Monday, February 28, 2011

* Who Understand Me Most? *

The answer is very simple...
A mother...
Not only my mum but two....
One more person is actually a sister who was a mother to two cute kiddos...
They  have a good sense to detect what I feel, what I'm going to say, what I like and etc...

Some people disputing me because almost all the things I share with my mum...They do said that kind of way only make my mum feel worried about me...
I'm here at Shah Alam and my mum far at the south...
Its doesn't matter for my mum because she know that her daughter is indipendent and can take care of myself...
Even sometimes actually I'm the one who's settle the problem from far....
And its good to share with our mum rather than "outsiders" who's only love to take advantage...

One more person that very understand me is my senior during my study time...
I only met her for a semester but Allah still want our friendship to be continue till now...
No need to mention her name here because I know a lot of my friends know who is she...
Untill some of my friends say something not good about our relation...
Its ok, doesn't matter..Just ignore...
When I feel uncomfortable, I always ask her for advice...
She give me advice without any charges or make me feel unhappy...
Normally its just a simple advice but so helpfull...
I also feel like I was so close with my mum when I'm talking to her...
May be the way she give advice is same as my mum...

Hurmmm...both are a mother..Am I become like them in the future?
The answer is still blurr.....
Anyway, I feel so gratefull to have them..=)

# TQ Mak...TQ Kakak...May Allah always bless you two, stay healthy and always happy...=D

Sunday, February 27, 2011

* Pendrive *

Aku dalam keadaan tension lagi sayu hati...
Dah la sayu hati, cari-cari pendrive nak buat kerja tak ada dalam handbag ataupun beg keje isi buku-buku aku...
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Mana ni?
Semalam masa masuk opis memang  aku ada guna dan minta-minta adalah terlekat dekat CPU....
Selalu aku off PC benda tu kat situ tapi sempat cabut...
Semalam rasa macam dah cabut masuk beg....
Ya Allah, minta-minta adalah besok sebab aku punya kerja aku nak submit untuk MUI minggu ni ada dalam pendrive tu....
Paperwork lain dengan banyak gambar pun ada sekali....
Kalau tak ada, habislah aku...
Sekarang ni sangat risau....
Dah meleleh air mata masa mencari tadi  nak buat kerja....
Aku tak nak kena buat semula...Dahlah susah....
Tadi pagi pulak aku jalan merata sampai ke Zoo bagai...
Takut tercicir....(Selisish, Wanauzubillahminzalik la harapnya)...

* Macam nilah pendrive yang disusahkan sangat tu...even just 2nd pendrive & 4GB tapi banyak isi perutnya...='( *

# Dalam keadaan sangat tertekan dengan leher yang tak boleh berpusing kerana tegang urat dari bangun pagi tadi
...=(

Saturday, February 26, 2011

* Kisah Orang Hipokrit *

Semalam aku terbaca sesuatu berkaitan seseorang ...
Secara spontan aku terloya depan PC...
Aku terus hantar mesej kepada dua orang yang aku percaya...
Mesej pertama kepada si A berbunyi:

" Adeh, tibe2 mau muntah depan pc"

Tak habis type terus aku ter"send" pulak....Tapi mesej kedua aku pada si B complete:

" Adeh, tibe2 mau muntah depan pc kerana kegelian....=P"

Bukan sengaja tapi terus terbayang, betapa hipokritnya manusia...Tak sampai berapa hari cakap macam-macam, pum pang pum pang, tup-tup sudah muncul sesuatu...
Dalam kata tidak sebenarnya menjadi iye....
Tak payah nak cari, tuhan tunjuk bukti....
Sungguh aku terus hilang rasa respect pada orang tu....Si B pula lepas aku send mesej kedua pada dia cukup dengan ayat-ayat yang aku baca, sepantas kilat dia tahu siapa si hipokrit...
Bila ku tanya macam mana dia tau, jawapannya cukup mudah..

" Akukan kakak...bwahahaha"

Terima kasih kakak kerana sentiasa menjadi kakakku yang sentiasa memahami...
Bila balik ke rumah si A pula sibuk nak tengok dengan mata kepala sendiri....Bila dah tengok siap dia repeat ayat dan ayat-ayat tambahan yang aku tak sempat nak baca....Ceh...aku tak ada perasaan pun..
Layan mata dan tengok Big Momma lagi best...=P
Tapi yang lawaknya dengan serta merta pangkahan dia kepada si hipokrit yang selama ni dipangkah kecil menjadi pangkah besar bapak giant....

Semalam juga lepas balik kerja aku dapat call dari membe aku seorang bakal Papa...
Dia ajak kitarang lepak....Dia tanya apa kes? Aku dengan si A buka cerita, dan aku pun bagitahu apa yang aku bagitahu pada si A, dia tepuk dahi...
Sorrylah Papa sebab menyebabkan ko tepuk dahi ko yang aku tengok semakin luas tu...=P
Dia kata tak sangka....pull stop...

Pada aku no heart feeling tapi rasa hormat aku pada orang macam si hipokrit sudah hilang....Lagipun ini bukan kali pertama aku jumpa orang macam tu....Dia memang sebiji dengan "Budak 7 Years"..
Elok sangatlah duaorang makhluk yang ada persamaan ni  sebab depa dari bidang yang sama...


# Pengajaran : Don't judge a book by its cover...Eventhough the cover looks so pure but in the inside is so opposite....Pada aku pula, sila jauhkan diri daripada manusia-manusia yang seangkatan ala-ala diarang ni..=P

Friday, February 25, 2011

* Dasar Sotong *

Semalam dari tengahhari aku sentap dengan seorang mamat sotong...
Mulut spesies ni memang laser...
Kalau cakap orang ikut suka hati mak bapak dia je tapi kalau dia yang kena tegur sikit, terus kata kita yang bukan-bukan...
Ini bukan kali pertama, tapi kali ketiga dengan orang yang sama ...

1st time dulu hanya sebab binding machine yang gedabak...
Waktu tu aku baru balik bercuti panjang, depang kubikal aku wujud sebiji binding machine yang aku sendiri tak tahu siapa letak, bila letak dan etc..
Dia yang waktu tu baru masuk opis tanya aku:
Ni sampah ni kenapa letak kat sini?
Sape nak guna? Buat sempit tempat saja!
Tak boleh nak letak tempat yang sepatutnya?

Aku sentaplah dan menjawab:
Mana I tau, I baru masuk opis hari ni...
U tanyalah sape yang ada...Jangan suka-suka hati nak marah orang...

Dia boleh jawab:
I tanya sikit pun tak boleh?U tak payah jadi orang lah!

Aku memang bengang gila, dengan suara meninggi dia kata dia tanya...
Aku naik geram pula...Dasar sotong datang bulan betol!

Kali kedua pasal dia panggil aku perkataan yang kotor lagi kasar, konon dia panggil sambil ketawa..
Aku memang bengkek sebab gurau pun, main-main pun ada tahapnya...
Jangan panggil gelaran orang suka-suka hati je...

Semalam pula aku tegur sikit je dalam kereta masa nak pergi farewell lunch sorang intern student under dia...
Tiba-tiba keluar kereta dia marah-marah aku...
Memang !@#$%^&*()_+ punya sotong....
Aku cakap benda betul, ko kalau tak boleh terima boleh tak jangan nak marah-marah dan malukanaku depan orang macam aku ni pula yang salah...

Rekod bersih aku tak bercakap dengan dia paling lama dalam 2minggu itupun sejak 1st tragedi aku dah tak banyak cakap dengan dia...
Dan aku mula bercakap dengan dia pun sebab kerja dan senior exec aku jadi pendamai dan tegur silap dia...
Kitarang lain dept. so ada apa-apa aku guna email je...=P
Kali ni aku memang sentap gila dan aku tak tahu bila aku akan ada hati cakap dengan sotong kurita tu....
Aku goreng buat " Sotong Goreng Tepung" kang baru tau...



# Aku buat dia halimunan je...Ni pagi-pagi dah sibuk bagi email kat orang pula...Minta tolong aku buat test untuk production tu tak reti-reti lagi gamaknya kena cc orang yang sepatutnya...Dasar sotong!

Thursday, February 24, 2011

* "Well Done" PDRM *

Orang lain sibuk cek saman aku goyang kaki sebab aku nak bayar online saja...
Pagi semalam opismate advice cubalah tengok mana tahu ada lagi saman yang aku tak tahu....
Dan hasilnya 3saman terpapar dibawah semakan menggunakan IC no aku....
2saman memang no pendaftaran kereta aku dan aku tahu saman tu wujud..
Satu saman lagi tahun 2003 dan pendaftaran kereta TAC5121...
Plat Terengganu dan disaman atas kesalahan speeding tengahari buta hari RAbu di Kemaman...
Aku punya hairan bin ajaib, bila masa pula aku beli kereta plat Terengganu dan masa tu aku masih bergelar seorang pelajar semester 3 dan aku tak pernah ponteng kelas even aku ni terjal tapi tak kuasalah aku just untuk memandu ke Kemaman or Terengganu....
Gila!

Aku dengan gigih bertanya kawan-kawan dan email MyEG selalu tukang papar online result searching aku...
Kawan-kawan semua nasihat pergi terus ke unit trafik terdekat untuk cek dengan depa terus...
Aku dengan gigihlah masa lunch hour keluar terus pergi Unit Trafik Balai Polis Seksyen 11 tapi hampa, sebab selepas masuk ke kawasan Balai Polis dan ke kaunter unit trafik terpapar sekeping kertas bersaiz A4 menyatakan kaunter bayaran aka semakan telah berpindah ke JPJ Padang Jawa atau Pejabat POS...
Urusan lain sila ke IPD Seksyen 9...
Hangit sekejap tapi balik opis tabahkan hati pergi ambil time off 2jam pergi ke JPJ.
Sampai di kaunter JPJ kena ke pintu 3, lepas tu tengok-tengok kaunter tutup untuk waktu rehat tetapi manusia yang bertatur amatlah panjang...

Setelah kaunter dibuka, aku perlu tunggu satu jam setengah untuk sampai ke kaunter sambil berdiri..Tiada sistem ambil nombor giliran...
Bayangkanlah betapa azabnya berdiri dengan memakai kasut bertumit tinggi....Setelah tiba dikaunter ku bertanya berkenaan saman yang tak masuk akal kepada seorang sarjan (mungkin, sebab dia hanya memakai kemeja berpetak-petak dan seluar trafik berjalur putih ditepi)...
Aku menerangkan bahawa no pendaftaran kereta tersebut bukan milik aku malahan aku masih belum layak memiliki kereta...
Dan aku juga tak pernah memandu ke Terengganu....Aku just memandu bila aku ada kat Johor....Itupun masa balik kampung guna kete kat kampung plat Johor....
Dengan sombong beliau menjawab :
Awak pergi dekat IPD Kemaman, awak minta semula gambar tu...Tengok muka awak ke bukan....Diarang yang saman cubalah cari diarang..
Selepas tu boleh dia berkata kepada yang orang lain yang ada disitu sambil mengata aku, :
Kalau nak tahu sangat benda yang dah 8tahun dia buat, nak puas hati sangat, pergilah Kemaman tapi nak pergi Kemaman tu dia tak fikir nak tol, minyak kereta lagi dah lebih RM50...Kan dah buang masa nak ke hulu ke hilir, lebih baik bayar je sebab dah tinggal berapa hari je sebelum kena black list...
Patut ke?
Aku geram je...
Lepas tu kalau aku tak bayar nama aku still kena balck list, patut ke?

Konon adil, boleh blah!
Aku tak ada masa nak pergi Kemaman or do what ever the stupid things, aku bayar je RM50 tapi dengan dalam hatikata , siapa yang key in data polis silap tu takkan halal gaji ko sebanyak mana susahkan aku...
Gerammmmmmm....
Lepas bayar tu aku tiba-tiba terfikir pergi JPJ tengok betul ke IC plat kereta tu didaftarkan atas IC NO aku...
Dah la nak cek plat kete sape punya sampai kena pergi 3kaunter...
Sampai kaunter ke3 aku geram terus sergah sorang pegawai banyak paku baju tak ada tight in punya...
Sape suruh jalan kehulu kehilir setakat membebel kat orang bawahan je...
Mula-mula dia tak nak layan tapi disebabkan keras kepala aku dok kacau dia, akhirnya aku minta tolong dia sendiri cekkan untuk aku...
Penat aku explain kat dia kenapa, dan aku nak buat repot kalau betul ada orang guna IC No aku untuk beli kete...
Iyelah, mana tahu kan..Sekarang kan banyak sindiket....
Bila cek memang sah bukan kereta aku dan bukan IC NO aku...
Milik seorang lelaki lahir tahun 1980 sebab IC dia start no 80......
Aku nak minta pegawai tu tak bagi sebab P&C...

En.JPJ tu pula emo kat polis untuk pihak aku...
Time kasih yek....
Iyelah kan, apa taknya sebab aku redah kacau dia hanya kerana sistem program polis yang salah....
Dia kata kalau lain kali terjadi lagi, buat repot kat JPJ...
Aku masuk opis semula dengan hati yang puas walaupun hakikatnya RM50 melayang...=P
Dah tu time off 2jam je, aku masuk dah 2jam setengah...
Time kasih kat senior exec aku dan HR sebab consider dengan masalah aku jadi gaji ku takkan ditolak....=)

#Aku dari dulu memang tak berapa berkenan dengan polis, bila macam ni terjadi lagi buat aku nak PANGKAH besar dekat depa....Buat kerja entah apa-apa...buang masa aku, buang duit aku...Ingat kita ni apa....

Tuesday, February 22, 2011

* Hanya Kerana Nama...=P *

Lepas lunch tadi aku call seorang tehcnical service bagi supplier, disebabkan Bos aku kan curi bersalin...
Sebelum ni Bos aku yang banyak contact,email dan call dia...
Nama dia gila pelik...
Kalau dimelayukan jadi ALITANGGA T.....Hehehehe...
Aku nak call jadi was-was nak sebut nama dia...
So aku tanya-tanyalah dengan kekawan yang lain macam mana nak sebut...
Tapi disebabkan sorang pun tak tahu juga, 2X5 dengan aku makanya aku dengan selamba badak telah mengambil keputusan untuk call dengan mencari nama MS. T.....
Operator yang jawab call pula naik pelik bila aku cakap:

"Hallo, afternoon. May I speak to Ms.T....please?"

Dia dekat hujung talian blur semacam je...Lepas tu dia tergelak sambil tanya balik:
"Miss, do you mean MR.ALITANGGA T....? Sorry because here we only have MR.ALITANGGA T.... No MS.T..."

Aku pun dengan selamba badak menjawab :
"Oh sorry, I thought he is MS."

Dia kata:
"Nevermind Miss, its normal...Always happen for the all new customer who want to call him"

Aku pun rasa lega dan sambung tanya apa yang aku nak tanya pada Mr.ALITANGGA lepas operator tu sambungkan talian...
Tapi lepas letak tipon je aku terus tergelak-gelak...
Kekawan yang lain pun naik tergelak sama bila aku bagitahu sebab semua sangka nama perempuan...
Pengajaran disini ialah kalau nak letak nama anak mestilah tengok nama tu sesuai tak untuk anak lelaki atau perempuan...
Kes aku tadi ialah seorang berbangsa Tionghua tapi sebenarnya dalam semua bangsa pun selalunya ada hal macam ni....

# Nama aku nenek sebelah ayah aku yang letak...Nenek aku klasik, jadinya nama aku pun klasik gila sampai ada orang kata aku anak angkat sebab nama adik-adik aku semua beza jauh....Dan aku juga selalunya disangka berbangsa Tionghua sebab nama panggilan aku MIN....=P

* Letih *

Memang letih bila perlu bekerja menggunakan otak...
Badan tak bekerja tapi kena perah otak...
Otak tak boleh berfikir bila ada gangguan luar...
Gangguan luar tu macam-macam ada...(macam iklan Pakcik Astro pulak...=P )
Bunyi-bunyian bising dari sekeliling kita, pengcahayaan dan yang tak boleh tahan dari mulut-mulut longkang...
Sudahlah busuk, menyakitkan telinga dan yang paling teruk buat hati orang lain tak tenteram...
Bila hati tak tenteram, makanya otak fikir yang bukan-bukan dan terus tak boleh berfungsi untuk fikir buat kerja...
Bila tak boleh buat kerja, makanya lagilah bahana sebab itu akan mempengaruhi gaji kita yang juga mempengaruhi aktiviti harian...
Perkara paling senang untuk elak semua ini, sila abaikan segala gangguan keliling...
Masuk telinga kanan, tapis, mana tak guna sila campak keluar ikut telinga kiri...

Untuk aku lagi letih, sudahlah di tempat kerja banyak sangat gangguan bunyi-bunyian, balik rumah tak dan dah nak buat apa-apa sebab dah lagi letih....
Balik kampung untuk berehat pun tak boleh sangat...
Aku terfikir, sekarang aku hanyalah bergelar seorang anak, kakak, pekerja dan seorang teman...
Belum lagi seorang pelajar semula, isteri atau ibu...
Kalau semua "title" tu dah lengkap nanti, pasti akan jadi lebih letih....

# Aku sebenarnya sedang letih dengan karenah manusia yang meletihkan aku..=P

Monday, February 21, 2011

* Hah! Its Monday Already? *

Yup! Its already Monday...
Boring okkkkkk...
When said Monday its very sinonim with Monday Blues symptomps..
MC on Moday, so lazy to wake up early in the morning, lazy to come back from hometown, lazy to come to work, lazy to attend class for students and all is so lazy if anything related with Monday...

Haiyo, now the symptoms already infect me...
Already in the office, in front of the PC but anything I can't do...
My soul still at hometown...LOL
My head still ting tong....
Anyone! Please help me with this problem!

# Keep thinking what my mum will cook for lunch...=P

Friday, February 18, 2011

* Its Friday Again *

Thanks Allah, its Friday again and I still can see the beautiful things and can feel the air around me...
When we say its Friday again meanings we already on weekend mood....
Nothing can make me happy other than back to my hometown or totally have my leisure time by doing anything I like on weekend....
This evening, when the clock is 5.30pm, I'm as a "good worker" will cau sin ci as fast as I can...
A wanna go home earlier, pack my stuff and drive safely back to hometown...=)



#Mode: Boring with my job....

Thursday, February 17, 2011

* Today is Thursday,17.02.2011 *

Apa yang istimewanya hari ini?
Jawapannya tak ada apa-apa selain dateline dah dekat, tak sabar nak balik kampung lagi petang esok serta melayan mata yang rabak gila sebab tak tidur sehingga hampir jam 5pagi tadi...
Apa kes?
Sebab semalam balik kerja dah lewat lepas tu aku layankan lagi baca novel bawah ni yang dah lama tak habis-habis, almaklumlah bahasa omputih aku memang lemau  :

* Alexandra Potter adalah salah seorang novelis yang aku suka baca karyanya...Simple english...*

Selepas khatam baca novel ni aku sambung pula novel bawah ni yang aku beli secara berjemaah 4 novel terus masa minggu lepas dan menjadikan total sebanyak 7buah novel belum dibaca...=P :

* Disebabkan novel ini dalam bahasa melayu makanya aku boleh baca tanpa henti dan mengakibatkan mata ku terus tak lena sampai ke pagi...=P *
#Sekarang aku lebih senang baca novel atau buku-buku yang lucu sebab aku punya kepala memang dah berat malahan hobiku ini jarang sekali dapat ku lakukan...Tak seperti dulu sewaktu belum bekerja....Hurmmm..Balik kampung petang esok nak bawa balik bebebarapa buah novel..Alamat terbengkalai lagila paperwork aku..=P

Wednesday, February 16, 2011

* Drama King & Drama Queen*

Ini bukan kisah nak mengata tapi termasuk diri sendiri....Bwahahaha...
Besok CEO kami aka ex-GM nak datang meeting di Malaysia Plant aka tempat kerjaku sekarang, jadinya hari Isnin GM kami dah hantar email pada HR dan makanya keluarlah satu pengumuman berbunyi :

Dear all,

Our CEO Mr.D.S will come to visit us on 17 & 18 /02/2011.Please ensure your work place are clean & tidy. Please pass this message to your subordinate.

Gitulah lebih kurang bunyinya, kalau tersilap kata dalam bahasa diatas tu harap maaf lah ye, aku tak pandai sangat bahasa Mat Saleh ni...=P

Makanya selepas dapat sahaja berita perkhabaran ini, terus semua tepuk dahi mengeluh....Dari sebesar-besar pangkat sehinggalah si Pak Guard...
Kenapa? Sebab itu orang banyak cerewet...Sangat pembersih dan pengemas gila gaban beranak lapan....
Sambil jalan tangan boleh calit semua tempat, sambil tarik mana-mana laci ikut sempat, boleh buka mana-mana kabinet dia sempat...
Huhuhuhu....Sangat sadis lagi bila tong sampah bawah meja pun kalau boleh jangan sampai nampak dipandangan mata dia...

Esok juga memang pasti mana-mana manager-manager marketing yang tak pernah pakai tali leher akan memakainya dengan machoooo.....
Mana-mana exec. yang selalu sempoi pakai kemeja T berkolar cap company, pasti esok terus menjadi smart memakai kemeja yang diseterika tajam dihujung sampai nampak macam boleh sembelih ayam...(Ini ayat Ustaz aku massa aku sekolah rendah sewaktu aku masuk Jamboree Pengakap, dia kata kalau jadi pengakap yang kemas seterika baju mesti tajam macam boleh sembelih ayam...=P)

Yang lagi lucu dan sangat menampakkan keplastikan masing-masing terutamanya budak-budak sales dan marketing adalah hal keadaan rupa meja atau kubikal masing-masing...
Kalau kebiasaannya macam tongkang pecah, macam kapal karam, macam pantai dilanda ribut, petang tadi terus bersih macam berkilat je meja, kubikal tak ada tampal apa-apa nota...
Dan nampak sangat diarang datang hari ni semata-mata nak kemas meja sebab pagi tadi parking lot semua penuh siap ada kereta budak-budak sales yang mahal-mahal belaka tu park dekat luar pagar gara-gara parking penuh....
BWahahaha..Itulah fobia kami bila D.S nak datang...

Petang tadi juga bila aku naik ke opis atas untuk hantar stok buku yang aku dapat dari HDC, aku terlihat meja seorang awek yang selalunya paling ribut badai sekali tapi tadi TIP TOP.....(aku hanyalah duduk di operation opis di bawah, kami insan di pinggiran =P )
Bila ku tanya jiran sebelah aka HR, mana dia campak semua harta karun marun dia?
Si HR kata "Cuba u buka drawer dia, mesti u kena hempap dengan harta karun dia"...
Rupa-rupanya dia pakat sumbat semua dalam laci...=P


Inilah hal keadaan semua bila D.S nak datang....Aku pula sentiasa untung, sejak dekat 4tahun bekerja kat situ baru beberpa kali je aku jumpa D.S sebab aku pergi training la, aku cuti la, aku MC la masa dia datang...
Bukan sengaja mengelak tapi kebetulan....
Dan aku juga tak dapat bayangkan orang terdahulu dari aku yang pernah berkhidmat bawah dia, sebab bila aku datang ke company ni, dia baru je transger ke HQ...
Senior-senior cerita, masa dia jadi GM semua tempat memang sentiasa bersih berkilat....
Huhuhuhu...

#Kadang-kadang terfikir sesuatu, pembersih tahap gaban tapi dia rajin mandi pagi tak? Lepas ek-ek dia cuci tak? Bwahahaha...Tapi apapun dia memang seorang genius...Lagi satu dia ni sangat rojak,lahir di Penang, bertugas di HK & China, warganegara Australia...ROJAKKKKK....

Tuesday, February 15, 2011

*Aku Tau Siapa Aku, Aku Sedar Diri*

Kita adakalanya menangis sendiri saat berduka...
Berselindung dari semua orang sebab buat apa menangis didepan mereka sedangkan kita bukan siapa-siapa yang  penting buat mereka...
Malahan dipermain-mainkan...
Kita cuba kuat untuk orang lain namun jatuh bangun kita sendiri kita harungi tanpa sokongan sesiapa...
Adakalanya menangis sampai keluar air mata darah pun kita sendiri yang paham...
Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar...
Redha dengan segala ketentuan, cuba yang terbaik untuk orang-orang yang tersayang dan berusaha perbaiki diri sendiri walaupun hati sendiri sentiasa sedih dn terluka....
Insan disekeliling kita takkan paham sebab mereka tak melalui apa yang kita lalui...
Mereka hanya tahu melemparkan kata-kata yang hanya ditimbang ala kadar bagai guna timbang kati yang benkok jarumnya...
Itupun cukup bertuah andai ditimbang semula, jika diluah dengan terhambur tanpa pakai otak lagi menyakitkan...
Walaupun belajar setinggi mana tapi otak tak boleh pakai pun tak guna...
Tak apalah, apa yang boleh aku lakukan sendiri walau sukar akan ku cuba sendiri sedaya upaya...
Duit boleh dicari, tak apalah sebab aku cari sendiri dan tak pernah meminta-minta pada sesiapa...
Walaupun aku tahu ada mulut-mulut yang mengatakan aku tahu enjoy saja menghabiskan duit malahan guna duit "orang lain", tapi hakikatnya kalau "kau" tak tahu siapa aku, bagaimana aku berdiri sendiri selama ini, tak usahlah memandai mengatakan yang bukan-bukan....
Aku tahu aku siapa, aku tahu tahap ku dimana, aku tahu taraf ku juga setaraf mana, aku tak pernah minta simpati sesiapa, aku tak pernah minta untuk begini...
Semua ketentuan dari Yang Maha Esa..Mungkin ada cacat cela dan aku tahu itu semua dari silapku sendiri tapi itu tak bermaksud sesiapa saja boleh mengatakan apa-apa pasal aku...

* 12 RabiulAwal 1432H *

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam...
Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...
Hari ni merupakan cuti umum bagi mengingati kelahiran Baginda...

Aku tak ke mana...Ingatkan ingin menghantar Cik Lisa untuk dicuci lalu pergi melawat si Handsome Lope tapi apakan daya Cik Lisa meragam...Tak sampai dua tahun bateri ditukar, ini dah meragam lagi...
Huh, sabar jela...Bulan ni Cik Lisa dah banyak telan duit aku...
Nak buat macam mana, adat orang pakai kereta kan...

Sesungguhnya aku dalam keadaan tertekan...
Aku tak tahu mana aku nak luah selain daripada di sini....
Kadangkala bila kita berbuat baik pada orang, tak semestinya baik juga di balas...
Malahan diambil kesempatan...
Tak apalah, redha jela....

Kenangkan semula segala sirah Nabi, setiap benda ada balasan...

#Aku terkurung di rumah keadaan lapar, geram lalu menyental semua benda dalam rumah sambil menunggu housemate ku bangun sebab diarang keje shift malam untuk diminta bantuan menghantar aku ke kedai kereta yang berdekatan untuk settlekan problem Cik Lisa.....

Monday, February 14, 2011

* After A Week *

Selepas seminggu balik dari kampung yang ku terchenta pada hari Selasa lepas, aku masih dilanda mood malas bekerja even mood malas bloging, FBing dan on HP...
Datang kerja ngam2 tepat jam 8pagi dan balik paling lambat aku stay depan PC pun 6petang...
Tak ada nak stayback ke hape even yang sebenarnya aku ada kerja yang sedang menanti dateline...
Bertambah-tambah lagi bos ku sudah mula cuti bersalin dan running batch harian macam tak ada masalah dan makanya bolehla diberi kepercayaan 100% pada budak-budakku untuk buat arrangement sendiri..

Mood ku masih terbayang-bayang segala-segala seperti dibawah ini sewaktu aku melepakkan diri di kampung secara random:

* Outing dengan Eryn sambil makan & tengok movies yang bersesuaian sebagai contoh hari tersebut kitarang tengok YOGIBEAR..=P*

* Control jek  muka even dalam hati dah xsabar menunggu order tak sampai-sampai*
* Budak yang kena sumpah dalam hati je sebab biadap (nak sound direct kena hormat tempat sembahyang tu)... Orang solat duduk dekat punggung orang, ni kira ok sebab dah jauh sikit sebab kena jelingan maut aku dan sorang kakak...Tak reti nak tunggu turn dan buat bising dengan kawan-kawan dia...*

* Main masak2 selain makan luar...=P..Resepi diatas adalah Ketam black pepper fav. Eryn...*

* Menu baru untuk santapan adik Eryn ku yang susah makan nasi dan sayur...TQ pada my BFF Cik Suzilawati sebab share resipi Sup Sakit ni dengan aku...=P *

* Hangout dengan mereka...=) *

* "Dera" si Eryn buat keje sekolah dia dengan lebih tepat tolong tunjuk buat kerja khusus, buku skrap (every year pun ada, dah macam bukan primary school lak aku tengok homework load depa ni)...Siap meleleh air mata dak kecik ni aku buat dan mak pun siap berkata "Along kalau jadi cikgu, habis anak murid semua lari"...Buat kali ke berapa mak cakap macam tu pun aku tak tahu...Tak pe mak, Along xberminat pun...=P  *
* Hasilnya selepas 2hari yang menyeksa si Eryn sebab kena bebel & herdik ny me...dapat 20 pages+++ tu hasil dari kekreatifan ku... Ada satu lagi keje Pend. Seni yang aku tolong komen dan hasilnya sangat cantik tapi x sempat snap gambar sebab aku tertidur masa tunggu glue kering dan esoknya dia dah angkut pergi sekolah sebelum aku celik mata.....Bwahahaha *
* Lepaking berdua dengan My Bonda Terchenta without my lil' sis sebab dia sekolah selepas berurusan di Jabatan Pelajaran Daerah Batu Pahat ...Actually, mak tengah potpet2 kat aku tapi aku dok angguk je sambil snap sana sini...hehehe*
* New port untuk lepaking...Rengit Coffee...No more Ipoh mali la....=) *
* Muka malas gila balik ke Shah Alam....Gambar diambil dalam kereta on the way ke opis terus dari rumah...Keluar rumah kampung pukul 4.45am. dan mengingatkan aku kepada Cik Puan Zuria Zihanee yang every week balik ke Putrajaya terus masuk opis..Sangat mengantuk lorrrr *


# Update akan datang juga malas nak tulis panjang-panjang, kalau rajin letak gambar je...Kalau tak rajin bersawang la blog nih...=P

Tuesday, February 8, 2011

* After The Long Holiday *

Long holiday?
Not to long la...
Aku tak bercuti ke mana pun dalam 6 hari ni since mak tak boleh join sebab memenuhi undangan perkahwinan ....
Undangan yang sebenarnya mengundang panas telingaku bila mak dah start petik cita pasal bila nak kahwin...
Sindrom ni baru bermula sejak tahun baru > Awal Muharam ...
Bila mak asyik ditanya dek "Kepohchi2" semasa pergi ke undangan dan kenduri kendara keliling kampung even saudara mara...
Disebabkan semua itu, aku hanya tersadai di rumah beberapa hari dan keluar rumah untuk aktivti makan saja...
Malas nak pergi ke mana-mana even undangan...
Aku nak berehat 100% > NO HP, NO FB & NO BLOGING...
Sebelum subuh ~4.30am pagi tadi aku baru gerak ke Shah Alam dan terus ke opis..
Sekarang ni kepala aku sangat ting tong...
Dan lagi ting tong bila tengok dateline semua dah dekat (tapi ok jap bila dari pg asyik dapat ang pow jek...=p)....
Story pasal Cuti-cuti 100% aku akan diupdate kemudian...

# Perasan macam ada orang nak tau pasal cutiku....Bwahahaha..Tapi tak apalah, aku nak buat as diary...=P

Tuesday, February 1, 2011

* Kalau Ku Hempuk Naya Kang *

Pagi ni aku bangun awal buat breakfast..=)
Untuk seorang yang duduk kat rumah bujang dan jarang bersarapan, bangun pagi untuk buat sarapan adalah satu kepelikkan sikit ok...
Pergi tempat kerja macam biasa...
Tapi setibanya di tempat kerja ada makhluk sengal yang sesuai sangat kalau kena hempuk dengan bag kerja aku (aku kerja bawa dua beg, satu handbag & satu lagi beg untuk isi dokumen atau planner)

Cerita dia macam ni, aku masuk opis handpunch macam biasa..
Bila aku masuk opis ari ni memang opis lengang dan sunyi sebab selalu pagi-pagi buta pun ada mamat sotong yang suka buat hingar...
Aku masuk belum sempat duduk lagi, kedua-dua beg aku masih tersangkut kat bahu ok, aku dengar suara ast. aku dari lab dan suara budak sengal...
Dan tiba-tiba kedua-duanya datang menghampiri aku lalu tanya satu soalan yang sengal di pagi hari:

"Am I looks ok with this blouse and this slack? This morning I already late and just grab this blouse and this slack..I do bring my black laging btul ke aku eja? , do I need to chage it or is it looks weird? "

Lepas tu ast. aku pun tolong cakap tambah perasa:

"She ask me already, I said she's look ok...What do you think?"

Dalam hati aku "think", apa kejadah korang ni tanya soalan bengong kat aku pagi-pagi buta mcam ni?
Yang si sengal nih siap bagi alasan kata dia dah bangun lambat bagai siap cakap pukul berapa..
Kalau betul dia bangun ikut masa yang dia cakap tu, kompom pukul 8am dia tak muncul lagi sebab sebelum ni pernah happen...
Ini tidak, siap datang awal dari aku lerrrrrr.....

Satu hal lagi ialah, ko ni nak datang kerja ke nak melaram macam nak pergi dinner ke hape?
Nak aku hempuk baru sedar ke?
Tolong, please, jangan tanya soalan sengal pada aku...
Selalu soalan sengal pasal kerja boleh tahan lagilah aku masih nak layan dan jawab walaupun kebiasaannya soalan berulang-ulang,tapi jangan tanya soalan sengal lain....
Ni sekarang aku tengah bloging ni pun sebab aku rasa macam nak hempuk budak sengal ni...
Aku dengan sorang lagi dah penat explain...
Ya Allah, nasib baiklah aku ni blurrr pun tak melampau...
Susah juga kalau sekolah sepuluh tingkat tapi sengal berpuluh tingkat....

# Hari-hari di awal Februari aku teruji hari ni, hari-hari sebelum bercuti panjang....

* Naik Minyak *

Malam tadi bila ku buka muka buku sekejap, terpapar status-status rakan-rakan muka bukuku mengatakan RON 97 naik harga lagi...
Berbulu je aku baca...Bukan berbulu pada rakan-rakan muka buku tapi berbulu dengan harga minyak yang naik...
Tahun ni saja dah berapa kali harga bahan bakar tu naik dan naik...
Yang pasti kalau di Malaysia ni lepas buat janji lepas tu juga dapat kita dapat habuan..
Habuan kenaikkan harga bahan bakar, bahan keperluan harian...
Itulah trend yang dapat dilihat...
Lagi satu trend ialah lepas RON 97 naik lepas tu mesti RON 95 pula menyusul...

Yang tak naik just gaji je...=P
Teringat aku satu petikan jawapan mantan Perdana Menteri kita dalam soal jawab beliau dengan satu surat khabar tempatan bertarikh 30.01.2011.
"Yang kerja kerajaan senanglah, kerajaan naikkan kos, gaji pun naik sama...Tapi yang kerja swasta, gaji tetap sama..."
Orang gomen yang baca jangan nak marah aku pulak, ni aku dapat dari surat khabar yang aku baca...Nak tau suratkhabar apa sila send private msg padaku
Lebih kurang macam tulah petikan dia semasa ditanyakan satu soalan dalam soala jawab yang sebenarnya tajuk utama bukan berkaitan tentang GAJI...
Tapi pada pendapat aku apa yang sebenarnya ialah keseimbangan kenaikkan harga dan gaji semasa serta kos kehidupan seharian masih belum seiring...
Tu yang terasa bahana macam sekarang...

Pagi tadi lepas kenaikkan bahan bakar diumumkan, saluran radio kesayangan aku pulak buat tajuk yang ala2 sinis gitu...
"NAIK MINYAK" bersempena kenaikkan bahan bakar yang bermula jam 12 tghmalam tadi....
Tapi yang dibincangkan macam hal berkaitan naik minyak...bukan minyak naik...=P

#Kalau minyak naik setahun berapa kali, kenapa gaji naik setahun sekali jek...Tu pun kalau naik, kalau tak naik kat takuk tu jelah...=P