Wednesday, March 2, 2011

* Telatah Manusia *

Manusia ni sebenarnya mempunyai pelbagai telatah dan ragam...
Aku sebagai seorang yang suka memerhati, sangat banyak yang dapat aku perhatikan...

Ada manusia yang sinis..
Ada manusia yang suka bermuka-muka..
Ada manusia yang suka menggunakan orang lain..
Ada manusia yang pemurah...
Ada manusia yang jujur..
Ada manusia yang suka mengambil kesempatan....
Ada manusia yang tahu bertolak ansur...
Ada manusia yang mementingkan diri sendiri...
Ada manusia yang bermulut lepas....
Ada manusia yang berkorban untuk orang lain...
Ada manusia yang "mengorbankan" orang lain untuk kepentingan sendiri...

Kalau disenaraikan mungkin lebih banyak tapi cukuplah di sini...
Entahlah, telatah manusia ni ada yang menyakitkan hati, ada juga yang menyenangkan hati tapi ada juga yang gembira bila melihat telatah orang lain buat orang lain sakit hati....
Yang ni adalah spesis manusia paling teruk....
Patut disepak melambung ke bulan....
Buat menyemak bumi je....

Aku?
Aku sensitif sikit dan serius ...
Tak suka orang main-main dan bercakap pusing-pusing...
Aku menyampah orang yang cakap tak serupa bikin dan tak on time...
Aku kalau marah kat orang aku takkan banyak cakap dengan orang tu, lagi best aku takkan cakap terus..
Kalau aku cakap karang nanti lagi teruk....
Paling tak suka orang yang suka make fun pada orang lain...

Kenapa aku tiba-tiba bercakap pasal hal ni?
Sebabnya sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi telatah manusia dikeliling aku...
Kita sebagai pemerhati dan adakalanya terlibat sama perlu ambil pengajaran,...
Kalau kita tak suka sesuatu yang tak elok orang buat pada kita jadi jangan buat benda yang sama pada orang lain.....
Ingat : " WHAT U GIVE, U'LL GET BACK"
Kadang-kadang tuhan bagi cash je...
Hidup ni macam roda, tak selalu kita sentiasa diatas....
Kalau kita berada diatas, tengok-tengoklah orang dibawah...
Kalau mula-mula kita dibawah dan naik keatas, janganlah terlalu gah mendabik dada...
Kalau aku continue membebel ni rasanya jadi lagi panjang...
Cukuplah sampai disini...


*1001 ragam manusia ada*
 # Kita ni atas pentas dunia je....Bila-bila je nikmat ni boleh kena tarik balik...Kita ni semua sama je hamba Yang Esa..Nak buat apa=apa tolonglah beringat...

4 comments:

nABiL said...

btl tu..aku pun dah pent tgk telatah manusia ni...pening2..

Puteri Nuur At-Terawis said...

sila bersabar dan bertabah.
kakput dalam kategori mana weh?

Min Min said...

Bie, nak panadol? =P
Kak, rasa2..hehehe

nABiL said...

blh gak..ko bg yg aktifast punya tau..kuat sikit..huhu