Saturday, March 5, 2011

* Aku & En.Sotong Dah Berbaik2*

Aku dan En.Sotong yang nak kena goreng tepung tempoh hari dah berbaik-baik semula...=P
Sabtu lepas aku masuk kerja dan dia pun datang sibuk buat 'paperwork' dia...
Aku langsung tak tegur dia dan tak pelawa langsung pada dia bekalan untuk sarapan aku...
Sarapan aku bukanlah apa sangat sekadar samosa ayam segera yang digoreng sebelum pergi kerja...
Hari Sabtu rajinlah, hari lain jangan harap sebab kalau hari Sabtu boleh masuk ikut suka hati aku...
Aku kan alergi kalau keluar rumah awal dari 7.30am kecuali hanya kerana terpaksa macam semalam...
Tak ada orang nak calibrate equipment....

Makanya ini bermula apabila waktu nak pergi makan tengahari...
Semua sedia maklum kalau aku kerja pada hari Sabtu, aku jarang keluar makan sebab aku malas nak 'stayback' lebih dari 5jam kecuali ada masalah...
Kalau ada masalah barulah aku alaskan perut aku yang memang rajin mendendangkan lagu keronocong untuk Min-Min...=P
Tengahari Sabtu lepas tiba-tiba En.Sotong cari aku dekat 'lab'..Waktu tu aku tengah sediakan 'high risk chemical' tapi sanggup lagi dia jengah dengan tak pakai mask...=P
Ajak aku makan...
Bwahahahaha...
Masa tu aku nak tergelak dah habis-habisan sebab mulut dia kalau tak bercakap, pergi makan tempat 'favorite' kitarang memang tak sah....
Yes!!!!
Akhirnya....Bwahahahaha...Tapi aku tolak secara baiklah sebab aku nak balik cepat hari tu...
I ada 'date' mamat kacak dan awek comel di Putrajaya..

Hari Isnin lepas kerja pun dia ajak pergi makan malam sekali sebab memang dah jadi amalan kalau 'stayback' dan dah lewat, aku akan keluar makan terus dengan dia..
Adakalanya 'senior exec' aku dan seorang lagi akan ikut sama....
Tapi masa hari Isnin tu cakap bahan masih cair-cair lagilah...
Hehehehe...
Hari ni dia datang kerja juga tapi memang hari malang En.Sotong agaknya...
Dari pagi dia datang, semua benda tak kena sampai waktu makan tengahari tadi sehingga menjangkit ke aku pulak....
Pagi tadi PC dia gila kejap, nasib baik hari ni dia bawa laptop dia sendiri...
Lepas tu bermulalah berjangkit pada aku, dia guna mesin 'laminate' tapi plastik sangkut kat dalam...
Tak pasal-pasal aku kena tolong baraikan benda alah tu...
Dia? tangan sotong kan,...
Hahahaha
Masa makan tengahari tadi pula, dia syok-syok minta 'password' kat restoran Pak Li, syok-syok ajak aku tengok video kat Facebook, gelak-gelak sampai dia tumpahkan 'White Coffee' dia...
Habis terpercik kena dekat aku...
Arghhhh...Sudahlah aku pakai 'khakis' ari ni wei...
Huwaaaaaa.....
Dia dah cuak dah tapi nasib baik sempat gelak....=P
Sekarang ni tinggal aku seorang je dekat opis sekejap, dia dah cabuttttt....
Kejap lagi nak balik juga...=)

* Sekadar gambar hiasan...Haram wei salam dengan En.Sotong...Hehehe*
#Seluar aku terkena jirus air 'fresh orange' seorang encik....diharap encik tu janganlah buat benda yang sama pada cik awek dia...=P

1 comments:

cik bebel said...

waaaahhhhh...sudah berbaik ka?? bole lah ajak dia makan sotong goreng tepung pasni...muahahahaha