Wednesday, January 19, 2011

* Mereka tanya, saya jawab *

Bila ada yang bertanya pasti perlu ada yang menjawab...
Dua, tiga hari dalam minggu ini adalah mimggu nilai menilai...
Bukan Nilai Negeri Sembilan tetapi penilaian kerja...
Semalam sepatutnya aku buat review untuk assistant aku tapi apakan daya aku pula yang MC > URTI dan fever (suspect as influenza H3N1)....=P

Hari ni bila masuk kerja, aku pula yang dinilai dulu...
Soalan paling best Bos tanya ialah target aku kerja dekat company ni berapa tahun lagi?
Macam mana aku rasa atau perasaan aku kerja kat sini?
Apa macam korang punya jawapan?
Aku punya jawapan sangat simple, soalan pertama aku jawab selama saya rasa nak stay kat sini..
Bunyi macam kurang asam kan?
Tapi dah soalan macam tu aku nak jawab macam mana...(any suggestion?)
Soalan kedua aku bagi jawapan melencong sikit....
Jawapan aku, oklah...Kalau saya rasa tak ok, dah lama saya tukar kerja Bos...
Hehehe..Nasib baik tak kena luku dengan senior exec aku yang jadi salah seorang penilai aku..
Bwahahaha..Tapi terbeliak jugalah mata dia bila aku balas soalan Bos aku macam tu...
Lepas aku bagi jawapan kedua, Bos aku sambung lagi soalan ketiga berbunyi, kalau masih ada hati nak kerja dekat sini, berapa lama aku akan stay lagi either 1 tahun atau 3 tahun..
Jawapan aku mudah jek....
Lebih dari satu tahun lagi....Kenapa? Atas sebab-sebab tertentu aku ada kepentingan aku sendiri dalam masa setahun dua ni...
Aku perlukan akuan kerja...
Buat apa?
Tungguuuuuu.....
Setahun satu hari pun kira lebih satu tahun kan?
Hehehehe....

Hari ni aku kerja dalam keadaan yang entahlah...
Tak tau aku nak tafsirkan macam mana....
Dan yang pasti aku dapat satu kisah baru yang hot lagi panas seperti yang ku jangka...
Tekaan ku benar belaka....
Aku berasa lega dari perkhabaran yang aku tau tu tapi ada sedikit jugalah terdetik dalam hati ni macam nak cakap "BENGONG"
Sepatutnya kisah hot tu aku tak tahu, hanya top management saja yang tahu..
Mana aku dapat?
Bwahahaha..biasalah, senior exec aku la...
Dia memang tak boleh sorokkan apa-apa dari aku..=P

#Hopefully increament dan bonus tahun ni dapat bagi aku semangat sikit nak buat kerja...just wait & see sajalah...huhuhu

0 comments: