
Along sentiasa doakan untuk Angah dengan Adik...
Aku tak nak cakap banyak, aku rasa inilah yang kuharapkan....

* Parentsku..Mood sentap sat...*
# Aku tak tahu macam mana masa depanku tapi aku hanya berharapkan sesuatu yang baik berlaku untuk aku...

0 comments: