Tuesday, February 1, 2011

* Naik Minyak *

Malam tadi bila ku buka muka buku sekejap, terpapar status-status rakan-rakan muka bukuku mengatakan RON 97 naik harga lagi...
Berbulu je aku baca...Bukan berbulu pada rakan-rakan muka buku tapi berbulu dengan harga minyak yang naik...
Tahun ni saja dah berapa kali harga bahan bakar tu naik dan naik...
Yang pasti kalau di Malaysia ni lepas buat janji lepas tu juga dapat kita dapat habuan..
Habuan kenaikkan harga bahan bakar, bahan keperluan harian...
Itulah trend yang dapat dilihat...
Lagi satu trend ialah lepas RON 97 naik lepas tu mesti RON 95 pula menyusul...

Yang tak naik just gaji je...=P
Teringat aku satu petikan jawapan mantan Perdana Menteri kita dalam soal jawab beliau dengan satu surat khabar tempatan bertarikh 30.01.2011.
"Yang kerja kerajaan senanglah, kerajaan naikkan kos, gaji pun naik sama...Tapi yang kerja swasta, gaji tetap sama..."
Orang gomen yang baca jangan nak marah aku pulak, ni aku dapat dari surat khabar yang aku baca...Nak tau suratkhabar apa sila send private msg padaku
Lebih kurang macam tulah petikan dia semasa ditanyakan satu soalan dalam soala jawab yang sebenarnya tajuk utama bukan berkaitan tentang GAJI...
Tapi pada pendapat aku apa yang sebenarnya ialah keseimbangan kenaikkan harga dan gaji semasa serta kos kehidupan seharian masih belum seiring...
Tu yang terasa bahana macam sekarang...

Pagi tadi lepas kenaikkan bahan bakar diumumkan, saluran radio kesayangan aku pulak buat tajuk yang ala2 sinis gitu...
"NAIK MINYAK" bersempena kenaikkan bahan bakar yang bermula jam 12 tghmalam tadi....
Tapi yang dibincangkan macam hal berkaitan naik minyak...bukan minyak naik...=P

#Kalau minyak naik setahun berapa kali, kenapa gaji naik setahun sekali jek...Tu pun kalau naik, kalau tak naik kat takuk tu jelah...=P

0 comments: