Thursday, January 20, 2011

* Mimpi & "Dia" *

Hari ni hari cuti umum untuk menghormati perayaan kaum hindu >Thaipusam..
Makanya aku pun cuti...
Pada kebiasaannya aku dikala hari cuti ni jangan haraplah nak buka mata semula selepas subuh...
Tetapi berbeda dengan hari ini, aku tak boleh melelapkan mata semula selepas solat subuh...
Ini semua hanyalah disebabkan mimpi...
Aku mimpikan dia yang aku sangka aku dah dapat lupakan dua tahun lepas...
Siapa dia biarlah menjadi tanda tanya...
Kenapa aku perlu melupakan dia?
Sebab dia dah menjadi suami orang..Tak elok kita kenangkan...
Aku perlu hormatkan isterinya yang aku sendiri tak pernah  temui kerana aku juga seorang wanita yang tak nak disakiti oleh wanita lain ....
Wajah dia muncul dalam mimpiku kala azan subuh berkumandang di masjid berdekatan...
Ini bukanlah kali pertama wajah dia muncul dalam mimpiku namun ada persamaan setiap kali dia muncul...
Mimpiku akan diiringinya setiap kali azan subuh...
Huhuhu...
Aku masih ingat lagi sebelum ini munculnya wajah dia dalam mimpiku sambil menegurkan aku tentang sesuatu...
Tentang apa tak aku ingati...
Namun setiap kali aku bermuram, sedang kusut, pasti wajahnya muncul..
Memang parah....
Subuh tadi wajahnya muncul dalam mimpiku lagi dengan keadaan mengetuk pintu kaca dihadapanku dengan muka serius dan tak tersenyum sepeti sebelum ini...
Tapi bila ku fikirkan semula, mimpi itu mainan tidur...
Abaikan..Lagipun aku dan dia tak mungkin ada apa-apa...
Memang benar ada orang mengatakan cinta pertama sukar dilupakan namun cinta pertama bukan bermaksud yang terakhir..=)


# Dia hanyalah seperti persinggahan sementara buatku namun persinggahan yang amat berbeda dengan persinggahan lain kerana dia adalah persinggahan pertama yang membawa seribu satu makna....Apapun hidup perlu diteruskan, dia dah kuanggap tak ada sejak beberapa tahun ni...

0 comments: