Wednesday, April 27, 2011

*Day22- A Letter To Someone Who Recently Hurt You *

Saya memang dalam keadaan yang amat tertekan sangat-sangat..
Tau kenapa? Sebab kerja! Kalau dalam JD tu dah remark elok-elok, kenapa ada juga orang yang sengal tak paham bahasa tak reti nak follow? Buta huruf ka? Mustahil..

Boleh aku remind tapi habislah aku nak monitor orang je...Dah besar-besar boleh jadi bapak orang, nenek orang tapi nak juga buat perangai macam budak hingusan yang duduk dekat kindergarden sana tu..Mana otak yang tuhan dah bagi? Letak kat lutut? Bila ditegur di betulkan dan di remind tarik muka macam musibat..Sedar ke tidak? Sebenarnya kalau tak ditegur atau tak disuruh sekalipun, itu dah memang tanggungjawab korang?

Paham tak yang aku ni ada kerja sendiri? Aku punya kerja korang nak buat ke? Gaji tu dibayar untuk tarik muncung panjang sedepa ke? Tolong fikirkan sikit.. Bila minta tolong masing-masing nak berkira..Habis masa korang minta tolong payah macam mana pun tak ingat ke sapa yang tolong?

Gaji naik bising kata sikit, gaji tak naik pun bising..korang tau tak maksud bersyukur? Korang sebenarnya terlalu manja...Aku kadang-kadang naik fed up dengan perangai bingai macam tu...Kerja aku pun banyaklah, bukan nak sepenuh masa menatap muka korang ...Korang buat hal, aku juga yang kena menjawab, korang tak buat kerja, aku juga yang kena...Nak suruh aku buat macam mana?

Nak kerja lagi senang? Pergilah mana-mana yang nak korang..Tapi korang tak nak kan? Sebab? Korang dah naik lemak tak leh dah buat kerja berat-berat..

Korang memang basketballlllll...
Sekarang korang masing-masing selfish sangat-sangat, satu hari biar tuhan balas baru korang nak buka mata..

# Mood emo...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

* Day21-A Photo of Something That Makes You Happy *

Simple...
Sila rujuk gambar di sebelah kanan blog ni...
Walaupun bukan "A" photo tapi gambar-gambar tu buat saya gembira...
My family....
=D

# Simple is easier....

Sunday, April 24, 2011

* Day20-The Meaning Behind Your Blog Name *

* My Life, My Story *

Nothing special about it, 1st time I'm blogging, I put the name as Aku Tetap Aku...
But not untill a week, I change the name to which I use till now because i think that Aku Tetap Aku sound so selfish...Don't know why I feel like that...
Then I prefer this name because all the things inside my blog are all about my daily life which when I combine all of it,its can become my whole life story....
Other than that, this blog is just like my diary eventhough not all the things I written in...

# Short entry for weekend..=)

Saturday, April 23, 2011

* Day19- A Picture of Something You Want To Do Before You Die*


Simple, aku harap aku dapat ke Tanah Suci dulu.....

# wordless is better for me right now....

* Cik Lisa Ku Kena Operate Lagi *


Aku ni bengkek je dengan Cik Lisa, dari hujung tahun hari tu ada je meragam..
Mula-mula tukar tayar, ok..Memang rutin wajib..Masa service awal tahun ari tu tukar segala belting...

Ada lagi, dapat ang pow CNY buat bayar bateri dia je..kiok masa masa cuti umum dekat umah, call lah tempat selalu service, nasib bek tech. nak dtg even depa xcukup orang..bateri sekarang yang tak elok atau Cik Lisa sedut ke hape..

Lepas tu ada lagi,disc ke hape untuk tayar belakang kena tukar sekali dengan water pump...murah sikit yang ni sebab buat kat bengkel membe..Dahtu bulan lepas motor cooler dengan aircon terbakar..Sabo jela, aku tengok apsal temperature tiba-tiba nek..haishhhh..

Ingat service kali ni rutin service, rupanya idak...gasket kat enjin pastu paip ke cooler dah leaking..aiyoooo..bila nak isi angin tayar nampak pula skru kontot terpacak kat tayar depan belah driver...Addoiiiii...macam-macam hal lah..Sabo jela..fikirkan pakai kete memang macam tu..Dah banyak jasa dgn aku Cik Lisa nih..Ko dah nak habis hutang macam-macam penyakit pulak la..haishhhh..

#naik lapar pulak aku bila hangin macam ni..xnak cuci Cik Lisa..lagipun nak hujan dah..

Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Sukar Dijangka *

Orang kata perempuan sukar dijangka tapi hakikatnya orang lelaki lagi susah nak dijangka...
Ada yang kadang-kadang meletup macam bom nuklear ada yang sejuk tiba-tiba macam ais ketul....
Sukar nak dijangka yang mengelirukan...
Aku?
Aku tak tahu, aku bukan peramal tapi aku cuba untuk belajar...
Aku cuba untuk faham spesis diarang ni...
Selama ni aku tak faham ke?
Mungkin dan sebab tu aku masih begini....
Atau aku terlalu untuk memahami..
Mungkin juga aku boleh tutup mata dengan semua ni?
Mungkin boleh tapi bila ditutup, sukar untuk aku berfikir...
Bila dibuka still tak boleh nampak...
Ahhh, payah sungguh....

#Monolog Sabtu ku

Friday, April 22, 2011

* Day18- 5 Things That Irritate ME About Opposite/Same Sex *

See below :

1. Pembohong, penipu, kaki kelentong dan seangkatan dengannya
2. Gedik, menggelitis, yang bukan semulajadi
3. Cakap besar, budget bagus semua orang tak betul, tak tahu apa-apa dan seangkatan dengannya
4.Bermuka-muka, talam 2 muka 14 muka dan what ever
5. Pengotor melampau-lampau atau baran

hehehe...jadi macam banyak lak...=P

# Aku bukan perfect tapi aku juga ada benda yang aku tak boleh blah...

Thursday, April 21, 2011

* Down, Down, Down *

Sesungguhnya sekarang aku dalam keadaan yang sangat down...
Banyak sangat benda nak kena cover....
Banyak sangat hal nak kena tengok...
Kalau aku ni boleh dicerai-ceraikan untuk bagi tugas, dah lama aku buat...
Memang memerlukan satu kekuatan....
Caiyok2!
Tapi dalam caiyok ni pun, kepala aku dah ting tong....
Meraung dalam hati dah ni....
Macam kememeh tapi macam tu jelah cara aku nak lepas....

#Rasa sangat kusut...... :(

*Day17- How You Hope Your Future Will Be Like *

Tak banyak yang kuharapkan selain daripada dapat menyambung pelajaran, aku berharap aku ada kerjaya yang lebih relaks dan pendapatan yang setimpal serta masa rehat dan bersantai yang cukup....
Tak macam sekarang.....
Selain itu apa yang paling kuharapkan lagi, aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia...
Aku ingin mempunyai suami yang boleh bimbing akudan cahaya mata aku...
Mengharapkan seseorang yang bertanggungjawab, bertolak ansur,bertimbang rasa dan memahami aku disampingku...
Aku inginkan 4orang cahaya mata...
Cahaya mata yang mampu buat aku sentiasa rasa lega...
Bahagia....
Harta dan kemewahan kadangkala bukan pengukur bahagia tetapi cukuplah buatku ada secukupnya.....
Aku juga ingin lebih membahagiakan parentsku...
Bukan dengan wang ringgit sebab aku tahu aku tak mampu tapi dengan menyenangkan lagi hati mereka..
Andai kita bahagia pasti parents kita yang memandang pun akan turut bahagia...
Percayalah, dan tanyakanlah pada mana-mana parents,  bohong dikatakan kalau mereka tak bahagia bila lihat anak mereka gembira dan bahagia....
Aku harap juga adik-adikku berjaya dalam kehidupan masing-masing dan bahagia...
Along sentiasa doakan untuk Angah dengan Adik...
Aku tak nak cakap banyak, aku rasa inilah yang kuharapkan....

* Parentsku..Mood sentap sat...*
# Aku tak tahu macam mana masa depanku tapi aku hanya berharapkan sesuatu yang baik berlaku untuk aku...

Wednesday, April 20, 2011

* Day16-Short Term Goals for This Month and Why *

Short term goals aku ada yang menyakitkan hati aku sendiri tapi kalau tak dapat goals ni memang habislah aku...
Apa dia?

* By hook or by crook kena dapat logo ni di packaging dan premis kami....Sangat susahhhhh dan cerewetttt...*

* Kena kasi standby benda ni juga sebab hujung tahun sudah mau kena serang habis-habisan ku perlu cekau segalanya hantar by May *

* Tidur yang lena tanpa gangguan tanpa keresahan tanpa mimpi seram dari hari yang suram..*
#Aku serabut....

Tuesday, April 19, 2011

* Day15- Something You Don’t Leave The House Without*

Benda biasa yang aku akan bawa ialah purse, telefon kunci rumah dan kunci kereta macam orang lain biasa bawa...
Tapi yang memang khas aku letak dalam handbag aku bila keluar lama atau pergi kerja ialah :



Ada tisu, charger tipon, kabel tipon,handsfree dan yang beg warna merah tu bukan beg duit nenek2 ye, dalam tu ada stok ubat yang basic-basic serta adalah barang make up yg simple2...
Dan ubat-ubat tu bukan ubat tiruan dari mana-mana kedai bodoh-bodoh tapi ubat-ubat tu dari panel...
Ok, itu saja....
Sekian terima kasih....

#Sengal tak entry aku kali ni? boleh tahan lah kan kesengalan....

Monday, April 18, 2011

* Inilah Aku *

Bila aku marah aku tak boleh tahan...kalau aku tahan di mulut aku lepas guna hujung jari..aku tak boleh tengok orang atau benda yang buat aku marah dan lagi jangan hairan kalau aku jadi pendiam yang amat beserta muka serius..janganlah gatal-gatal lagi tangan nak jolok sarang tebuan...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Day14- A TV Show You’re Currently Addicted To*

Of cozzzzz CSI ...
Aku suka cerita siasat-siasat nih..
Semua CSI, sampai adik aku si Eryn pun menjangkit sama....
Crime Scene Investigation, CSI New York, CSI Miami....
Semua aku layan dan tak jemu kalau tengok ulangan dekat AXN...

* Crime Scene Investigation dengan kes Dr.Jackel yang tak settle2*
* CSI : New York season 7 dengan adanya orang baru  di sisi Mac*
* CSI: Miami season 8 , H atau Horatio still ala-ala macho je dengan cermin mata hitam dia*

# Aku juga layan cerita Chuck, Hawaii Five-0, Numbers dan terbaru ialah Covert Affair...tapi bila menonton cerita ini semua sila berjaga-jaga sebab banyak pengaruh Israel ..Sendiri mau hingattttt!!!!

* Day13- A Picture of Your Favorite Band or Artist *

A picture yerrr...

A picture of local artist (male):

*Sudah pasti Faizal Tahir...Suka rambut masa ni...=) *

A picture of local artist (female) :

* Yunalis Zarai...She's got the talent..*


A picture of local artist (band) :

* Diarang band Malaysia, aku suka lagu diarang tapi muka diarang aku tak cam..Bwahaha*
 A picture of outside artist (male) :

* Bruno Mars...sedang terpikat dengan lagu Marry You beliau..*

A picture of outside artist (female) :

* Love Story adalah lagu yang kenalkan aku pada Taylor Swift tapi sekarang ni Speak Now lagi aku suka dengar..=) *

# Lagu diarang aku layanzzzzzz...Entry ni lambat 1jam 23mins sebelum di edit....inilah jadinya kalau buat masa lepak kat kampung..huhuhu..

* Day12-Your Current Relationship, if Single Discuss How Single Life Is*

My current relationship is single....
How single?

- hari biasa pergi kerja masuk pagi balik petang tapi yang biasa aku buat balik malam stayback kat opis atau pergi makan lepas keje dan adakalanya melepak dekat tempat my fav...
-weekendku dihabiskan dengan balik kampung dan berjalan-jalan dengan famili atau kalau kena kerja aku layankan kerja hujung minggu..
- tak pun weekendku aku habiskan layan dvd, online, ,menghabiskan baca koleksi buku-bukuku dan paling selamba lanyak tengok movie sesorang...ada orang kata, looser pergi tengok movie sesorang tapi pada aku, ada aku kesah?
-weekendku juga selalunya kuhabiskan dengan menyemak kat rumah "orang"...bwahahaha....
- xde attach dengan sesiapa, tak menyemakkan otak yang dah sedia semak...
- sedang mencari seorang yang boleh dibuat teman istimewa hingga hujung hayat bukan teman sementara
- enjoy dengan hidup single yang boleh aku buat tanpa ada yang sibuk busy body...kalau ada jugak tu maknanya kain depa koyak depa sendiri tak sedar....

Macam tulah kisah hidup single aku....Simple je kan...


* It's really me*

#Entry terperam sebab terlena...

Friday, April 15, 2011

* Day11- A Picture of Your Favorite Memory *

* With Allahyarhamah Hajah Simi dan adik Ngah ku *

Inilah gamba yang aku suka...Gambar ni diambil ~25 tahun lepas pada Oktober 1986...Angah baru je umur 3bulan aku pula 2tahun 5bulan...
Besar gila n putih mengalahkan aku adik Ngah aku ni kan?
Yang pasti istimewanya gambar ni sebab kami bergambar dengan arwah Nyai (nenek) belah mak kami yang sememangnya kami membesar dengan arwah....
Rindu kat Nyai...
Tak banyak gambar dengan Nyai...Tanggal 31 Oktober 1992 Nyai tinggalkan kami....
Hampir 18 tahun Nyai pergi...
Semoga Nyai dicucuri rahmat dekat sana...
Al-Fatihah...

#Walaupun gamba ni aku nampak sengal dengan jagung tongkol dimulut, tapi nampak cute kan dengan rambut ala tempurung tu...Hahahaha...Mak aku marah gila ngan abah sebab silap potong rambut aku...Sampai sekarang pakcik makccik aku pun ingat....=P

Thursday, April 14, 2011

*Day 10- A Photo Of Your Favourite Place To Eat *

Oklah, challenge untuk hari ke-10 a photo of your favourite place to eat...
Sila lihat dibawah:

* Villa Bonda *
Sebenarnya bila kita duduk berjauhan dengan keluarga, di rumah keluarga kitalah tempat yang paling kita suka makan dan sebagainya...
Aku namakan rumah keluargaku di Johor, Villa Bonda (even tak macam villa pun) sebagai tempat favourite kerana setiap kali balik kampung, apa saja yang aku nak makan pasti ada...
Walaupun adakalanya tak datang dari dapur Villa Bonda tapi ianya akan diimport masuk ke sini...

Huhuhuhu.....Rindu tempat makan ni.....Homesick memanjang...

# Villa Bonda is the best place for my favourite place to eat..

Wednesday, April 13, 2011

* Happy Birthday Buah Hatiku *

Happy birthday buat buah hatiku...
My sweetheart...
My hunny bunny...
My lovely little sister....
Nur Heizryn Amirah Binti Md.Hulifah...
Buah hati kami sekeluarga....


Hari ni cukuplah adik kami si Eryn ni berumur 11 tahun...
Tahun depan nak UPSR dah tapi kami still panggil dia Adik, Budak Kecik, Budak Kenit, Budak Busuk...


Semua tu refer kepada dia...Ikut dan mood Kak Long dan Abg. Ngah dia nak panggil apa....
11tahun lepas semasa kami tahu nak dapat adik, macam-macamlah perasaan...
Yang pasti aku happy sebab ada adik perempuan sorang dan adik lelaki sorang...
Masing-masing siap prepare nama untuk budak sorang ni....


Tak sangka sekarang dia dah besar, dah banyak mulut dan selalunya Q yang ditujukan pada kami sangatlah menguji....

Terutamanya pada si Abg. Ngah yang memang selalu dibuat kawan bergaduh...
Pantang si Ngah ada kat rumah, almaklumlah si Ngah nama je duduk dengan famili tapi selalu outstation...
Kalau cukup korum kami di rumah, pantang sungguh dia kalau duduk berdua dengan Ngah, kompom aku kena selit tengah...
Baik tengok tv, makan, tido, online & etc...

Adik kesayangan kami ni tak pandai meminta-minta sesuatu tapi suka bagi hins....
Agak-agak tak dapat, dia buat sendiri...
She's very creative...
Buat skateboard sendiri pun pernah gara-gara kami malas nak layan hins dari dia...=P
Pagi tadi call dia sebelum pukul 7am tapi mak kata abah dah hantar dia pergi sekolah, call tengahari mak kata belum balik ada extra class dan akhirnya baru dapat bercakap dengan dia...
Aku yang tak tahu menyanyi ni sempatlah wish birthday dan nyanyi untuk dia..
Aku dah nyanyi lagi mahu kutuk...Haishhh..Taulah Along tak tahu nyanyi...


Apapun, untuk Adik kesayangan Along ni Along nak wish Happy Birthday, semoga semua impian tercapai, jadi budak baik, bijak, dengar kata, sihat sentiasa dan etc....
SAYANG ADIK.....=D

#Planning for her birthday celebration is in progress but I'll make sure she read this entry for  like last year...

* Day9- Last Item Purchased *

Disebabkan ari ni aku hangin tiba2 sewaktu nak pergi lunch hour, so selain lunch aku, benda alah sume2 kat gamba tu aku beli..
Puas ati...kalau geram kena lepas n makan...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

* NOMBOR DIGI *

Baru-baru ni aku menggunakan perkhidmatan DIGI untuk cik Berry...
Bukan MAXIS aku ketepikan tapi pakej yang DIGI bagi lebih berpatutan untuk aku bayar setiap bulan....
MAXIS ku simpan untuk cik Blue Black bagi urusan rasmi...
Almaklumlah, nombor dah lama pakai, ~10tahun so ramailah yang tahu nombor tu even ada yang dah hafal pun....

Sebelum ni kalau dengar nombor DIGI aku rasa telinga aku sangatlah sinonim dengan mulut adik Ngah aku cakap, " nombor DIGI untuk orang Indon jek"
Mula-mula aku nak ambil nombor DIGI aku pun tergelak sebab aku terjebak sama guna nombor DIGI yang mana hanya 3 nombor saja berbeda dihadapan dan di belakang serupa dengan nombor MAXIS ku....
Tapi nak dapat sama agak sengallah juga sebab my DIGI ni nombor UTARA....

Sebenarnya aku nak menulis hari ni bukan pasal aku pakai nombor baru tapi nak membuktikan kebenaran apa yang adik aku cakap....
"NO DIGI SELALU INDON YANG GUNA"
Semalam semasa baru balik dari kerja ada satu nombor tak dikenali call aku, lepas tu sibuk cari JANTAN dengan slang bahasa seberang !
Apa kes!
Aku cakap salah nombor tak paham bahasa, macam tak nak terima pula....
Malam waktu aku pergi dinner birthday favourite BF ada lagi dia call, aku pass pada kakak lepas tu kakak pass pada hubby dia...
Perempuan tu memaki, kena maki baliklah....
Lepas tu masuk pula mesej mencarut.....

OMG!!!!
Lepas ni kalau ada lagi nombor tu naik kacau, aku kompom pergi DIGI block nombor tu....


* Yellowman dah silap sambungkan nombor untuk I *

#Adik Ngah aku punya mulut masin betol.....HAishhhhh

Tuesday, April 12, 2011

* Happy Birthday Lope *

Hari ini birthday favourite BF saya..
Si handsome Megat Idris Naquiyuddin..Min Min just nak wish Lope "Happy 4th Birthday"...
Semoga semuanya berjalan lancar, sihat selalu dan sentiasa gembirakan parents Lope..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Day8- Dream Wedding *

Challenge hari ke 8 adalah challenge yang sangat mengujakan aku...
Bukan pasal apa, setiap orang pasti mengimpikan hari bahagia yang boleh diingati sampai bila-bila...
So do I lah kan...
Even the partner is still in searching process...
Apa yang aku tuliskan dan bayangkan bagi entry kali ini adalah benda yang betul-betul aku inginkan...
Cantik dan agak simple je.....

Garden wedding, itulah tema  yang aku inginkan...
Mungkin ramai yang dah pilih tema ni tapi aku tak kisah...
Yang pasti garden wedding yang aku imagine kan disini tak adalah melampau...
Warna tema yang aku inginkan haruslah pink dan krim..

* Reception dream dress tapi warna disini perlu ditukar*
Itu untuk majlis resepsi...
Bagi majlis pernikahan dan khatam al-quran, aku bayangkan baju putih berlacekan warna turqoise, bersulamkan warna purple dan grey...

* Persalinan pernikahan impian *

* Cincin atau bracelet perlulah design simple begini*

Banyak bunga-bunga segar dan bak kata adik Ngah aku, bunga segar tak cukup ambil saja pokok-pokok dekat rumah dan kebun mak...
Hahahha...

Solekan pula aku dah bayangkan nak import mak andam khas dari Penang yang sekarang ni dia sendiri dok sibuk menguruskan urusan hal perkahwinan dia sendiri....
Untuk baju aku nak dress simple dan lelaki pakai baju ala-ala baju hindustan...
Tak ada tenggolok atau samping...
Buat kelainan sikit...
Segala khemah dan table aku nak warna putih dan bertona pink sikit...
Gila meroyan kan kalau masa hujan becak semua nak warna putih?...

* Meja tetamu *

* Pelamin impian *

Aku juga nak diiringi anak-anak kecil perempuan yang memakai baju kurung moden dan si lelaki memakai baju dhoti yang mengiringi "kami" ke singgahsana...

* Pandangan dari pelamin *

(Calon-calon flower girl sudah tercatat elok dalam kepala )
Walaupun tema ala-ala mat saleh mix bollywood tapi aku nak ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang dan kemudian dituruti dengan soft music....No hingar bingar punya lagu....

Aku tak tahu nak imagine macam mana lagi tapi yang pasti aku nak wedding garden yang sangat simple dan boleh buat aku tersenyum sampai bila-bila saat aku mengingati semua tu...
Tapi kalau nak mengada-ngada sikit aku terbayang nak naik kereta kuda macam Cinderella lak..
Hahahaha.....
Dan yang pasti outdoor punya gambar aku inginkan satu tempat wajib iaitu persimpangan Presint 11 yang mempunyai simpang 3 yang mempunyai susunan bunga yang cantik selain daripada gambar outdoor di tepi pamtai yang berair biru ala-ala mediteranian...
Terbayang-bayang semua tempat tu sekarang...Yeawww...

# This is my dream's wedding....Doakan sajalah aku cepat bertemu jodoh agar semua ni jadi kenyataan...Aminnnn

Monday, April 11, 2011

*Day7- A Photo Of An Animal You’d Love To Keep As A Pet*


Inilah dia binatang yang aku teringin nak bela...
Merpati putih....
Kenapa?
Sebab nampak bersih je kan merpati ni...
Binaang pertama yang terus terlintas dalam kepala aku....
Orang kata juga kalau satu-satu tempat tu kalau ada banyak burung merpati ni, termpat tu akan maju....
Selain tu kisah pasal burung merpati juga ada dalam kisah nabi di mana burung ni terbang di sekitar gua yang menjadi tempat persembunyian nabi sewaktu perpindahan nabi ke Madinah di mana Baginda dicari oleh orang kafir...

#Aku tak tau nak cite apa pasal merpati tapi yang pasti memang aku suka je tengok binatang ni kecuali dia punya bahan buangan....Hahahaha..

Sunday, April 10, 2011

* Durian Kala Flu *

Bila aku dah wujud kat Putrajaya makanya bermulalah keje gila...semalam aku culik cousin aku dari modu, ari ni sepatutnya aku kena hantar dia before 10pm tapi hasilnya sekarang kami masih doi Putrajaya..Merayap makan durian di USJ14...Gila mahal tapi disebabkan masing-masing dah craving for durian..so layankan sajalah..Balik makan durian semua ting tong..durian macam ada dadah...bwahahaha..

#Orang kata durian busuk tapi I loikeeee..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Day6- A Song To Match Your Mood *

Hehehehe.....match to my mood yeeee....
Lagu ni I dok main pagi petang siang malam kat Youtube...
Even di opis...
Naik jelak agaknya tipon ku kalau dia ada mulut nak bagitahu....
Lagu apa?
Lagu bawah ni :


Sila jangan muntah hijau dengan kekemarukkan saya kepada lagu ini...
Hahahaha....

#Verylah suka lagu hni sekarang....

Saturday, April 9, 2011

*Day 5 - What makes you different from everyone else?*

Apa yang membuatkan aku lain daripada orang lain ye,sangat simple:

Aku adalah satu-satunya anak kepada Puan Mahnum Haji Misran dan Encik Md.Hulifah Haji Yusof yang dilahirkan 27tahun lepas dari rahim makku....
Aku adalah satu-satunya kakak kandung  kepada Mohd Huzairi Md Hulifah dan juga Nur Heizryn Amirah Md.Hulifah....

Tak ada orang lain yang dilahirkan 27 tahun lepas dari rahim ibuku hasil perkongsian hidup mak dan abah...
Dan tak ada orang lain yang jadi kakak kandung kepada dua orang adik-adikku....
Kakak ipar tu lain cerita, belum kena tapis lagi dari kakak kandung nih....
Hehehe..


# Nothing can change about the fact.....

Friday, April 8, 2011

* Day 4 - Favorite Photograph of Your Best Friend *


No need to introduce who is she to you alls....
Enough if I said, other than my mom n my family, she's the one who know about me....
Even the photo that I put here is small but the meaning behind this photo is so big....
The photo was given to me ~end of 2002 during end of  semester during my 1st year meanings her last semester of her 2years study at the 1st place where we met....
The photo was not taken during our outing times nor during our KAMSIS activities...
The photo also not looks so clear but at the back of this photo was written something and a cute card was attached together with the photo during I received it....
After ~9years I know her, the photo is still keep in a good condition and even the person in this photo may be already have a bit "changers" but she's still the same person who always available for me to hear my "pot pet, pot pet" just like ~9years ago...

# Other than my mom, she's the one who I will choose to share about somethings or anythings...and here I want say, I tak sempat nak hapdet blog sebab I bz noksss...=P