Saturday, March 5, 2011

* Bila Saya Lapo *

Lapooooo....
Nampak sangat ke'Johor'an ku bila LAPAR menjadi LAPOOOO...
Aku bekerja hari ini....
Sepatutnya minggu ini bukan aku yang kena'standby' tapi layankan sajalah sebab orang yang sepatutnya 'standby' ada kursus apa entah...
Lagipun boleh 'cover' balik peruntukan poket aku yang dah rabak bulan ni disebabkan Cik Lisa....
Dan sepatutnya juga hari ini bila aku celik mata aku dah ada dekat kampung halaman aku....
Dan jangan harap juga aku nak buka mata terus lepas subuh...

Kompom sekarang ni adalah masa bermalas-malasan lagi sambil dengar celoteh bondaku....
Kalau sekarang ni sudah ada di kampung pasti juga aku belum terasa lapar sebabnya bangun lewatlah...Hehehehe....

Disaat ini aku tiba-tiba terbayangkan benda-benda bernama makanan seperti gambar-gambar dibawah:

* Bihun Sup Bondaku *
* Roasted Chicken Puan Puteri Nuur (Ku cilok picture  dari blog mu sis) *

* Asam Pedas Parit Jawa Gerai Last *
* Ketam Black Paper Sabak Awor *
* Ikan BAkar *
* Kupang Masak Sambal*
* Sotong Goreng Tepung*
* Mee Bandung Muar *
* Nasi Beriani Gam Batu Pahat *

* Ketupat Nasi, Kuah Lodeh  dan Lauk Pauk Wajib*

Entah apa-apakan aku ni?
Inilah dia kalau dah lapar...
Nak buat kerja terus tak ada mood...
Tadi singgah Petronas sempat beli Pau Ayan sektul dengan Nestle Coffee Latte je...
Huhuhu...

#Tak sabar nak balik kampung tengahari nanti tapi sebelum tu kena hantar Cik Lisa pergi klinik dia dulu sebab ada bunyi yang mencurigakan dari perut Cik Lisa...=P


3 comments:

norinaomar said...

bihun sup mak ko tu kan min,sampai sekarang terbayang2..padahal baru tengok gambonye..bila nak bg resepi neh?

cik bebel said...

argggg...laporrrrrr.....

Min Min said...

kak Noi, Hahahaha...senang je...macam bihun supp biasa...extra bawang merah potong nipis tumis kering2 betul,dengan mak tambah serbuk sup atau sup bunjuk jek..ayam goreng kunyit sendiri koyak kasi tabur...yang tulang tumis sampai air ayam keluar baru tambah air...

Ila, jgn jeles...akak nak blk kampung..leh rasa sume2 tu,....bwahahaha