Wednesday, February 16, 2011

* Drama King & Drama Queen*

Ini bukan kisah nak mengata tapi termasuk diri sendiri....Bwahahaha...
Besok CEO kami aka ex-GM nak datang meeting di Malaysia Plant aka tempat kerjaku sekarang, jadinya hari Isnin GM kami dah hantar email pada HR dan makanya keluarlah satu pengumuman berbunyi :

Dear all,

Our CEO Mr.D.S will come to visit us on 17 & 18 /02/2011.Please ensure your work place are clean & tidy. Please pass this message to your subordinate.

Gitulah lebih kurang bunyinya, kalau tersilap kata dalam bahasa diatas tu harap maaf lah ye, aku tak pandai sangat bahasa Mat Saleh ni...=P

Makanya selepas dapat sahaja berita perkhabaran ini, terus semua tepuk dahi mengeluh....Dari sebesar-besar pangkat sehinggalah si Pak Guard...
Kenapa? Sebab itu orang banyak cerewet...Sangat pembersih dan pengemas gila gaban beranak lapan....
Sambil jalan tangan boleh calit semua tempat, sambil tarik mana-mana laci ikut sempat, boleh buka mana-mana kabinet dia sempat...
Huhuhuhu....Sangat sadis lagi bila tong sampah bawah meja pun kalau boleh jangan sampai nampak dipandangan mata dia...

Esok juga memang pasti mana-mana manager-manager marketing yang tak pernah pakai tali leher akan memakainya dengan machoooo.....
Mana-mana exec. yang selalu sempoi pakai kemeja T berkolar cap company, pasti esok terus menjadi smart memakai kemeja yang diseterika tajam dihujung sampai nampak macam boleh sembelih ayam...(Ini ayat Ustaz aku massa aku sekolah rendah sewaktu aku masuk Jamboree Pengakap, dia kata kalau jadi pengakap yang kemas seterika baju mesti tajam macam boleh sembelih ayam...=P)

Yang lagi lucu dan sangat menampakkan keplastikan masing-masing terutamanya budak-budak sales dan marketing adalah hal keadaan rupa meja atau kubikal masing-masing...
Kalau kebiasaannya macam tongkang pecah, macam kapal karam, macam pantai dilanda ribut, petang tadi terus bersih macam berkilat je meja, kubikal tak ada tampal apa-apa nota...
Dan nampak sangat diarang datang hari ni semata-mata nak kemas meja sebab pagi tadi parking lot semua penuh siap ada kereta budak-budak sales yang mahal-mahal belaka tu park dekat luar pagar gara-gara parking penuh....
BWahahaha..Itulah fobia kami bila D.S nak datang...

Petang tadi juga bila aku naik ke opis atas untuk hantar stok buku yang aku dapat dari HDC, aku terlihat meja seorang awek yang selalunya paling ribut badai sekali tapi tadi TIP TOP.....(aku hanyalah duduk di operation opis di bawah, kami insan di pinggiran =P )
Bila ku tanya jiran sebelah aka HR, mana dia campak semua harta karun marun dia?
Si HR kata "Cuba u buka drawer dia, mesti u kena hempap dengan harta karun dia"...
Rupa-rupanya dia pakat sumbat semua dalam laci...=P


Inilah hal keadaan semua bila D.S nak datang....Aku pula sentiasa untung, sejak dekat 4tahun bekerja kat situ baru beberpa kali je aku jumpa D.S sebab aku pergi training la, aku cuti la, aku MC la masa dia datang...
Bukan sengaja mengelak tapi kebetulan....
Dan aku juga tak dapat bayangkan orang terdahulu dari aku yang pernah berkhidmat bawah dia, sebab bila aku datang ke company ni, dia baru je transger ke HQ...
Senior-senior cerita, masa dia jadi GM semua tempat memang sentiasa bersih berkilat....
Huhuhuhu...

#Kadang-kadang terfikir sesuatu, pembersih tahap gaban tapi dia rajin mandi pagi tak? Lepas ek-ek dia cuci tak? Bwahahaha...Tapi apapun dia memang seorang genius...Lagi satu dia ni sangat rojak,lahir di Penang, bertugas di HK & China, warganegara Australia...ROJAKKKKK....

0 comments: