Friday, March 25, 2011

* Ular & Mimpi *


Orang kata mimpi ular ni macam-macam makna...
Kalau dipatuk ular ada orang nak masuk meminang...
Kalau yang dah kahwin bermakna hidup bahagia...
Kalau mimpi ada ular besar mungkin akan bertemu dugaan besar....
Kalau mimpi ular kecil tiba-tiba jadi naga bermakna ada orang besar nak membantu...
Kalau mimpi ular berwarna-warni bermakna ada kebahgiaan yang tersirat untuk kita...
Kalau mimpi melihat ular yang banyak bermakna panjang umur...
Kalau mimpi dikelilingi ular bermakna ada musuh ramai...

Betul ke?
Apa ke halnya aku tulis macam ni?
Sebab malam tadi aku duduk kat rumah sesorang aku nak tidur teringat-ingat pula kes ular sesat kat lubang tandas dalam youtube...
Aku terpandang pula pintu tandas bilik aku tak tutup rapat...
Aku rasa macam tak daya nak turun katil pergi tutup...Hehehehe
Gila malas kan?
Anak sapa la ni?
Bukan apa, malam tadi aku dah lena lepas tu terjaga sampai dekat pukul 2lebih mata tak mau lelap..
Bila nak lelap terfikir yang bukan-bukan pula...
Sampailah terbawa-bawa dalam mimpi..
Mimpi mana satukah aku punya?
Aku mimpi ular sawa lalu tepi kaki aku....
Lepas tu aku tersentap dan terbangun, pusingkan bantal terus tido balik....
Dan tak ada mimpi bbersambung-sambung pun...
Sesungguhnya mimpi itu mainan tidur...
Tak payah percaya ramalan-ramalan yang ada macam aku tuliskan kat atas tu...
Syirik pula kalau ikutkan sangat...

#Disebabkan asyik terjaga malam tadi hasilnya lepas subuh tadi aku tidur semula dan pergi bila bangun dah lambat terkocoh-kocoh bagai..Nasib baik hari ni pakai jeans dan tshirt je tapi bila sampai opis baru perasan tshirt peach tapi tudung light orange...Memang sengal....

0 comments: