Friday, January 21, 2011

* Bertuahnya Mereka *

Dilahirkan dalam keluarga yang senang dalam erti kata lain serba lengkap..
Cukup segalanya dari segala ciri...
Ahli keluarga yang cukup menyokong, memahami dan memberi galakkan serta cukup bahagia...
Sentiasa dapat apa yang diperlukan malahan adakalanya lebih dari yang perlu...
Cemburu?
Mungkin tapi Allah Maha Mengetahui...
Adakalanya kita sendiri haru merungkai kelebihan yang sebenar Allah nak berikan pada kita....
Sejak dari Loh Mahfuz Allah dah tuliskan semuanya tentang kita..
Kita sebagai hambanya harus buat yang terbaik...

Adakalanya terdetik dihati ini tatkala melihat mereka namun aku juga perlu sedar mungkin untuk aku, aku tak dapat merasainya maka aku harus berusaha untuk generasi ku yang akan datang...
Andai kita tak buat sebegitu, terus mengalah dan mengeluh, siapa lagi yang mahu lakukan untuk diri kita...
Memang pasti ada masanya kita merasa sangat-sangat rendah diri dan merasa "Aduh, kecilnya diriku"
Namun mungkin ada yang Allah kurangkan pada kita tapi pada masa yang sama apa yang lebih pada diri kita tak ada pada mereka...
Namun, aku juga adakalanya seakan tak paham mengapa mereka yang hampir cukup segalanya masih mahu mengambil kesempatan pada yang tiada...
Pasti mereka fikir, "Ah...tak apalah, dia kan dah biasa...aku buat begini tak terasa apa kot"..
Bagaimana?
Sabar, ya ....Itulah kuncinya..
Tapi berjaga-jaga kerana sabar itu ada juga tahapnya....

Mengapa aku menulis begini?
Sebab aku pening....
Pull Stop.....

# Jumaat yang redup begini kebiasaanya memberikan aku seribu satu perkara buat aku berfikir..

2 comments:

cik bebel sentiasa said...

macam lain jer background...hehehehehhe...menarik!!!!

Min Min said...

memang lain pun dik oit...
tukar sudah..more simple kan? =)
tapi ada yg hilang..=P