Tuesday, February 22, 2011

* Hanya Kerana Nama...=P *

Lepas lunch tadi aku call seorang tehcnical service bagi supplier, disebabkan Bos aku kan curi bersalin...
Sebelum ni Bos aku yang banyak contact,email dan call dia...
Nama dia gila pelik...
Kalau dimelayukan jadi ALITANGGA T.....Hehehehe...
Aku nak call jadi was-was nak sebut nama dia...
So aku tanya-tanyalah dengan kekawan yang lain macam mana nak sebut...
Tapi disebabkan sorang pun tak tahu juga, 2X5 dengan aku makanya aku dengan selamba badak telah mengambil keputusan untuk call dengan mencari nama MS. T.....
Operator yang jawab call pula naik pelik bila aku cakap:

"Hallo, afternoon. May I speak to Ms.T....please?"

Dia dekat hujung talian blur semacam je...Lepas tu dia tergelak sambil tanya balik:
"Miss, do you mean MR.ALITANGGA T....? Sorry because here we only have MR.ALITANGGA T.... No MS.T..."

Aku pun dengan selamba badak menjawab :
"Oh sorry, I thought he is MS."

Dia kata:
"Nevermind Miss, its normal...Always happen for the all new customer who want to call him"

Aku pun rasa lega dan sambung tanya apa yang aku nak tanya pada Mr.ALITANGGA lepas operator tu sambungkan talian...
Tapi lepas letak tipon je aku terus tergelak-gelak...
Kekawan yang lain pun naik tergelak sama bila aku bagitahu sebab semua sangka nama perempuan...
Pengajaran disini ialah kalau nak letak nama anak mestilah tengok nama tu sesuai tak untuk anak lelaki atau perempuan...
Kes aku tadi ialah seorang berbangsa Tionghua tapi sebenarnya dalam semua bangsa pun selalunya ada hal macam ni....

# Nama aku nenek sebelah ayah aku yang letak...Nenek aku klasik, jadinya nama aku pun klasik gila sampai ada orang kata aku anak angkat sebab nama adik-adik aku semua beza jauh....Dan aku juga selalunya disangka berbangsa Tionghua sebab nama panggilan aku MIN....=P

0 comments: