Tuesday, February 15, 2011

*Aku Tau Siapa Aku, Aku Sedar Diri*

Kita adakalanya menangis sendiri saat berduka...
Berselindung dari semua orang sebab buat apa menangis didepan mereka sedangkan kita bukan siapa-siapa yang  penting buat mereka...
Malahan dipermain-mainkan...
Kita cuba kuat untuk orang lain namun jatuh bangun kita sendiri kita harungi tanpa sokongan sesiapa...
Adakalanya menangis sampai keluar air mata darah pun kita sendiri yang paham...
Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar...
Redha dengan segala ketentuan, cuba yang terbaik untuk orang-orang yang tersayang dan berusaha perbaiki diri sendiri walaupun hati sendiri sentiasa sedih dn terluka....
Insan disekeliling kita takkan paham sebab mereka tak melalui apa yang kita lalui...
Mereka hanya tahu melemparkan kata-kata yang hanya ditimbang ala kadar bagai guna timbang kati yang benkok jarumnya...
Itupun cukup bertuah andai ditimbang semula, jika diluah dengan terhambur tanpa pakai otak lagi menyakitkan...
Walaupun belajar setinggi mana tapi otak tak boleh pakai pun tak guna...
Tak apalah, apa yang boleh aku lakukan sendiri walau sukar akan ku cuba sendiri sedaya upaya...
Duit boleh dicari, tak apalah sebab aku cari sendiri dan tak pernah meminta-minta pada sesiapa...
Walaupun aku tahu ada mulut-mulut yang mengatakan aku tahu enjoy saja menghabiskan duit malahan guna duit "orang lain", tapi hakikatnya kalau "kau" tak tahu siapa aku, bagaimana aku berdiri sendiri selama ini, tak usahlah memandai mengatakan yang bukan-bukan....
Aku tahu aku siapa, aku tahu tahap ku dimana, aku tahu taraf ku juga setaraf mana, aku tak pernah minta simpati sesiapa, aku tak pernah minta untuk begini...
Semua ketentuan dari Yang Maha Esa..Mungkin ada cacat cela dan aku tahu itu semua dari silapku sendiri tapi itu tak bermaksud sesiapa saja boleh mengatakan apa-apa pasal aku...

3 comments:

DiNa-DiaNa said...

takde sesiapa yang memahami diri kita...buatlah apa je yg kita suka..selagi tak melanggar hukum-hakam agama..

mulut org kita tak bole tutup..biarkan die mengomel..mengata..dah penat diam r mereka...

be strong ye kawan..=)

Min Min said...

TQ Dina..=)

Anonymous said...

salam sy nak share ayat yg atas tu yer.. bole