Sunday, March 13, 2011

* Am I A Looser? *

Hari ni aku rasa letih sangat-sangat...
Tak pernah-pernah bekerja dihujung minggu terasa penat sampai rasa macam nak tercabut kaki...
Tapi itulah hakikatnya hari ni...
Hari ni banyak sangat masalahnya...
Banyak pula halnya...
Hari ni dalam keadaan letih sempat lagi aku menggagau pergi cari hadiah kahwin untuk seorang kawan....
Dalam keadaan pokai ku gagahkan juga swapkan apa yang ada...
Siaplah nak membayar hujung bulan nanti....
Keluar opis dah macam kerja di hari biasa (tanpa stayback)...
Ingatkan nak terus balik ke rumah untuk berehat-rehat tapi terfikir sesuatu...
Dan niatku dibatalkan dan mengalih arah menuju ke JJ Bukit Raja...
Lama dah aku tak layan hobi lama aku...
Tengok movie....
Sudahlah sekarang banyak cerita yang ditayangkan....
Niat di hati nak menonton Hikayat Merong Mahawangsa tapi aku berpegang pada janji..
Aku nak menonton dengan seseorang...=)
Akhirnya aku memilih Big Momma Like Father Like Son...
Lebih santai dan relax...
Siapa yang tak pernah tengok cerita terdahulu, sila tonton dahulu....

Balik daripada menonton sempat lagi aku ke tempat kegemaran...
Tak lain dan tak bukan ialah kedai buku...
Menjadi kebiasaan dan amalan untuk beli beberapa buah buku setiap bulan untuk menjadi bahan bacaan...
Tak ada duit ke pokai ke tapi buku itu wajib..
Ada orang kata aku membazir tapi aku peduli apa...
Hobi orang masing-masing berbeza...
Dengan membaca aku boleh rasa ke sesuatu tempat yang aku sendiri tak dapat pergi, perkara yang kadangkala aku tak terfikir...

Balik aku terus singgah ke restoran yang aku suka../
HAri ni tak ada orang sangat so taknaklah tapau..
Bila aku duduk sesorang aku terfikir dan terus berfikir...
Aku hantar mesej kepada seseorang dan berbalas mesej,segala balasan darinya semuanya menghilangkan rasa lelah aku :

Soalan pertamaku hanyalah berbunyi , Sis, do you think I'm a looser?
Eh?R u ok?
U r not. Dun worry. That's the part n parcel of life.
If u think u need someone, then u know where to find to, kan? :)
etc...

Yang sebenarnya sebelum aku hantar mesej, aku rasa macam nak lari balik Johor...
Nothing special that I can find here other than my job....
Bila letih tak ada sapa nak tolong picit bahu aku yang selalu meragam..
Bila nak pergi x-ray pun tak tahu...
Kalau di kampung ada Si Eryn yang memang ada sentuhan ajaib cuma sentuhan tu macam mahal sangat sekejap je dah berhenti...
Lagi yang menggugat aku untuk sentiasa di kampung bila adik bongsuku ni asyik mesej mengatakan bosan dan bagai-bagai...
Siap cakap kenapalah masa dia cuti sekolah aku tak boleh cuti sama....

Hummmm...
Aku tak tahu nak kata apa...
Aku rasa tak best...
Looser ke kalau macam tu?
Atau aku sendiri yang terlalu letih sampai tak boleh berfikir dengan betul?

#Aku memerlukan ruang dan masaku sendiri...Andai ada yang perasan sekiranya aku bercuti, aku akan senyap dari FB dan yang pasti aku akan OFF HP sepanjang masa bercuti...Tenang sekali..=)

2 comments:

LiLy KnoTWiSe said...

Hi Min, I don't think u r a looser. In fact i am very mesmerized knowing reading as your hobby and u even bought couples of book every month! itu sangat mengejutkan! u have an interesting life and interesting thought! keep going on bebeh coz i can't do that hehe

-jia-

Min Min said...

Oh Jia,
TQVM....
=)