Tuesday, February 1, 2011

* Kalau Ku Hempuk Naya Kang *

Pagi ni aku bangun awal buat breakfast..=)
Untuk seorang yang duduk kat rumah bujang dan jarang bersarapan, bangun pagi untuk buat sarapan adalah satu kepelikkan sikit ok...
Pergi tempat kerja macam biasa...
Tapi setibanya di tempat kerja ada makhluk sengal yang sesuai sangat kalau kena hempuk dengan bag kerja aku (aku kerja bawa dua beg, satu handbag & satu lagi beg untuk isi dokumen atau planner)

Cerita dia macam ni, aku masuk opis handpunch macam biasa..
Bila aku masuk opis ari ni memang opis lengang dan sunyi sebab selalu pagi-pagi buta pun ada mamat sotong yang suka buat hingar...
Aku masuk belum sempat duduk lagi, kedua-dua beg aku masih tersangkut kat bahu ok, aku dengar suara ast. aku dari lab dan suara budak sengal...
Dan tiba-tiba kedua-duanya datang menghampiri aku lalu tanya satu soalan yang sengal di pagi hari:

"Am I looks ok with this blouse and this slack? This morning I already late and just grab this blouse and this slack..I do bring my black laging btul ke aku eja? , do I need to chage it or is it looks weird? "

Lepas tu ast. aku pun tolong cakap tambah perasa:

"She ask me already, I said she's look ok...What do you think?"

Dalam hati aku "think", apa kejadah korang ni tanya soalan bengong kat aku pagi-pagi buta mcam ni?
Yang si sengal nih siap bagi alasan kata dia dah bangun lambat bagai siap cakap pukul berapa..
Kalau betul dia bangun ikut masa yang dia cakap tu, kompom pukul 8am dia tak muncul lagi sebab sebelum ni pernah happen...
Ini tidak, siap datang awal dari aku lerrrrrr.....

Satu hal lagi ialah, ko ni nak datang kerja ke nak melaram macam nak pergi dinner ke hape?
Nak aku hempuk baru sedar ke?
Tolong, please, jangan tanya soalan sengal pada aku...
Selalu soalan sengal pasal kerja boleh tahan lagilah aku masih nak layan dan jawab walaupun kebiasaannya soalan berulang-ulang,tapi jangan tanya soalan sengal lain....
Ni sekarang aku tengah bloging ni pun sebab aku rasa macam nak hempuk budak sengal ni...
Aku dengan sorang lagi dah penat explain...
Ya Allah, nasib baiklah aku ni blurrr pun tak melampau...
Susah juga kalau sekolah sepuluh tingkat tapi sengal berpuluh tingkat....

# Hari-hari di awal Februari aku teruji hari ni, hari-hari sebelum bercuti panjang....

0 comments: