Tuesday, March 15, 2011

* Tipikal Part 2*

Pernah tak kita terfikir tentang orang-orang yang ada kelayakan tapi tak dapat sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi?
Aku bukan nak cerita kisah ala-ala drama tv tai tentang dunia nyata....
Dia orang ada alasan tersendiri yang memaksa diarang lupakan apa yang diarang inginkan...
Tapi ada juga orang yang ada peluang, ada kelayakan dan ada kewangan yang kukuh tapi sengaja tak nak sambung pengajian...
Tapi spesis yang ni aku punya komen ialah LANTAK KORANGLAH NAK JADI APA!
Ada kelebihan tak nak gunakan...
Sengal...

Yang aku tak boleh blah bila perbandingan tak setara dibuat...
Korang nak tau apa maksud perbandingan tak setara yang aku maksudkan disini?
Maksud aku ialah bila seseorang tu sebenarnya dah master dalam bidang tertentu tapi hanya disebabkan dia hanya berkelulusan SPM atau STPM atau apa-apalah yang bukan masuk U, makanya pendapat dia hanya ditepikan...
Kalau dipandang pun setakat untuk dibuat bahan lawak tapi dalam diam rupa-rupanya si pandai lepasan U yang sebenarnya setakat belajar memuaskan pihak tertentu atau bagai melepas batuk ditangga bila buat sesuatu ceduk habis-habisan hasil orang tak masuk U tadi...
Buat macam hakmilik terpelihara dia....
Padahal yang dibuat hanyalah ciplak....
Suruh huraikan macam haram rojak petis ala gado-gado dia goreng...

Yang sengalnya orang sekeliling yang buta, benda yang sama tapi bila si budak SPM atau STPM yang cakap konon low class, tak boleh guna pakai tapi bila si Budak U cakap semua bagus...
Macam harammmmm...
Itulah masyarakat kita, TIPIKAL....
Aku jumpa makhluk macam ni geram je aku nak sembur tapi aku ada otak tuhan dah bagi...
Hanya tunggu dan lihat sajalh....
Satu masa kantoi juga.....
Masa tu barulah manusia-manusia yang tipikal pemikiran tu, yang hanya memandang semeter ke depan bukan beratus-ratus kilometer buka mata....

Tak payah jauhlah nak ambil contoh, kalau makcik pakcik nak kahwinkan anak tu cukuplah buat contoh....
Kalau nak masuk meminang atau nak pergi meminang kompom tanya belajar mana?kerja apa?
Kalau setakat kerja kilang tu ehem2 jelah...
Kalau boleh nak menantu cikgu, engineer, akauntan dan etc yang grand2 konon anak dia pun kerja grand...
Grandlah sangat kalau setakat tittle je grand tapi title masih kontrak atau pergi kerja makan gaji buta tak guna juga...=P

Satu penyakit tu namanya...
Semua nak grand nanti lepas kahwin anak makcik pakcik makan pasir yek...
Kalau yang lelaki konon ada tittle kawin nak kena grand tunjuk kat mertua last-last lepas kahwin bayar hutang je memanjang....

#Aku membebel lagi....Fikir-fikirkan...

2 comments:

nABiL said...

wah..emo btl cik min min kte ni yer...tp btl la..skrg ni seme pndang darjt...yg miskin bertmbh miskin..yg kaya bertmbh kaya...kt yg miskin ni bile nk kaya pun xtau la...

Min Min said...

Biey,
xelah emo mana tapi saja nak kupa tajuk...=P