Tuesday, March 15, 2011

* Tipikal & Sarkastik *

Dua perkataan yang pada aku banyak terdapat pada golongan masyarakat kita...
Dalam sedar atau tidak memang ada tertanam pada individu-individu di Malaysia...
Mungkin bukan semua tapi kehadiran dua sikap ini memang ada....
(Ayat aku dah macam ahli sains kemanusiaan pula tapi berpusing-pusing...=P)

Ayat macam serius tahap gaban tapi sebenarnya tak adalah aku nak cerita serius macam apa pun...
Saja nak kongsi-kongsi pendapat aku...
Tipikal...
Apa yang dimaksudkan tipikal?
Menunjukkan kualiti atau ciri-ciri yang mengenalpasti kumpulan atau jenis atau kategori.
Sarkastik...
Apa pula yang dikatakan sebagai sarkastik?
Mengejek atau  ditandakan dengan kata-kata yang bererti sebaliknya dari apa yang mereka katakan dan ayat  yang dimaksudkan adalah untuk mengejek atau mencemuh....
Kesimpulannya, tipikal dan sarkastik boleh bergabung dalam satu-satu hal...
Tipikal adalah sikap dan sarkastik luahan atau output dari seseorang....

Sebagai contoh yang biasa aku dengar (dan aku sendiri pernah alami) ialah:

1. Sikap tipikal sesetengah pihak yang selalu menganggap orang yang keje di industri aka kilang ni macam batak sangat...
Orang-orang tak ada kerja dan tak profesional saja yang ada kat kilang....
Imaginasi mereka kalau sebut kerja di kilang lebih kepada Minah atatu Mamat Kilang aka operator...
Ayat sarkastik yang selalunya golongan ini keluarkan ialah:

" Oooooo....Kerja dekat kilang je lah yek....Tak apalah, kerja kilang pun halal kan daripada tak ada kerja nasib baik kilang tu nak ambil ko kerja"

Pedih juga kan dengan ayat-ayat macam ni ditambah lagi muka senyum sinis...
Macam tutttttttt....
Lupa agaknya mereka ni bahawa dekat industri ni ada juga si jurutera-jurutera , pelajar-pelajar undang-undang(walaupun mereka tak apply kepada bidang guaman), pakar teknologi makanan, pakar nutrisi, dan sebagainya....
Mungkin dalam industri tak ada doktor atau peguam atau cikgu tapi kalau tak ada industri, dari mana ada pelabur, dari mana sumber cukai negara nak bayar tenaga profesional yang mereka agungkan tu...

Dan jangan marah kalau aku kata disini, dari mana nak bayar golongan yang kononnya jurutera di jabatan kerajaan, si pegawai yang bekerja di situ sinun...
Dan jangan bertambah naik hangin bila aku katakan, aku boleh bandingkan bahawa si profesional di industri atau swasta lebih buat kerja....
Satu jawatan paling senang, jurutera atau pembantu jurutera...
Kalau di industri memang apa yang mereka  belajar sangat digunakan malahan mereka dapat explore dan menyumbang buah fikiran lebih lagi berbanding si jurutere dari jabatan tertentu yang masuk opis duk sain itu ini, pergi site jenguk lebih kurang lepas tu pergi makan-makan...
Jangan naik hangin bila aku cakap maca ni sebab ini kenyataan yang aku dapat lihat dengan biji mata kepala aku sendiri...

Itu satu hal,pasal tempat kerja...
Belum lagi bidang kerja...
Kalau di KILANG atau di industri biasanya lebih banyak stayback...
Ada yang stayback semata-mata untuk kejar OT dan tak kurang juga yang sememangnya kerja berlonggok...
Yang kerja berlonggok ni aku nak sentuh dulu....
Bukan disebabkan kerja sengaja ditangguhkan atau sengaja dikumpul biar jadi bukit boleh tarah jual pakai kati....
Tapi semuanya bersebab, mungkin projek, mainpower tak cukup ataupun sebagainya....
Kadangkala yang stayback ni bukannya berbayar, tak ada pulangan tapi mereka fikir tanggungjawab....
Fikirkan amanah....

Yang kejar OT ni pula aku nak cerita, memang macam haram sikitlah...
Hari bekerja sengaja ambil cutilah, MClah, apalah, inilah itulah tapi bila hari cuti sibuk berlumba-lumba....
Macam tuttttttttt kan?
Hurmmmm..tapi itulah dunia....
Tapi tak  boleh blah bila dah tahu selalu orang yang stayback ni balik lambat, bila balik awal ditegur begini:

"Aik, awal balik....Dah tak ada kerja ke? "

Iyelah, tak ada kerja takkan nak melangut sengaja nak mengada buat claim elaun buta kosong....Tapi bila dah selalu balik awal tiba-tiba kerja datang melambak dan ada program takkan nak blah macam tu saja...
Bila balik ada juga bunyi:

"Aik, dah gelap malam baru nak balik? Ingat tak ingat rumah dah...."

Apa nak kata? Tak payah layan sebab setiap orang ada tanggungjawab masing-masing ada tepi kain masing-masing....

Itu baru tahap tu, habis macam mana pula kalau bab kerja dengan siapa dan bangsa apa dipertikai?
Sorry to say lah,pada aku budaya kerja setiap bangsa dan negara sangat berbeza....
Persekitaran juga sangat berbeza dan ini juga mempengaruhi disiplin setiap pekerja....
Jangan pertikai apa yang aku kata ni sebab aku lalui sendiri bekerja dengan bangsa lain dan dah tengok budaya kerja berbeda bagi negara berbeda...
Bila berkomunikasi dan bekerjasama dengan mereka kita dapat buat perbandingan....
Bukan aku nak kata bangsa aku tak bagus tapi mana yang baik tolong ambil buat contoh dan yang tak baik tolong tolak jauh-jauh...

Jangan jadi manusia tipikal....
Spesis yang terikiut-ikut, yang tak tetap bagai lalang ditiup angin dok melentok-lentok tanpa tetap...
Kalau dicucuk terus melatah,
Kalau disiram minyak terus berapi,
Kalau terpetik terus dipatah,
Sedangkan si tukang cucuk,tukang siran dan tukang patah hanya nak melepaskan diri sendiri dari silap lalu mengaitkan yang lain agar tak kelihatan celanya....

* Kalau aku jumpa an jing seperti ini, mahu saja kusepit celah rumpun buluh *


#Entah kenapa tiba-tiba aku nak membebel pasal benda ni pun aku tak tahu...Jangan dipersoal....Sekian

0 comments: