Monday, January 17, 2011

* Hari-hariku *

Hari ni aku half day...
Cuti tanpa dirancang, bukan MC tau...
PAgi tadi memang dah terasa kemalasan untuk pergi kerja tapi ku gagahkan juga sebab teringatkan ada "makhluk" nak datang..
Dah siap buat appoinment pukul 10am walaupun mangkuk tu datang lepas lunch hour...
Makhluk yang biadap....
Siapa? Cukuplah orang-orang tertentu saja yang tau siapa mangkuk itu...
Dah 3kali aku berurusan dengan makhluk ni tapi sikap bongkak masih menebal dari tahun ke tahun..
Abaikan kisah dia...
Jom dengarkan kisah cutiku...

Aku half day sebab aku malas nak kerja...
Aku rasa tak sedap badan...
Aku kena flu, mungkin berjangkit dari Zila sebab dia dah tahap kritikal..
Aku memang mudah kena jangkit...
Selain daripada malas, tayar Cik Lisa pun pancit pagi tadi...
Nasib baik la ada abang kacak and bapak prihatin yang tolong aku tukar tayar..
Bukan tak tahu tukar sendiri tapi malas nak kotorkan tangan dan comot momot.. 
Bwahahaha...  Dia orang yang tegur, dia orang yang kena tolong tukar....

* Papa prihatin yang tolong longgarkan bolt je...=P *

* Abg Putih melepak muka serius tolong tuka tayar Cik Lisa*


Masa aku balik sempat juga la aku pergi hantar tayar Cik Lisa pergi berubat...=P
Balik rumah makan, lepas tu minum air kelapa dannnnnnnn tidur sampai ke senja..
Hehehe..
Ni semua kes aku tidur petang semalam dan malam tadi tak boleh tidur..
Weekend pula asyik pusing je keje aku...
Sabtu balik dari melepak di rumah Puan Puteri (lepak di rumah Puan Puteri test Uni-fi yang sangat memikat hatiku), aku keluar lunch dan layan movie "FASTER"
Masa tu juga lah aku dengan Zila mengucap panjang dan MasyaAllahhhhh..
Terpikat sungguh kami berdua dengan ciptaan Allah yang indah sekali...
Sampai ke hari ni kami terbayang-bayang lagi...
Hahaha...
Malamnya kami ke Bagan Lalang makan-makan...
Dah lama aku tak ke sana walaupun tempat tu dulu port makan-makan aku...
Gambar? sorry, tempat tu agak malap dan sebagai hasilnya kamera Cik Pinky memang fail...
Semua gamba dalam Satio Cik Zila...
Keesokkannya aku pergi breakfast dengan budak-budak rumah lalu kami menyimpang ke Toyota showroom.
Bukan aku yang tengok kereta tapi si Cik Zila kita...
  
* Tukang cari kete *
*Tukang teman ke Toyota showroom *
* Tukang amik gamba dengan unedit picture *




Balik semua-semua tu keluar semula pergi cari barang tapi kesudahannya melencong juga tengok "Khurafat"..
Tabik spring kat anak Pak Yusof Haslam sebab 1st horrow movie dia memang straight to the point dan jalan cerita susun cantik je.....
Seram dia memang menjadi...
Tapi seram-seram pun aku layan gak...hehehe...
Takut lebih-lebih buat apa, diarang dapat duit aku lak nak seriau lebih-lebih apa kes...

Begitulah kisah aku untuk weekend nih...
Ops terlupa lak kisah pagi Sabtu aku pergi buat spot check di opis ada orang kerja mengula baik punya...
Dia tak tau aku datang buat kerja sikit...
Lunch dekat 2jam, aku pun tak paham..=P
Sekarang ni mood aku sangat swing sebab aku tak suka orang yang sengaja nak buat aku marah...
Janganlah sengaja nak bakar-bakar aku pasal benda yang terang lagi bersuluh, aku pantang lagi-lagi kalau benda tu ko yang buat tapi kata aku lak...
Aku mungkin jenis give and take tapi tolong jangan over sampai nak pijak kepala lak...
Dah la aku tak sedap badan nih...
Silap-silap esok MC dan performance appraisal staff aku terpaksa postpone...
Untuk upgrade tarik +ve energy, aku layah youtube sekejap, dengar lagu-lagu anak Pakcik Tahir...

* Aku punya mood dah terbang jauh....

0 comments: