Tuesday, February 22, 2011

* Letih *

Memang letih bila perlu bekerja menggunakan otak...
Badan tak bekerja tapi kena perah otak...
Otak tak boleh berfikir bila ada gangguan luar...
Gangguan luar tu macam-macam ada...(macam iklan Pakcik Astro pulak...=P )
Bunyi-bunyian bising dari sekeliling kita, pengcahayaan dan yang tak boleh tahan dari mulut-mulut longkang...
Sudahlah busuk, menyakitkan telinga dan yang paling teruk buat hati orang lain tak tenteram...
Bila hati tak tenteram, makanya otak fikir yang bukan-bukan dan terus tak boleh berfungsi untuk fikir buat kerja...
Bila tak boleh buat kerja, makanya lagilah bahana sebab itu akan mempengaruhi gaji kita yang juga mempengaruhi aktiviti harian...
Perkara paling senang untuk elak semua ini, sila abaikan segala gangguan keliling...
Masuk telinga kanan, tapis, mana tak guna sila campak keluar ikut telinga kiri...

Untuk aku lagi letih, sudahlah di tempat kerja banyak sangat gangguan bunyi-bunyian, balik rumah tak dan dah nak buat apa-apa sebab dah lagi letih....
Balik kampung untuk berehat pun tak boleh sangat...
Aku terfikir, sekarang aku hanyalah bergelar seorang anak, kakak, pekerja dan seorang teman...
Belum lagi seorang pelajar semula, isteri atau ibu...
Kalau semua "title" tu dah lengkap nanti, pasti akan jadi lebih letih....

# Aku sebenarnya sedang letih dengan karenah manusia yang meletihkan aku..=P

0 comments: