Wednesday, December 15, 2010

* Sharing Session *


Tajuk macam nak share benda ilmiah je kan?
Tapi sebenarnya bukan la kawan-kawan...
Ini kisah dari seorang teman di opis..
Lebih tepat seorang abang marketing yang suka mengacau kami orang-orang operation yang duk kat opis bawah opis sister company kitarang...
Dia memang suka turun "kacau" kitarang kat bawah, lagi2 bila dia tunggu wife dia masa nak balik...

Kisah ni kisah benar, kisah tukang punya cerita...
Semalam masa kami buat kerja dia datang buat bising lepas tu entah macam mana dia boleh buka cerita yang pada aku buat aku teringat sesuatu....
Ni kisah dia:

Abang ni actually KL boy yang parents dia hantar ke Boy School sebelum di hantar buat A level dan seterusnya tercampak kat oversea..
Boy School yang parents dia hantar tu memang dekat dengan sebuah Girl School...
Jarak antara kedua2 sekolah ni tak jauh tapi tak perlulah aku bagitahu sekolah mana sebab kalau aku sebut kompom semua orang tau..
Abang ni dulu sangatlah nerd even sekarang ni kalau nampak dia senyap kompom orang tak sangka dia tu genius (in marketing)...
Muka selenga jek wei...Pakai cermin mata pulak ala2 cermin mata zaman penjajahan British kat negara China dulu...
Ala2 orang China pakai baju mat saleh gitu...

Masa sekolah dia ada rapat dengan sorang amoi cun paling hotzzzzz kat Girl School yang dekat dengan sekolah dia...
Dia memang tahu amoi tu ramai peminat tapi dia pun pelik kenapa amoi tu suka kawan dengan dia...
Dia pulak memang berkawan macam biasa2 jek la..
Dia taknaklah cakap apa...Pemalu la konon....
Untillllll lepas dah bape lama habis sekolah dalam satu majlis reunion, ada seorang membe dia tengok muka dia yang dah macam sekarang (seiras amoi tu punya muka masa sekola) dan kawan dia ada cakap (bahasa agak kasar )

" Shit MAN!!! You are the guys!!! Do you know ***** (the girl's name) is crazy about you....I'm just wondering what is she crazy about you...Many boys try to tackle her you know but she didn't accept on that time just because of a boy and that boy is YOU!!! "

Abang tu memang mati2 tak tahu pasal hot chick tu suka kat dia...
Dia memang la suka kawan dengan amoi tu tapi dia fikir dia tak layak la nak menggatal sebab dia pemalu (pemalu la sangat..tengok dia sekarang memang tak percaya), dia nerd katanya...

So semalam abang tu buat satu kesimpulan seperti dibawah:

1. Kalau tak mesti dia dah couple dengan hot chick tu dulu...
2. Amoi tu pun tau malu nak approach dia yang nerd even amoi tu awek hotzzzzzzzzzzzzz....
3. Kalau dia dengan amoi tu, kompom dia takkan kawin dengan wife dia sekarang (padahal wife dia cun melecun dan digilai ramai gak..=P)
4. Bagi nasihat kat kami semua, kalau ada depan maa terus sambar, jangan tunggu2 buat kerja bodoh karang melepas....=P

Pendapat aku pulak:
1. Tu terang2 si hotzzzzzzz suka kat dia abis kalau si hot yang kita suka tu sengal macam mana?
2. Abang tu kata kalau suka terus sambar, tak yah jadi pemalu...Tapi kita ni orang Asia lagi2 kalau perempuan, mestilah ada rasa malu tu even sikit tapi kalau jenis tak tahu malu walau sekecil kuman atau sekelumit habuk >>>> Itu yang susah lalu boleh la aku label as GEDIXXXX
3. Besyukurlah dengan pemberian tuhan pada kita, kadang2 tuhan sembunyikan matahari dan turunkan hujan, waktu tu kita dah mengeluh panjang padahal sebenarnya tuhan nak keluarkan pelangi yang indah buat kita...=)

# Kadang2 bila masing2 senyap, masing2 simpan pengakhiran bagi setiap seorang jadi berbeda...Mungkin kita gembira atau sebaliknya...Kisah aku 7 tahun dulu? bawa bahana..=P

0 comments: