Monday, January 31, 2011

* Pening *

Aku pening sebab semalam tidur senja lepas tu malam tidur terlalu lewat atau aku asyik main hujan jek dua hari ni...
Sekarang ni dalam mode senyap di depan PC...
Tak ada mood nak bercakap atau beramah mesra dengan rakan sekerja...
Ke aku pening sebab kena pakai spec?
O'o...Aku tak suka agakan yang terakhir....
Aku mungkin ada masalah mata takleh silau tapi rabun normal macam tak ada...
Tapi sekarang ni mengadap pc jek mesti rasa pening lak..=P

* Blank *

I'm in red!!!

Today I come to work with red blouse and red scarf...
All my chinese officemate said  looks like I'm the one who want to celebrate CNY..
Its ok la, my mom is chinese also ma...
Just my family not celebrate it because my mom already loose contact with her brother plus my grandparents already pass away...
Actually I already in the CNY long holiday's mood...
Even this morning me & my roomate were very lazy to open our eyes plus its raining outside...
My two other housemate already safely back to their hometown this morning....
But they need to return earlier then us, on Friday...
Work on weekend...I don't like it..=P

The office is so quite today, just look out to the parking area is enough...
Many of the staff already start to take leave by today....
Me?
I'll start on leave on Wednesday but halfday and continue on Monday,the purpose to use my annual leave is just to avoid the jammed...
I can't stand the jammed expecially at Negeri Sembilan area which always make me feel headache...
Hurmmm, today no mood already to come to work even this few days I just need to seat in front of the PC and do some documentation & verification...

# Blank and feel so lazy...=P

Friday, January 28, 2011

* Terluka Tapi Cover *

Itulah dia tajuk yang diutarakan di Hot FM am krew pagi tadi...
Macam nak tersembur jap aku dengar masa start kete nak pergi keje pagi tadi...
Setepek kena pada batang hidung sendiri...
Ingat senang nak cover yang terluka...
Buka luka di jari, di tangan atau di kaki yang boleh nampak dengan mata kasar ok...
Tapi ni luka di hati..
Tuhan je yang tahu...

Luka lama tak hilang lagi parut, hati dah berdarah kembali, itu lagi parah....
Setakat calar-calar tak apa lagi...
Tapi pagi tadi ada seorang awek ni call hot fm kata dia boleh recover dalam masa 3hari je lepas bakal laki dia dikebas orang lain...
Korang percaya?
Aku tak boleh terima (bukan tak boleh percaya..hehehee)
Aku fikir balik bukan senang nak cover lepas tu cepat recover 100%...
Jiwa kena kental wei....

Apapun, buat teman-teman yang pernah terluka tapi nak cover dan recover 100% tu, caiyok2!!!!
(include diri sendiri, bwahahahaha...)

#Akhir-akhir ni aku dengar tajuk-tajuk perbualan dekat am krew banyak tarik perhatian aku lak...=P

Thursday, January 27, 2011

* Google Name *

Aku ada satu tabiat yang sampai sekarang aku rasa tak boleh buang lagi...
Tapi tabiat ni tak kacau orang pun...
Aku suka google nama orang...Macam hobi...
Tapi bukan setakat nama orang saja tau aku google tapi termasuk nama aku sendiri...
Selama ni aku google nama sebenar aku akan hanya naik 2 result saja..
Itu pun result under email address company sebab orang send email pada aku dan orang tu punya nama memang senang naik bila aku google...=P

Hari ni aku terkujat sekejap sebab nama aku dengan address tempat keje dengan ext.no dekat opis semua naik...
Nasib baik ext. no tu ext yang lama include no telefon lama sebelum convert ke no sekarang..=P
Bila aku fikirkan balik macam mana nama aku naik ni, kompom budak sales & marketing punya keje...Lepas masukkan dalam website trademal tak buat setting...
Sebelum ni aku punya nama under pendaftaran J***** pun aku dapat sembunyikan ....
Aku bukan apa, aku tak suka guna sebenar bila bukan urusan rasmi lagi-lagi bila daftar masuk dalam mana-mana benda berkaitan dengan internet...
Ada baik dan buruknya, baiknya kalau orang nak dok buat naya kat aku diarang tak dapat cari sampai lubang acing sebab aku guna nickname je..
Tapi keburukkannya aku sendiri pun tak tau sebab selama ni aku ok jek tapi pasti ada hitam dan putih dalam satu-satu benda kan...
Macam Yin Yang juga...
Macam -ve dan +ve energy juga...

#Sekarang aku sibuk Google adress FSQ sebab website dia satu-satunya aku guna dah tak boleh buka...=P

* How do we know? *

Actually ayat diatas berbunyi > How do we know he's "THE ONE" ?
Bukan aku punya soalan tetapi classmate ku semasa di POLISAS punya status di FB...
Aku jawab pada dia > xxxx, I can't answer it for you dear because I'm also still searching "THE ONE" for myself...=P
Anyone disini boleh jawab soalan kawan aku ni?
Boleh aku tumpang sekaki tengok jawapan tu....Bwahahaha..
Ada jawapan lain dari kawan dia kata >  u will hear the wind everytime u see him/her and everytime he/she smile u will see it in slow motion
Pada aku jawapan membe dia tu adalah sengalllll....
Tak semua yang kita rasa macam tu adalah semulajadi sebab setan ada di mana-mana untuk menggangu kita..=P

#Aku juga masih mencari "The One" ataupun "Mr.Right" ku sendiri, makanya aku sendiri masih tertanya soalan yang sama seperti kawan aku tu...

Wednesday, January 26, 2011

* Jujur Ku Katakan*

Sesungguhnya aku tak nak berbohong sekarang ini..
Aku tak tahu apa semua orang rasa bila semua di tempat aku sekarang...
Macam mana nak luahkan ni?
Macam mana nak elakkan?
Macam mana nak hilangkan?
Macam mana?
*
*
*
*
*
*
*
Macam mana kalau korang semua memang kerja ditempat yang suhunya sentiasa sejuk dan korang terpaksa makan ubat setambun yang mengantukkan mata korang?
MACAM MANA NAK HILANGKAN MENGANTUK NI?

#hehehe,....macam mana ?

Tuesday, January 25, 2011

* Blocked *

Aku nak block ke atau xnak block, itu adalah hak aku kan?
Buat apa aku baca, aku nampak lepas tu aku lak rasa tak best...
Jangan salahkan aku, even aku tak tau yang diblock tu rasa bersalah ke apa...
Mungkin dia tak ada salah dengan aku tapi untuk aku tenang biarlah kena block ...
Selepas lebih 24jam kena block barulah aku unblock tapi selapas unblock orang tu memang dah tak ada dalam friendlist kita dah..
Dia juga perasan selepas lebih 24 jam...
Biarlah macam ni dulu sementara....
Dekat tempat kerja tension takkan balik rumah nak menambah tension....
Dahla aku memang spesis serius, susah nak ketawa, susah nak senyum tak kena tempat so daripada nak tambah muncung lebih baik block kan saja....


* Hambikkkkk!!! Gila besar NO ENTRY sign *

# Buat sesiapa yang terasa atau terbaca aku tak tau samada blogku masih dibacanya atau tidak, maaflah sebab buat macam tu...Aku ada alasan aku sendiri...

* Suka Orang Punya? *

Siapa suka siapa ni?
Sebenarnya tu tajuk  yang dibincangkan di Hot fm am krew pagi tadi...
Aku tak dengar dari awal, sekadar dengar sewaktu dalam kereta gerak ke tempat keje...
Aku dengar terus nak tergelak dengar komen-komen orang yang call...
Punca tajuk tu keluar memang aku tak tahu dari celah mana...
Yang pasti mungkin dari seorang pendengar bernama "NADIA'...
Jeng3....

* Tiga orang DJ am krew *
Nasib baik masa aku dengar tu tak ada orang yang menyokong sikap suka ambil orang punya > BF/GF, TUNANG atau SUAMI/ISTERI orang...
Kalau ada mahu saja aku hempuk mangkuk macam tu....
Pantang aku tu okkkk....
Jangan rosakkan hubungan orang lain...
Tak elok...
Hari ni kita buat pada orang, lain masa, lain hari, lain tahun tak kena pada kita mana tau kena pada kerabat kita...
Normally, what you give you'll get back...
So carefull la kan..
Beringat sebelum kena...
Allah Maha Adil...
Kadang kita dapat balasan CASH je dekat dunia ni...

#Penuh makna ok entry ni bila aku terdengar tajuk tu pagi tadi...Yup, to everyone please remember > WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET BACK...
Bukan mendoakan tapi peringatan terutamanya kepada makhluk-makhluk yang SUKA ORANG PUNYA..=P

* At Last*

Akhirnya aku berjaya menggodek balik blog ku yang tiba-tiba navi bar hilang tengahhari tadi semasa tergatal tangan menggodek di opis.,....
Ini semua gara-gara Nuffnang ads tak nak appear lepas aku masukkan kat HTMl..
Bengkek la aku...
Dahla dekat 36jam ku tak leh tengok trafiic sebab Nuffnang ads tak ada...
Walaupun aku anggap meletakkan Nuffnang ads ni sebagai suka-suka tapi bila benda dah ada tiba-tiba hilang, jadi serba tak kena...
Aku juga menulis dalam blog ni bukan untuk tarik orang tapi sekadar melepaskan apa yang terbuku dan menjadi satu kelegaan...(tu yang follower aku letak kat footer masa template lama dan ada bape ketul jek...tak kisah pun sebab aku menulis bukan kerna nama)
Tapi walau apapun pasal navi bar hilang tu,nasib baik ada yang sanggup tolong jawab soalan aku kat Blogger Forum...
TQVM kepada blogger > Rusydee Artz atau lebih senang tuan empunya
http://www.selamattinggal.blogspot.com/...
Aku memang blurrrr sebab tak pernah-pernah jadi macam tu...
Malam ni juga aku gigih masukkan semula Nuffnang ads dengan tak tersilap save HTML...
Hehehe...ads kat header sudah dapat masuk tapi kenapalah yang kat celah tengah post tak boleh-boleh lagi yek...
Haishhh,....Esok-esok lah buat...
Tantok sudah....
Dulu mula-mula buat macam senang je...
Huhuhuhu....

* Tau menggagau bila tiba-tiba menghilang, bila depan mata buat dekkk jekkk...fikir-fikirkanlah maksud ayatku ini...=P

Monday, January 24, 2011

* I-Phone 4 *

Nak tipon ni boleh?
* White is my favourite color *
Ada sesiapa yang baik hati nak belikan gadget ni untuk saya?
Saya sudah terpikat sangatlah...
Kompom tak ada sesiapa kan..Huhuhu...
Nak tunggu gaji bulan-bulan memang jangan haraplah kan nak dapat benda alah atas tu....
Tunggu bulan 4 nanti macam mana baru boleh decide...
Minta-minta boleh dapatlah seketul benda putih tu, dan dapat dengan hasil titik peluh sendiri...
Tiba-tiba je aku ni kan...
PAgi-pagi tension lepas tu buat performance appraisal staff..
Tapi yang laaknya sambil mengadap staff aku dan ada bos tu la aku boleh fikir pasal gadget...
Memang betul2 dah sort la aku....
Apa yang aku fikir sekarang ni pulak ialah CUTI PANJANG...
I can't wait for it...
Counting the day....
 Wink*

# Ada orang kata beli gadget2 macam ni membazir, ikut musim tapi tengoklah macam mana keadaan kewangan...Nak buat sebagai awards buat diri sendiri...

* Pantang *

Aku memang pantang kalau pagi-pagi buta  mood aku kena spoil...
Alamat memang sampai ke petang la mood aku swing...
Pagi ni aku terjaga pukul 3pagi sebab kepanasan...
Sebenarnya bilik aku ada dua kipas..
Satu kipas siling dan satu lagi table fan...
Table fan tu sebenarnya hak milik aku sebab kipas siling tu macam tak ada function (macam perhiasan je, angin sepoi2 )
Tapi aku rasa aku pula yang macam menumpang barang orang..
Mula-mula aku tak kisah tapi lama-lama aku kisah sebab aku respect barang orang as barang orangtapi aku tak suka orang buat barang aku macam bukan barang aku...
Charger ke broadband ke lappy ke...
Aku tak kisah kalau sesekali tapi kalau aku sendiri sampai HP terjerit nak kena cucuk charger tapi still tak leh guna apa kes...
Nak kena charge kat opis pula..
Lappy pulak bila buka je bateri dah kasi warning tinggal berapa % je...
Tak sesuai tau tak...
Aku memang tak berapa nak kisah pasal makan ke, pasal kete ke,pasal nak pinjam ke apa tapi aku tahu hormat hak orang aku juga nak orang hormat hak aku....

Pagi ni juga datang-datang opis ada orang membebel...
Perghhhhh...
Aku bukan setakat tak suka malahan menyampah sebab orang lain punya hal aku pula yang masuk-masuk opis kena bebel...
Dahlah membebel pasal silap orang lain....
Siaplah satu hari ni kompom aku senyap malas nak bercakap dengan sapa-sapa pun...
Aku punya keje lain kali jangan orang lain nak kacau, kalau aku tak ada sila jangan suka-suka pass pada orang sengal nak tolong buatkan...
Lagi satu ni, aku tau aku flu, so aku taulah nak pakai mask ke apa...
Tak payah nak sound-sound, aku tau polisi dengan limit...
Tak payah ajar, sebab benda tu dulu aku yang buat...
Aku pula tengah sakit kepala pening tak hilang...
Pembawa virus utama dah sihat, aku pula yang meleret-leret...
Antibodi aku memang sangat low sebab dulu doktor yang rawat aku pernah highlight benda ni...
Lepas tu aku pulak pernah kena demam denggie, chikungunya dan asma..
Memang senang jelah kena penyakit...
Tapi aku malas nak cakap sebab nanti ada orang kata aku sakit sikit dah sibuk telan ubat, sibuk jumpa doktor...
Cuba orang yang cakap tu  yang ada problem kesihatan macam aku, baru dia tahu susahnya jadi macam aku...

Kesimpulan bagi hari ini iaitu Isnin 24.01.2011 adalah sangat tak best...Sangat menggeramkan...
Petang ni nak balik awal..Aku tak kirala depa nak bising ke apa, aku nak g massage tenangkan otak...
Bagi badan segar sikit....

#Pantang juga kalau dah cakap beberapa kali tapi benda yang sama asyik diulang jek...Aku memang jenis banyak cakap tapi maaflah yek sebab kalau benda yang sama je memang sumpah aku bosan...Sebab aku pun tak suka orang cakap pada aku benda yang sama je....

Sunday, January 23, 2011

* Sentap Sindiri *

Aku memang rasa tak selesa... Aku kena luahkan....
Tak apalah andai itu dah memang tersurat untuk aku...
Aku redha...Aku terima...
Allah Maha Kaya, Allah Maha Mengetahui..
Mungkin satu balasan dapat cash kat dunia...
Huhuhu..tapi aku sentap la juga kan...
Siapa la tak sentap kalau macam tu...
Sekarang aku lebih yakin dan akan telan bulat-bulat apa membe baik aku bagitahu..
Mungkin sebelum ni masih tutup mata sebelah dulu but now the truth become clear...

Buat masa ni untuk bagi hati sendiri tenang, dengan segala hormatnya orang itu telah kena blog dengan aku kat FB..
Untuk sementara atau selamanya?
Terpulang pada aku punya mood yang akan mendatang...
Kalau nampak dan ada tapi mengundang gundah kita buat apa kan?
Huhuhuhu....
Easier way la macam ni...
Sekali lagi aku jumpa makhluk "cakap tak serupa bikin"...
Tak apalah...
Allah tahu apa yang dirancangkan untuk hambaNya...

Sekarang target utama aku adalah fokus dengan planning aku untuk tahun depan...
Fokus itu penting...
Aku tak nak dipandang kecil lagi...
Hanya kerana aku macam ni, orang suka main-mainkan aku je kan...
Aku nak jadi orang berjaya..
Aminnnnn...


# Doakanlah kejayaan aku walaupun kejayaan aku dan kebahagiaan aku tak dapat dikongsi dengan seseorang yang aku sendiri tak tahu siapa...Emptyyyyy......

Saturday, January 22, 2011

* Kena Sampuk *

Aku kena sampuk?
Ye, memang...
Aku kena sampuk instrumental music...
Kena sampuk acoustic music dan unplugged...
Aku addict gila dengan benda-benda ni...
Bangun pagi pasang, nak tido pun dok dengar juga...
Penyakit baru aku...
Rasa macam tenang je...
Tak bingit sangat....
Teringin nak dengar depan-depan mata...
Tak nak yang kat You Tube ataupun dari HP ku...
Huhuhu...Sengalllll...

# Tiba-tiba kena sampuk ...Bwahahaha...=P

Friday, January 21, 2011

* Bertuahnya Mereka *

Dilahirkan dalam keluarga yang senang dalam erti kata lain serba lengkap..
Cukup segalanya dari segala ciri...
Ahli keluarga yang cukup menyokong, memahami dan memberi galakkan serta cukup bahagia...
Sentiasa dapat apa yang diperlukan malahan adakalanya lebih dari yang perlu...
Cemburu?
Mungkin tapi Allah Maha Mengetahui...
Adakalanya kita sendiri haru merungkai kelebihan yang sebenar Allah nak berikan pada kita....
Sejak dari Loh Mahfuz Allah dah tuliskan semuanya tentang kita..
Kita sebagai hambanya harus buat yang terbaik...

Adakalanya terdetik dihati ini tatkala melihat mereka namun aku juga perlu sedar mungkin untuk aku, aku tak dapat merasainya maka aku harus berusaha untuk generasi ku yang akan datang...
Andai kita tak buat sebegitu, terus mengalah dan mengeluh, siapa lagi yang mahu lakukan untuk diri kita...
Memang pasti ada masanya kita merasa sangat-sangat rendah diri dan merasa "Aduh, kecilnya diriku"
Namun mungkin ada yang Allah kurangkan pada kita tapi pada masa yang sama apa yang lebih pada diri kita tak ada pada mereka...
Namun, aku juga adakalanya seakan tak paham mengapa mereka yang hampir cukup segalanya masih mahu mengambil kesempatan pada yang tiada...
Pasti mereka fikir, "Ah...tak apalah, dia kan dah biasa...aku buat begini tak terasa apa kot"..
Bagaimana?
Sabar, ya ....Itulah kuncinya..
Tapi berjaga-jaga kerana sabar itu ada juga tahapnya....

Mengapa aku menulis begini?
Sebab aku pening....
Pull Stop.....

# Jumaat yang redup begini kebiasaanya memberikan aku seribu satu perkara buat aku berfikir..

Thursday, January 20, 2011

* You Tube *

Sekarang aku rajin tengok you tube...
Baru-baru ni pulak aku terbuka la satu nih...
Menjadi lagi semangat aku nak dengar dia menyanyi..
Hari-hari pun tak apa....
Hahahahaha...
Stalk punya stalk tiba-tiba pulak dengan tak sengaja terjumpa...
Lucu-lucu betul...
So, layanzzzzz...
Zip mulut jangan beritahu sesiapa apa yang aku tengok, siapa yang aku tenung...
Ngeh3.....


# Xsalah suka oerhati dan tengok asalkan tak kacau orang kan...=)

* The New Skin *

Hahaha..
I've already change my blog "skin"
Looks simple but so pinkish right?
Its ok...
Better looks simple rather than crowded and become so messy
But pink looks so girlish right?
I don't care...
Bwahahaha...
Before this I'm also using the flowers "skin" for my blog larr...
Actually I feel so bored and as the result is new "skin" for my blog but right now I'm become "pening"...
My NUFFNANG already missing...
Haishhhh..

#Next time I'll change it again if I think the pink color is not so in with me...Hahahahaha...

* Mimpi & "Dia" *

Hari ni hari cuti umum untuk menghormati perayaan kaum hindu >Thaipusam..
Makanya aku pun cuti...
Pada kebiasaannya aku dikala hari cuti ni jangan haraplah nak buka mata semula selepas subuh...
Tetapi berbeda dengan hari ini, aku tak boleh melelapkan mata semula selepas solat subuh...
Ini semua hanyalah disebabkan mimpi...
Aku mimpikan dia yang aku sangka aku dah dapat lupakan dua tahun lepas...
Siapa dia biarlah menjadi tanda tanya...
Kenapa aku perlu melupakan dia?
Sebab dia dah menjadi suami orang..Tak elok kita kenangkan...
Aku perlu hormatkan isterinya yang aku sendiri tak pernah  temui kerana aku juga seorang wanita yang tak nak disakiti oleh wanita lain ....
Wajah dia muncul dalam mimpiku kala azan subuh berkumandang di masjid berdekatan...
Ini bukanlah kali pertama wajah dia muncul dalam mimpiku namun ada persamaan setiap kali dia muncul...
Mimpiku akan diiringinya setiap kali azan subuh...
Huhuhu...
Aku masih ingat lagi sebelum ini munculnya wajah dia dalam mimpiku sambil menegurkan aku tentang sesuatu...
Tentang apa tak aku ingati...
Namun setiap kali aku bermuram, sedang kusut, pasti wajahnya muncul..
Memang parah....
Subuh tadi wajahnya muncul dalam mimpiku lagi dengan keadaan mengetuk pintu kaca dihadapanku dengan muka serius dan tak tersenyum sepeti sebelum ini...
Tapi bila ku fikirkan semula, mimpi itu mainan tidur...
Abaikan..Lagipun aku dan dia tak mungkin ada apa-apa...
Memang benar ada orang mengatakan cinta pertama sukar dilupakan namun cinta pertama bukan bermaksud yang terakhir..=)


# Dia hanyalah seperti persinggahan sementara buatku namun persinggahan yang amat berbeda dengan persinggahan lain kerana dia adalah persinggahan pertama yang membawa seribu satu makna....Apapun hidup perlu diteruskan, dia dah kuanggap tak ada sejak beberapa tahun ni...

Wednesday, January 19, 2011

* Mau Hantuk 3 Kepala *

Rasa macam nak hantukkan 3 kepala budak...
Masing-masing dah besar, sepatutnya boleh fikir panjang..
Bukan main taram mogok serang...
Yang jadi mangsa siapa?
Aku juga....
Aku sebagai orang ke-4 yang tak tahu menahu yang memanmg tak nak ambil port langsung...
Karang kalau aku geram aku "sekolahkan" kasi extra kaunseling mahu berbulu menanah telinga budak 3 orang ni..
Tapi yang tua dah berpesan, biar dulu...
Lama-lama nanti ok la tu..
Tapi apa kes siap aku tiba-tiba nak disuruh berhenti kerja...
Aku ada planning aku sendiri, kerja sendiri, target sendiri...
Sekali lagi 3 kepala ni buat hal, aku betul-betul balik dan siap kena dengan aku...
Nak sangat aku back up keje kat sana kan.,...
Mahu ada yang tak sanggup nak buka mulut bila aku dah handle karang...

# Mode : serius geram....

* Mereka tanya, saya jawab *

Bila ada yang bertanya pasti perlu ada yang menjawab...
Dua, tiga hari dalam minggu ini adalah mimggu nilai menilai...
Bukan Nilai Negeri Sembilan tetapi penilaian kerja...
Semalam sepatutnya aku buat review untuk assistant aku tapi apakan daya aku pula yang MC > URTI dan fever (suspect as influenza H3N1)....=P

Hari ni bila masuk kerja, aku pula yang dinilai dulu...
Soalan paling best Bos tanya ialah target aku kerja dekat company ni berapa tahun lagi?
Macam mana aku rasa atau perasaan aku kerja kat sini?
Apa macam korang punya jawapan?
Aku punya jawapan sangat simple, soalan pertama aku jawab selama saya rasa nak stay kat sini..
Bunyi macam kurang asam kan?
Tapi dah soalan macam tu aku nak jawab macam mana...(any suggestion?)
Soalan kedua aku bagi jawapan melencong sikit....
Jawapan aku, oklah...Kalau saya rasa tak ok, dah lama saya tukar kerja Bos...
Hehehe..Nasib baik tak kena luku dengan senior exec aku yang jadi salah seorang penilai aku..
Bwahahaha..Tapi terbeliak jugalah mata dia bila aku balas soalan Bos aku macam tu...
Lepas aku bagi jawapan kedua, Bos aku sambung lagi soalan ketiga berbunyi, kalau masih ada hati nak kerja dekat sini, berapa lama aku akan stay lagi either 1 tahun atau 3 tahun..
Jawapan aku mudah jek....
Lebih dari satu tahun lagi....Kenapa? Atas sebab-sebab tertentu aku ada kepentingan aku sendiri dalam masa setahun dua ni...
Aku perlukan akuan kerja...
Buat apa?
Tungguuuuuu.....
Setahun satu hari pun kira lebih satu tahun kan?
Hehehehe....

Hari ni aku kerja dalam keadaan yang entahlah...
Tak tau aku nak tafsirkan macam mana....
Dan yang pasti aku dapat satu kisah baru yang hot lagi panas seperti yang ku jangka...
Tekaan ku benar belaka....
Aku berasa lega dari perkhabaran yang aku tau tu tapi ada sedikit jugalah terdetik dalam hati ni macam nak cakap "BENGONG"
Sepatutnya kisah hot tu aku tak tahu, hanya top management saja yang tahu..
Mana aku dapat?
Bwahahaha..biasalah, senior exec aku la...
Dia memang tak boleh sorokkan apa-apa dari aku..=P

#Hopefully increament dan bonus tahun ni dapat bagi aku semangat sikit nak buat kerja...just wait & see sajalah...huhuhu

Tuesday, January 18, 2011

* Happy Birthday My Dear Sis *

Who is My Sis?
I'm the eldest in the family kan...
Tak apalah, even aku adalah anak sulong > Along Min< namun aku ada beberapa orang "kakak" yang aku kenal...
Hari ini adalah hari dimana "Kakak Sulong" dilahirkan....
Hari ini beliau telah bertukar version daripada 2.8 kepada 2.9...
Hahaha..
Beliau seorang yang istimewa dimataku, seorang adik yang mengenalinya ~10tahun...
Melihat beliau sebagai seorang remaja (remaja la sangat), menjadi tunangan orang, menjadi isteri orang dan akhirnya menjadi seorang ibu kepada dua orang cahaya matanya yang comel-comel belaka...
Kepada beliau aku selalu mengadu, menumpang kasih dan adakalanya melepaskan geram...Hahaha..
Tapi kebiasaannya beliau hanya akan membalass dengan seribu satu nasihat....
Yup, itulah seorang kakak (walaupun hakikatnya beliau adalah anak bongsu...=) *
Buat kakakku, maaf dari adikmu ini yang tak ada bagi hadiah ataupun apa, hanya sekadar ucapan diberikan dan entry ini khas untuk mu kakak...=)
Semoga dirimu sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan dari Yang Maha Esa...
Sentiasa ceria, bahagia dan gembira disamping yang tersayang....
Sentiasa sabar menghadapi semua ujian pemberian Yang Maha Esa...

LUV YOU KAKAK....

* Tahun-tahun awal perkenalan kami *
* She's with her Stich face *

* Bersama KEKASIH HATI beliau *

* Semangat jiwanya *

* Puteri bonda *
 *** HAPPY BIRTHDAY MY DEAREST SIS PUTERI NUUR AT-TERAWIS AKA PUTERI NUUR KHADIJAH BINTI MEGAT RAMLI ***

# Some of the picture taken from her album, dear sis, sorry ya...I already stole it from you because I want to have the best picture of u...=P

Monday, January 17, 2011

* Hari-hariku *

Hari ni aku half day...
Cuti tanpa dirancang, bukan MC tau...
PAgi tadi memang dah terasa kemalasan untuk pergi kerja tapi ku gagahkan juga sebab teringatkan ada "makhluk" nak datang..
Dah siap buat appoinment pukul 10am walaupun mangkuk tu datang lepas lunch hour...
Makhluk yang biadap....
Siapa? Cukuplah orang-orang tertentu saja yang tau siapa mangkuk itu...
Dah 3kali aku berurusan dengan makhluk ni tapi sikap bongkak masih menebal dari tahun ke tahun..
Abaikan kisah dia...
Jom dengarkan kisah cutiku...

Aku half day sebab aku malas nak kerja...
Aku rasa tak sedap badan...
Aku kena flu, mungkin berjangkit dari Zila sebab dia dah tahap kritikal..
Aku memang mudah kena jangkit...
Selain daripada malas, tayar Cik Lisa pun pancit pagi tadi...
Nasib baik la ada abang kacak and bapak prihatin yang tolong aku tukar tayar..
Bukan tak tahu tukar sendiri tapi malas nak kotorkan tangan dan comot momot.. 
Bwahahaha...  Dia orang yang tegur, dia orang yang kena tolong tukar....

* Papa prihatin yang tolong longgarkan bolt je...=P *

* Abg Putih melepak muka serius tolong tuka tayar Cik Lisa*


Masa aku balik sempat juga la aku pergi hantar tayar Cik Lisa pergi berubat...=P
Balik rumah makan, lepas tu minum air kelapa dannnnnnnn tidur sampai ke senja..
Hehehe..
Ni semua kes aku tidur petang semalam dan malam tadi tak boleh tidur..
Weekend pula asyik pusing je keje aku...
Sabtu balik dari melepak di rumah Puan Puteri (lepak di rumah Puan Puteri test Uni-fi yang sangat memikat hatiku), aku keluar lunch dan layan movie "FASTER"
Masa tu juga lah aku dengan Zila mengucap panjang dan MasyaAllahhhhh..
Terpikat sungguh kami berdua dengan ciptaan Allah yang indah sekali...
Sampai ke hari ni kami terbayang-bayang lagi...
Hahaha...
Malamnya kami ke Bagan Lalang makan-makan...
Dah lama aku tak ke sana walaupun tempat tu dulu port makan-makan aku...
Gambar? sorry, tempat tu agak malap dan sebagai hasilnya kamera Cik Pinky memang fail...
Semua gamba dalam Satio Cik Zila...
Keesokkannya aku pergi breakfast dengan budak-budak rumah lalu kami menyimpang ke Toyota showroom.
Bukan aku yang tengok kereta tapi si Cik Zila kita...
  
* Tukang cari kete *
*Tukang teman ke Toyota showroom *
* Tukang amik gamba dengan unedit picture *




Balik semua-semua tu keluar semula pergi cari barang tapi kesudahannya melencong juga tengok "Khurafat"..
Tabik spring kat anak Pak Yusof Haslam sebab 1st horrow movie dia memang straight to the point dan jalan cerita susun cantik je.....
Seram dia memang menjadi...
Tapi seram-seram pun aku layan gak...hehehe...
Takut lebih-lebih buat apa, diarang dapat duit aku lak nak seriau lebih-lebih apa kes...

Begitulah kisah aku untuk weekend nih...
Ops terlupa lak kisah pagi Sabtu aku pergi buat spot check di opis ada orang kerja mengula baik punya...
Dia tak tau aku datang buat kerja sikit...
Lunch dekat 2jam, aku pun tak paham..=P
Sekarang ni mood aku sangat swing sebab aku tak suka orang yang sengaja nak buat aku marah...
Janganlah sengaja nak bakar-bakar aku pasal benda yang terang lagi bersuluh, aku pantang lagi-lagi kalau benda tu ko yang buat tapi kata aku lak...
Aku mungkin jenis give and take tapi tolong jangan over sampai nak pijak kepala lak...
Dah la aku tak sedap badan nih...
Silap-silap esok MC dan performance appraisal staff aku terpaksa postpone...
Untuk upgrade tarik +ve energy, aku layah youtube sekejap, dengar lagu-lagu anak Pakcik Tahir...

* Aku punya mood dah terbang jauh....

* No Idea *

I have no idea with what I'm doing now...
Confuse...
Hope will choose the best fo myself...
Aminnnn...

#I'm not just thinking about myself but also about others...

Friday, January 14, 2011

* Mokcik Pening *

Minggu ni 3hari aku tak masuk opis...
Mana aku melilau?
Aku pergi join training dengan wakil ASEAN dan beberapa wakil dari Malaysia...
Tapi bukan aku terbang negara lain tapi Malaysia yang berbaik hati as world halal hub meng'support' diarang datang...
Include akulah yang telah disponsor habis tak payah bayar satu sen pun...
Siap aku pergi minta kat En Budiman dari HDC bagi extra satu lagi tempat untuk rakan sekerja aku..
Satu company sebenarnya perlu hantar seorang saja....
Banyakla ilmu aku dapat even sampai trainer-trainer kat HDC tu siap cakap kat aku depan yang lain, aku ni macam buat refreshing je..
Siap ada yang pergi training dengan aku dah jadi trainer...
Huhuhu....

Aku tak kisah pun pasal tu, tapi yang aku kisah bila balik dari training ni...
Banyak kerja satu hal, masalah tiba2 datang bertimpa...
Pejabat kesihatan tiba-tiba nak datang buat samplinglah datangla aku tak kisah sebab tak ada benda yang salah, projek untuk Indonesia pendinglah, lab testing fail banyaklah, lab assistant aku tak buat testing, online QA asst tak buat sampling...
Apa kejadah!!!!
Aku macam nak kena migrain nih...
Aku ingat kepala aku balik dari training dah penuh sesak, balik opis tak banyak isu, ini tidak...
Adehhhhhh...
Nak menangis rasa ni...
Kes budak baru tu pun satu hal, exec2 aku semua nak clarified bagai...
KOrang nih, bukannya budak tu repot kat akula...
Aku ni sorang je, nak kena fikir semua alamat botak kepala aku oitttttt....
Dari semalam dah berapa biji ubat aku makan pun aku tak perasan...
Aku malas nak layan...
Cuti panjang awal bulan nanti aku nak balas dendam off tipon..
Aku nak pergi holiday...
Orang2 tertentu je yang boleh contact aku...
Itupun contact no.lain....
Aku nak lari dari semua.....

#Kadang2 aku rasa fed up tapi aku kena fikir panjang....

Monday, January 10, 2011

* Kasi Lepassss *

Weekend aku bekerja di hari Sabtu...
Biasalah, function aku under operation team, kalau production ru bermaksud function aku pun kena kerja la juga...
Kami back up team...
So dengan jayanya Sabtu tu aku punya turn kena datang....
Mana orang baru?
Dia pergi buat appoinment dengan dentist katanya....
Aku bekerja dengan kepala yang tak bape nak center....
Aku letih....
Dah la bila nak balik jek mesti macam2 hal jadi...
Macam tak bagi aku balik rumah dengan aman jek..
Selalu macam tu...

Balik2 petang tu terus membuta sampai dekat maghrib...
Lepas maghrib aku join housemate ku pergi karaoke...
Yerrrrrr,...
KARAOKE!!!!
* melalak tak hingat dunia..=P *
Benda yang aku paling alergi...
Tapi malam tu aku tak tahu kenapa aku setuju follow diarang...
Antara sebab utama aku alergi berkaraoke ialah disebabkan suara aku yang sangat teruk...
Bukan lagi ke laut tapi berlaut-laut...
Sampai my Bonda pun cakap anak-anak dia semua memang tak ada bakat menyanyi langsung...
Sumbang mambang...
Tapi nasib baik pandai mengaji dan berzanji...
HEhehe...
Tapi aku dan si Angah tau menari okkkkk...
Especially zapin....
Kami anak Johor tak tau berzapin mau malu beb...
Adik Eryn aku tak tau berzapin...=P
Bernalik kisah berkaraoke tu, housemate aku bantai dalam 30 lagu...
Ambil korang...
Balik masing2 sakit tekak...
Aku?
Lagu suara jantan je aku leh nyanyi tapi tu pun housemate aku yang sorang tu dah macam nak pitam sakit telinga...
Bwahahaha...

Hari Ahad pula, seawal pagi bangun sambung mendobi manual pulak selepas malam balik melalak aku menyidai baju sampai ke pukul 4 pagi disebabkan mata tak boleh lelap...
Selesai mendobi manual, aku ke JJ Bukit Raja buat movie marathon....
Pergi sorang-sorang, boleh pilih ikut suka ati aku nak tengok cite apa, susun program buat apa sehari suntuk....
* Aku memang suka kalau kakak bibir seksi ni yang berlakon..MAmat pirate tu? kadang2 jela suka...=P*
Mula-mula tengok The Tourist....1st show memang pilihan aku sebab di awal pagi ni tiket sangat murah macam tengok cite melayu yang dah kua berminggu-minggu...=P
Lepas tengok The Tourist aku keluar berjalan-jalan kejap sambil singgah ke butil Levi's...
Memang niat di hati nak cari jeans baru menggantikan jeans lusuh aku yang salah satunya memang dah berlubang di .......
Tapi sayang seribu kali sayang setiap design yang aku berkenan semua tak ada size 26...
Yang ada either lebih longgar atau ketat...
Macam tuttttttttttttttt je rasa...
Lepas tu aku frust terus pergi solat dan masuk untuk 2nd movie, Season of The Witch...Ngeh3...


* Nicholas Cage....Cite yang ada dia memang aku layanzzz...*
Puas ati aku....
Kua dari movie pergi jalan-jalan masuk Padini, PDI, dapatlah 2helai baju dengan less 50% sebab aku ada member card...
Sesiapa yang tak ada member card tu kirim salam tak payah mimpi nak dapat less...=P
Pergi Guardian beli barang, pergi Jusco beli baju kerja dan .....................Hehehehe...
Balik rumah terus tido dalam 6 lebih baru bangun,...
Puas ati aku....

#Bila serabut, silalah buat sesuatu untuk membuatkan anda jadi tidak sengal...=P

Saturday, January 8, 2011

* HOMEMADE DELICIOUS FOODS > Sajian Dari Dapur Puteri *

Buat kawan-kawan yang ada di sekitar Putrajaya dan Bangi yang tercari-cari mana nak membuat tempahan makanan bila nak buat majlis simple2, kunjungilah blog bawah ni:

* Sajian Dari Dapur Puteri *

Bagi sesiapa yang nak buat tempahan makanan mungkin, anda juga boleh cuba contact Puan Puteri atau lebih mesra kak Puteri...
Aku sekadar berkongsi di blog aku tentang kat mana kita boleh order makanan yang sememangnya homemade dan yang pasti sedap bukan disediakan ala kadar untuk ambil untung...
Bukan pujian aku berikan berdasarkan gambar yang diperlihatkan didalam blog tapi disebabkan aku sendiri memang salah seorang yang sentiasa menjadi tester makanan di Dapur Puteri tu...
Lagipun sesiapa yang mengenali rapat dengan aku, memang aku cukup suka makan benda yang sedap-sedap...
Kalau rindu sup Bonda Terchenta di kampung terutamanya, akan aku request kepada empunya blog Dapur Puteri untuk menyediakannya....
So, buat sesiapa yang berminat untuk tahu apa menu yang ada, sila kunjungi blog:

* Sajian Dari Dapur Puteri *


* Menu yang sentiasa menjadi kegemaranku...SOTO bergedil istimewa....=) *
* Nasi goreng crabstick yang sememangnya banyak isi2 didalamnya...*
* Coming soon menu....Mee Goreng Basah...*

#Sekadar berkongsi di mana boleh order makanan yang sedap dan worth untuk kita.....

* Perlu Ke? *

Perlu ke aku cerita di sini?
Mungkin aku tak tahan, aku perlu cerita....
Dengan keadaan aku yang agak sibuk akhir2 ni, aku tak tahu nak kata apa....
Keje untuk awal tahun dan akhir tahun ni dah bersusun dalam planner....
Hal keje satu hal, hal family aku pun pening...
Mungkin orang kata aku duduk jauh dengan family tapi hakikatnya apa yang terjadi sebesar kuman walau sesaat kat rumah family aku semua aku tahu....
InsyaAllah mana yang aku boleh handle aku buat, mana yang tak boleh aku minta tolong "orang2" yang sepatutnya walaupun selalunya pedih je yang aku dapat....

Itu hal kerja dan family, hal di rumah sini pulak lain..
Aku rasa, aku betul2 perlukan my own space....
What I mean, mungkin rumah sendiri...
Bukan aku jenis tak boleh berkongsi tapi aku jenis yang tak suka bersepah (walaupun aku bukanlah pembersih tahap gaban tapi aku rasa semua yang pernah stay dengan aku semua paham)...
Kalau dulu luar bilik sepah aku masuk bilik tapi if my own room pun bersepah, mana aku nak pergi?
Takkan nak pergi check in pula...
We used the same room, the same place, why don't we together clean it up, throw the rubbish, wash the bathroom...
Aku tak minta buat hari2 tapi kalau dah setiap kali pun dah semut berjalan penuh, dan "segala2" naik melata kat lantai tapi dibiarkan jek, aku tak boleh tahan....

Aku tak sure , adakah tapak kakiku aku nipis sangat tak boleh pijak habuk dengan sampah sarap ke hape....
Masing2 kalau bergaya atau mekap tebal seinci tapi tempat tinggal?
Memang aku akui, kalau luar rumah, rumput2 tu aku tak larat nak cabut sebab aku balik pun malam....
Setakat sempat di sapu daun2 kering yang bersepah berterbangan...
Tapi kalau dalam rumah, dari dulu sampai la ni, aku tak tau nak kata apa...
Kadang2 aku balik dari kampung sepenat mana pun, sampai pukul berapa tengah malam buta pun aku buat...
Semak, melekat kaki....

Aku yang banyak kerja serabut2 ni balik rumah pun naik serabut jugak...
Apa nak aku kata?
Hal keje aku pun mungkin banyak benda aku buat multitask, kalau aku tension nak bercerita pun bukan orang lain paham...
Semua kata aku hover pulak...
Baiklah, mungkin job scope kita semua berbeza...
Fine...
Pull stop...
Sampai di sini saja.....
Terima kasih buat semua yang bagi aku pressure tapi semua tu buat aku lagi kuat...
Semangat makin tebal di awal tahun baru untuk aku cari my own space....

# Aku tak tahan, kalau ada yang tau, taulah...aku malas nak kata apa dah....SOrry andai terbaca dan terasa kerana aku jenis tak suka cakap atau ulang banyak kali...Biarlah aku berkata2 sekali kalau tak paham2 juga kalau aku dah buat depan mata dan tak reti buat dekk jek aku malas nak layan...memang aku jenis pendam, aku tak tahu la kadangkala aku dapat release dan pernah juga certain perkara aku meletup.....

Friday, January 7, 2011

* Hallo Semua!!! *

Selamat tahun baru 2011....=)
Dah 7 hari berlalu baru nak wish kan, entah apa2 aku nih...
Sorrylah biarkan blog ni bersawang dah berminggu2...
Tak berkesempatan nak update..
Ada masa pun tak ada mood....
Mood lebih kepada nak berehat...
FB pun update status terus logout...

Ni 1st blog update untuk tahun 2011....
Tiba2 nak cite aku ada lukis henna untuk roomate aku...=)
1st time buat tau...
Main taram jek...
Zila buka notebook, search for Henna picture..
Zasss...jumpa yang berkenan dan suruh aku lukis..
Aiyokkkk, nasib baik yang simple jek...
Almaklumlah, saya budak baru belajar....

Ni semua gara2 makcik tu ternampak Henna kat Mydin la tu...
Haishhhh..Balik2 rumah tanya aku tau melukis ke tidak....
Nasib baik tangan saya berseni..hehehehe....
Hasilnya:

* Tangan Model ..hahaha*
#Saya tak tau nak update apa..=P