Saturday, March 19, 2011

* Tipikal Part-3 *

Jangan menyampah pula bila baca tajuk post aku hari ni..
Aku pun tak tahu kenapa akhir-akhir ni suka sangat guna perkataan tu buat tajuk...=P
Hari ni aku nak cerita beberapa kisah pasal sikap manusia tipikal yang ada dikeliling sama ada sedar atau tidak...

Yang pertama, kalau bekerja dan ada di tempat kerja tu bos bangsa kita dan pekerja pula bangsa lain, perlu ke orang sentiasa meletakkan expectation sampai berkata begini:

"Eh, amoi tu bos u ye? Dia nampak macam muda lah?"

Lagi parah ayat tu keluar dari mulut orang yang kononnya high class lagi high educated dan kalau bercakap bagai bergema satu dewan tanpa pakai mikrofon dan paling tak best dia adalah bangsa sendiri...
Ini kisah benar, terjadi sewaktu aku pergi satu training...
Depan mata aku..
Sengal kan?
Dan paling best ialah jawapan yang aku dengar, iaitu:

"Bukan, dia junior staff saya..Fresh graduate baru join COMPANY SAYA...Sebab tu dia nampak muda" selamba....

Faham maksud capital letter tu?
Aku faham dan muka yang menyoal tu terus berubah...Aku nak gelak besar masa tu tapi aku tahan je sebab dalam program, bukan dalam dewan raja lawak....
Itulah, ingat orang kita tak ada yang berjaya ke?
Tak ada yang rajin, gigh dan vasssss.....
Siapa yang sentiasa ada persepsi macam si penyoal tu, sila tukar persepsi anda sebab kita dah masuk alaf 21 dah dan bukan kurun ke berapa zaman penjajahan British ke, Portugal ke atau seangkatan dengan tu semua.....

Yang kedua, ini kisah saudara terdekat dengan aku....
Orangnya masih muda dan lebih mudah lebih muda dari aku...
Dia jenis pakai baju main sarung je, kalau ada majlis, urusan rasmi atau program tertentu saja baru  nak pakai proper...
Satu hari dia keluar awal pagi nak pergi bersarapan dan mengisi minyak dengan seorang kawan yang mempunyai bengkel kenderaan sendiri...
Biasalah kalau orang bujang keluar pagi setakat nak bersarapan mana ada nak mandi dulu sikat rambut kemas bagai nak rak....
Dan si kawan pula disebabkan pekerja bercuti dan ada kereta yang perlu disiapkan dengan segera terpaksalah berlumur minyak pepagi buta....
Makanya masa diarang pergi isi minyak, kuku si kawan pun memang hitam lagi, baju comot memang dah duduk bengkel kan....
Sampai di stesen minyak berdekatan, dia keluar dan si kawan pula pergi beli surat khabar....
Datang seorang budak pembantu nak tolong tuang minyak terus keluar dialog:

"Smart kereta ni bang, kereta bos abang ye? Abang muda-muda dah jadi drebar tak rasa rugi ke? Kereta rosak ke? Siap mekanik ikut sekali tu.... "

Si mamat ni pun pandang kawan dia, kawan dia pandang dia...
Diarang pun dengan selamba jawab:

"Ha'ahhhhhhhhhh...."

Terus masuk kereta, tunggu siap isi minyak yang mulanya tangki kosong pun dah penuh, terus blah dari stesen minyak tu....
Mentang-mentang nampak budak mudak muda pakai kereta ala-ala mewah dan-dan di cop drebar...
Kesian betul...
Penat mamat tu kerja perah otak, tulang empat kerat tapi dipanggil drebar je...
Dan yang tak tahan si kawan dia dapat watak tempelan, mekanik khas follow kereta rosak...
HAhahaha...
Tapi boleh dimaafkanlah sebab budak pembantu stesen minyak tu memang selalu blur-blur dan bertukar-tukar orang....=P

Yang ketiga, pernah tak dengar pepatah  Melayu berkata

"Yang besar jangan disangka bapak, yang kecil jangan disangka anak"

Ni nak cerita sikit,cerita dia lebih kurang juga dengan kisah yang pertama cuma ini dibezakan pasal umur....
Kesimpulan dari pepatah Melayu yang aku sebutkan tadi ialah, jangan disangka orang muda tak boleh berjaya....
Sampai disini saja angin membebel aku pasal tajuk TIPIKAL...
Sekian terima kasih...

# Pada sesiapa rasa tak suka apa yang aku tulis ni, ikut suka koranglah nak kata apa....aku tak kisah pun....

1 comments:

missrivebell mumun said...

kesiannya kawan kak min tu.. adeh..