Saturday, March 12, 2011

* Ada Apa Dengan Cinta? *

Mesti ada yang kata aku sengal bila tengok tajuk aku hari ni tapi tak apalah, saja nak berjiwa-jiwa sikit ....

Dan sebenarnya ini adalah hasil tangan aku gatal nak menaip malam tadi ~12.15am…
Tapi apa-apapun, aku saja nak bercakap-cakap “kosong”.....

Kata oranglah….
Cinta boleh buat orang bahagia....
Cinta boleh buat orang gembira....
Cinta boleh buat orang berjaya....
Cinta boleh buat orang menanam cita-cita...
Cinta juga boleh buat orang menjadi berbagai-bagai...

Itu persepsi orang...
Pada aku cinta mengajar kita tentang banyak perkara...
Cinta pertama pasti bukan mudah untuk dilupa, adakalanya yang pertama menjadi yang terakhir...
Tapi mungkin entah yang keberapa juga boleh menjadi yang terakhir dan yang terbaik....

Aku?
Masih mencari cinta.....
Boleh kata macam tu?
Boleh saja sebab ini kisah aku bukan kisah novel, drama,filem atau kisah orang lain....
Pada aku juga cinta tu sangatlah “complicated”....
Sukar untuk dimengertikan...
Payah untuk diterjemahkan..
Kelam untuk dibayangkan....
Liat untuk disimpulkan....
Cinta ni kadang-kadang hanyalah hadiah persinggahan yang adakalanya meninggalkan kesan sangat mendalam....
Kesan tu sentiasa mengingatkan kita peritnya luka tapi kadang-kadang kita masih tak serik terluka berkali-kali...
Cekallah kononnya tapi pada hakikatnya akhirnya mengalah...

Malas nak dilayan..
Tak perlu dicari kerana walau selewat manapun ia akan datang sendiri....
InsyaAllah lah...
Tak payah gusar dan tak perlu risau berkeluh kesah..
Semuanya telah tertulis di Luth Mahfuz dan telah dijanjikan Yang Esa pasangan kita....
Andai tak sempat di sini, ada janjiNya buat kita di sana...

Pada aku?
Aku dah letih...
Macam putus asa pun iyelah juga...
Aku dah hilang rasa percaya adalah lebih tepat....
Tak ada perasaan sekarang ni pun iye jugalah aku rasakan...
Pelik tapi benar...
Kalau mak aku tahu perihal ayat aku ni, pasti cap jarilah dapat “tarbiyah” percuma “on the spot” wokeyyyy...

Entahlah, setahu aku hanya sekali rasa tu pernah ada dan jujur aku katakan bahawa rasa tu masih ada sampai sekarang walaupun aku dah cuba untuk padamkan...
Ada juga perasa-perasa luar yang cuba-cuba bagi rasa tapi ternyata selamat dah kena “blow’....=P
Macam mana tak kena blow, rasa tak kenalah...
Sengalkan aku?
Sekarang ni ala-ala lagu kumpulan seberang pula aku nak lakar dalam hidup aku “Berhenti Berharap”, walaupun sebenarnya dah lama dah berhenti sebab dah tahu tak ada harapan....
Ingatkan dah jumpa tapi kabut dah...
Serupa je...
Mangkuk ayun sepuluh tingkat naik bangunan bertingkat-tingkat dalam lif tersekat-sekat...=P

Kesimpulannya tak ada apa-apa yang tinggal buat aku...
Sudahnya lebih baik aku tutup buku....
Senang, watammatkalimatunsidqa...
Kalau ada yang datang memenuhi spesifikasi, aminnnnnnnn...
Kalau belum ada lagi selepas 3tahun , akan ku berserah je pada mak aku...
Itu adalah janji....
Malas aku nak layan...

Ada apa dengan cinta?
Tak ada apa dah...
Tak boleh dilayan, buat menyusahkan....
Tapi aku akui, banyak pengajaran dan banyak benda mengajar aku dari kesusahan tu...

* Percaya atau tidak, orang bercinta tu sebenarnya pelbagai gaya....Ada yang selamba, ada yang tiba-tiba, ada yang tak sengaja, ada yang mengada-ngada, ada yang over dan bagai-bagailah *

#Kalau ada orang yang tengah syok bercinta baca ni, mesti dan kompom aku kena kutuk...Ada aku kesah? Malas nak layan....

3 comments:

nABiL said...

sungguh puitis ayat2 cinta mu..ahaks..ahaks:-)

Min Min said...

Hampagas ko Biey!
Aku agak dah mesti org yang kenal aku akan tergelak sakan kalau baca ni....Cis!

nABiL said...

hehe..mana de aku gelak...aku lg suka baca...yela skali skala nk berjiwa ape salahnye kan...kite pun punya hati dan perasaan..hehe