Friday, February 25, 2011

* Dasar Sotong *

Semalam dari tengahhari aku sentap dengan seorang mamat sotong...
Mulut spesies ni memang laser...
Kalau cakap orang ikut suka hati mak bapak dia je tapi kalau dia yang kena tegur sikit, terus kata kita yang bukan-bukan...
Ini bukan kali pertama, tapi kali ketiga dengan orang yang sama ...

1st time dulu hanya sebab binding machine yang gedabak...
Waktu tu aku baru balik bercuti panjang, depang kubikal aku wujud sebiji binding machine yang aku sendiri tak tahu siapa letak, bila letak dan etc..
Dia yang waktu tu baru masuk opis tanya aku:
Ni sampah ni kenapa letak kat sini?
Sape nak guna? Buat sempit tempat saja!
Tak boleh nak letak tempat yang sepatutnya?

Aku sentaplah dan menjawab:
Mana I tau, I baru masuk opis hari ni...
U tanyalah sape yang ada...Jangan suka-suka hati nak marah orang...

Dia boleh jawab:
I tanya sikit pun tak boleh?U tak payah jadi orang lah!

Aku memang bengang gila, dengan suara meninggi dia kata dia tanya...
Aku naik geram pula...Dasar sotong datang bulan betol!

Kali kedua pasal dia panggil aku perkataan yang kotor lagi kasar, konon dia panggil sambil ketawa..
Aku memang bengkek sebab gurau pun, main-main pun ada tahapnya...
Jangan panggil gelaran orang suka-suka hati je...

Semalam pula aku tegur sikit je dalam kereta masa nak pergi farewell lunch sorang intern student under dia...
Tiba-tiba keluar kereta dia marah-marah aku...
Memang !@#$%^&*()_+ punya sotong....
Aku cakap benda betul, ko kalau tak boleh terima boleh tak jangan nak marah-marah dan malukanaku depan orang macam aku ni pula yang salah...

Rekod bersih aku tak bercakap dengan dia paling lama dalam 2minggu itupun sejak 1st tragedi aku dah tak banyak cakap dengan dia...
Dan aku mula bercakap dengan dia pun sebab kerja dan senior exec aku jadi pendamai dan tegur silap dia...
Kitarang lain dept. so ada apa-apa aku guna email je...=P
Kali ni aku memang sentap gila dan aku tak tahu bila aku akan ada hati cakap dengan sotong kurita tu....
Aku goreng buat " Sotong Goreng Tepung" kang baru tau...



# Aku buat dia halimunan je...Ni pagi-pagi dah sibuk bagi email kat orang pula...Minta tolong aku buat test untuk production tu tak reti-reti lagi gamaknya kena cc orang yang sepatutnya...Dasar sotong!

2 comments:

TOP-GRAF said...

Beauty blog, congratulations!

Min Min said...

TQ..=)