Wednesday, March 16, 2011

* Hikayat Merong Mahawangsa *


* The Best Malay Epic Movie 2011 *
Malam tadi aku pergi menonton Hikayat Merong Mahawangsa bersama teman rapatku dan ehem2nya...

Aku nak bagi hampir 5bintang buat adik beradik KRU khususnya untuk Yusri Abdul Halim yang dapat menghasilkan filem epik yang memang vasssss...
Rugilah buat sesiapa yang tak pergi menonton lagi filem yang bermodalkan RM8juta ini...

Hikayat pemerintah pertama Langkasuka yang berdarah Alexander the Great ataupun Iskandar Zulkarnain dan membawa ke susur galur Sultan Muzzafar Shah (Patani)....
Mungkin bagi aku sendiri sebelum ini pernah terdengar nama Merong Mahawangsa tapi tak pernah nak ambil tahu siapa dia...
Filem ini juga menggabungkan pertemuan antara Barat dan Timur malahan boleh dikatakan pertemuan antara benua....

Kenapa aku kata macam tu?
Apa tidak Barat dan Timur kalau dah Putera Raja Rom,Putera Marcus Caprenius dari zaman pemerintahan Raja Hadrian nak dikahwinkan dengan Puteri China Dinasti  Han, Puteri Meng Li Hua.......
Pertemuan pula di tengah-tengah laluan perdagangan termasyhur di Asia....

Aku bukanlah seorang yang pandai mengulas tentang filem-filem yang aku tonton tapi percayalah,, tak rugi kalau pergi menonton sebab memang tabik spring buat anak Malaysia yang dapat bikin filem lain daripada yang lain sehinggakan ramai rakanku berbangsa asing (bukan Melayu) menyangkakan ianya adalah filem luar aka filem Mat Saleh....=P
Ini menunjukkan filem kita dah ada tarafnya tersendiri...

Apapun, buat kawan-kawan yang belum menonton filem ini lagi, sila ke panggung-panggung berdekatan untuk menonton filem epik yang penuh dengan aksi, lucu, percintaan, pengorbanan, kesetiaan, janji dan amanah dan sekaligus menyokong filem kita....

Tapi amaran keras diberikan kepada yang nak bawa anak-anak sebab cerita ni ada bahagian aksi-aksi yang pada aku sangat ganas....

#Tiba-tiba buat ulasan pasal filem pulak padahal selalu tengok cerita lain tak berkobar-kobar macam ni...Rasa macam nak pergi tengok lagilah...=P


2 comments:

nABiL said...

best sgt ker cite ni??ni nk g tgk ni...hehe

Min Min said...

pada aku Biey, utk filem epik dari Malaysia dengan aksi ,kesan bunyi dan bla2 tu kira best la...tak caya tgk..=P