Monday, March 21, 2011

* Aku Masih Boleh Tersenyum *

Minggu ni aku kerja non stop 7hari berturut-turut...
Dah lama tak macam ni, last keje 7hari berturut macam ni masa awal tahun lepas...
Tapi walau kena kerja non stop tapi aku masih mampu tersenyum di pagi hari Isnin ni...
Walaupun semalam aku bengkek dengan senior exec aku, ari ni pun sama dia buat orang naik hangin lagi tapi aku masih boleh ignore je buat dia macam tunggul...
Hahahaha...Padan muka dia...
Orang lain punya hal bising-bising dekat aku pula...

Lepas kerja hari Sabtu aku berniat untuk ke Putrajaya tak lain tak bukan untuk menyemakkan rumah Puan Puteri kita lagipun rindu dekat kiddos dia dan nak pergi tengok Hot Air Balloon di P2...
Namum niat untuk tengok tu terbantut disebabkan hujan tapi tak apa sebab hujan-hujan still dapat makan spagheti...Yummy...=)
Sebelah malam plan untuk pergi layan movie ber3 dengan Puan Puteri dan Bubu beliau tapi apakan day acite yang kami nak tengok ber3 tak ada..
Akhirnya saya pergi ber2 saja..
Tengok movie apa?
Tengok movie bawah ni:

* Cerita yang sengal tapi kelakar dan akhirnya touching *

Dah lama rasanya aku tak pergi menonton filem cina ni bersama Puan Puteri...
Rasanya last masa kami student ~ 6-7tahun yang dulu...
Apa yang lucu bila menonton filem bahasa cina ialah orang lain tak gelak kami gelak, bila depa pakat gelak kami pula diam..
Tapi sekarang tidak lagi..=)
Tiket amat murah iaitu RM5 saja di GSC Midvalley....
Mungkin disebabkan international screen ke hape ke aku tak taulah....
Tapi yang lucu masa nak ambil tiket di booking counter, staff GSC tu ulang tajuk cite beberapa kali sebab takut kitarang salah sebut no. booking...
Hallo, muka I kan macam cina, kira bolehla tengok cite bangsa tok nenek aku..=P

Aku dah panjang membebel lari tajuk pula padahal aku nak cite apasal aku boleh tersenyum je walaupun minggu ni adalah minggu yang sibuk dan penat...
Sebenarnya masa cancel pergi tengok belon panas tu, kitarang macam tak ada modal nak buat apa...
At last kami bermain-main dengan FB, bloging dan Puan Puteri teringat sesuatu yang menjadikan petang kami sangat bingit...
Bukan setakat Puan Puteri kita je sama naik malahan suami beliau En.Megat pun sama-sama naik bagi idea....
Dan idea gila tu dijalankan dengan jayanya dengan digerakkan oleh Puan Puteri dan En.Megat kita...
Aku mula-mula ignore je tapi semalam mata aku memang mengantuk dahap gaban masa mengadap PC lalu mencucilah mata...
Dan ku akui, idea gila diarang laki bini tulah yang buat aku tersenyum sampai hari ni....

#TQ to En.Megat Iskandar At-Terawis dan Puan Puteri Nuur At-Terawis...Anda berdua dah buat saya tersenyum walaupun hanya senyum untuk diri sendiri....Not hoping for anything but enough to make me smile again..=)

2 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

yezzaaa..

ada apa-apa perkembangan kah?

Min Min said...

Kakak, tak ada pun...semalam suaraku berharap, harini tak harap papepun...dan lgpun saya xde suara ari ni, sore throat..=P