Thursday, February 24, 2011

* "Well Done" PDRM *

Orang lain sibuk cek saman aku goyang kaki sebab aku nak bayar online saja...
Pagi semalam opismate advice cubalah tengok mana tahu ada lagi saman yang aku tak tahu....
Dan hasilnya 3saman terpapar dibawah semakan menggunakan IC no aku....
2saman memang no pendaftaran kereta aku dan aku tahu saman tu wujud..
Satu saman lagi tahun 2003 dan pendaftaran kereta TAC5121...
Plat Terengganu dan disaman atas kesalahan speeding tengahari buta hari RAbu di Kemaman...
Aku punya hairan bin ajaib, bila masa pula aku beli kereta plat Terengganu dan masa tu aku masih bergelar seorang pelajar semester 3 dan aku tak pernah ponteng kelas even aku ni terjal tapi tak kuasalah aku just untuk memandu ke Kemaman or Terengganu....
Gila!

Aku dengan gigih bertanya kawan-kawan dan email MyEG selalu tukang papar online result searching aku...
Kawan-kawan semua nasihat pergi terus ke unit trafik terdekat untuk cek dengan depa terus...
Aku dengan gigihlah masa lunch hour keluar terus pergi Unit Trafik Balai Polis Seksyen 11 tapi hampa, sebab selepas masuk ke kawasan Balai Polis dan ke kaunter unit trafik terpapar sekeping kertas bersaiz A4 menyatakan kaunter bayaran aka semakan telah berpindah ke JPJ Padang Jawa atau Pejabat POS...
Urusan lain sila ke IPD Seksyen 9...
Hangit sekejap tapi balik opis tabahkan hati pergi ambil time off 2jam pergi ke JPJ.
Sampai di kaunter JPJ kena ke pintu 3, lepas tu tengok-tengok kaunter tutup untuk waktu rehat tetapi manusia yang bertatur amatlah panjang...

Setelah kaunter dibuka, aku perlu tunggu satu jam setengah untuk sampai ke kaunter sambil berdiri..Tiada sistem ambil nombor giliran...
Bayangkanlah betapa azabnya berdiri dengan memakai kasut bertumit tinggi....Setelah tiba dikaunter ku bertanya berkenaan saman yang tak masuk akal kepada seorang sarjan (mungkin, sebab dia hanya memakai kemeja berpetak-petak dan seluar trafik berjalur putih ditepi)...
Aku menerangkan bahawa no pendaftaran kereta tersebut bukan milik aku malahan aku masih belum layak memiliki kereta...
Dan aku juga tak pernah memandu ke Terengganu....Aku just memandu bila aku ada kat Johor....Itupun masa balik kampung guna kete kat kampung plat Johor....
Dengan sombong beliau menjawab :
Awak pergi dekat IPD Kemaman, awak minta semula gambar tu...Tengok muka awak ke bukan....Diarang yang saman cubalah cari diarang..
Selepas tu boleh dia berkata kepada yang orang lain yang ada disitu sambil mengata aku, :
Kalau nak tahu sangat benda yang dah 8tahun dia buat, nak puas hati sangat, pergilah Kemaman tapi nak pergi Kemaman tu dia tak fikir nak tol, minyak kereta lagi dah lebih RM50...Kan dah buang masa nak ke hulu ke hilir, lebih baik bayar je sebab dah tinggal berapa hari je sebelum kena black list...
Patut ke?
Aku geram je...
Lepas tu kalau aku tak bayar nama aku still kena balck list, patut ke?

Konon adil, boleh blah!
Aku tak ada masa nak pergi Kemaman or do what ever the stupid things, aku bayar je RM50 tapi dengan dalam hatikata , siapa yang key in data polis silap tu takkan halal gaji ko sebanyak mana susahkan aku...
Gerammmmmmm....
Lepas bayar tu aku tiba-tiba terfikir pergi JPJ tengok betul ke IC plat kereta tu didaftarkan atas IC NO aku...
Dah la nak cek plat kete sape punya sampai kena pergi 3kaunter...
Sampai kaunter ke3 aku geram terus sergah sorang pegawai banyak paku baju tak ada tight in punya...
Sape suruh jalan kehulu kehilir setakat membebel kat orang bawahan je...
Mula-mula dia tak nak layan tapi disebabkan keras kepala aku dok kacau dia, akhirnya aku minta tolong dia sendiri cekkan untuk aku...
Penat aku explain kat dia kenapa, dan aku nak buat repot kalau betul ada orang guna IC No aku untuk beli kete...
Iyelah, mana tahu kan..Sekarang kan banyak sindiket....
Bila cek memang sah bukan kereta aku dan bukan IC NO aku...
Milik seorang lelaki lahir tahun 1980 sebab IC dia start no 80......
Aku nak minta pegawai tu tak bagi sebab P&C...

En.JPJ tu pula emo kat polis untuk pihak aku...
Time kasih yek....
Iyelah kan, apa taknya sebab aku redah kacau dia hanya kerana sistem program polis yang salah....
Dia kata kalau lain kali terjadi lagi, buat repot kat JPJ...
Aku masuk opis semula dengan hati yang puas walaupun hakikatnya RM50 melayang...=P
Dah tu time off 2jam je, aku masuk dah 2jam setengah...
Time kasih kat senior exec aku dan HR sebab consider dengan masalah aku jadi gaji ku takkan ditolak....=)

#Aku dari dulu memang tak berapa berkenan dengan polis, bila macam ni terjadi lagi buat aku nak PANGKAH besar dekat depa....Buat kerja entah apa-apa...buang masa aku, buang duit aku...Ingat kita ni apa....

0 comments: