Thursday, December 16, 2010

*Bubur Asyura...=) *

Salam 10 Muharam 1432H....
Diam tak diam dah 10 hari kita dalam tahun baru....
Hari ni banyak keistimewaannya, banyak amalan yang boleh kita lakukan dan fadhilatnya berlipat ganda tapi banyak entry kawan2 dan di status FB dah updatekan...
So disebabkan perut aku dah berkeroncong dan teringat bonda terchenta pun selalu buat bubur Asyura, mari aku share something yang aku jumpa di UTUSAN ONLINE....

ARKIB : 16/01/2007

Bubur Asyura juadah sinonim bulan Muharam

MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.
Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.
Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, tidak salah dan tidak ada apa-apa dosa untuk menyediakan bubur Asyura.
Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.
Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.
“Sudah tentu aktiviti ini satu kerja kemasyarakatan yang baik. Malamnya pula mereka berkumpul untuk mendengar ceramah agama berkaitan Asyura. Habis ceramah dan solat Isyak berjemaah, para hadirin bersama-sama menjamu selera bubur Asyura.
“Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama. Cuma ada juga yang terlalu memperbesarkan bubur Asyura hingga seolah-olah ia satu perkara wajib pula,” kata Mohammad Nidzam.
Namun katanya lagi, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).
Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.
“Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.
Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.


Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).
“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.


“Oleh itu, amatlah wajar jika program masyarakat sekitar bubur Asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura,” kata Mohammad Nidzam mengakhiri perbualan.


APA KATA MEREKA


Mohd. Izwan Md. Yusof, 26, (Kakitangan awam)
“Apa yang saya fahami penyediaan bubur Asyura ialah satu kebiasaan dan menjadi ikutan umat Islam di negara kita ini. Saya tidak pernah merasa ia sesuatu yang bersalahan di dalam Islam kerana apa yang dilakukan adalah baik.
“Hakikatnya, kita perlu melihatnya dari sudut positif kerana menerusi amalan kebiasaan ini terjalinnya gotong-royong dan mengukuhkan semangat kejiranan sesebuah tempat itu. Malah amalan sebegini pastinya tidak bertentangan dengan syarak.
“Pun begitu, dalam kita menyambut tahun baru dalam kalendar Islam, apa yang perlu difokuskan ialah bagaimana kita sebagai seorang Muslim menghayati roh atau semangat tahun baru dengan lebih betul dan baik.


Noyah Ahmad, 53, (Pembantu Perawatan Kesihatan)
“Bubur Asyura menjadi tradisi acap kali kita menyambut 10 Muharam dan sebut tentang cara penyediaannya, apa yang saya ketahui, setiap negeri mempunyai kaedah dan cita rasa tersendiri.
“Malah ada juga segelintir tempat, menyediakan bubur Asyura sepanjang bulan Muharam. Namun saya lebih suka sekiranya ia disertai dengan ibadat puasa sunat 9, 10 dan 11 Muharam kerana diketahui fadilat yang diperoleh kepada orang yang berpuasa pada bulan Muharam.
“Sungguhpun, ia satu bentuk adat namun tidak salah sekiranya ia dilakukan kerana ia sebagai satu bentuk bersedekah terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan.”


Norazilawati Muhammad, 40, (Usahawan)
“Apa yang paling ketara apabila kita melihat dalam amalan Asyura ialah silaturahim yang terjalin antara umat Islam. Ia merupakan sesuatu yang baik sungguhpun amalan ini sekadar satu adat kebiasaan khasnya kepada umat Islam di benua sebelah sini.
“Namun janganlah sesuatu yang sekadar kebiasaan bertukar menjadi kemestian kerana dibimbangi ia mendatangkan kesusahan terutamanya kepada mereka yang tidak berkemampuan.”


Mohd. Hafiz Habil, 23, (Peguam syarie)
“Bubur Asyura ialah tentang bahtera nabi Nuh yang terselamat daripada banjir besar, di mana mereka menyediakan sejenis juadah yang terdiri daripada pelbagai bijirin sehingga menghasilkan sejenis bubur yang enak.
“Selain kita sibuk dengan menyediakan juadah bubur Asyura, satu ibadat yang jangan kita terlepas pandang ialah puasa sunat Muharam.
“Saya suka lebih melihat amalan penyediaan bubur ini dari sudut yang positif. Ini kerana pemuafakatan yang terhasil daripadanya adalah bertepatan dengan anjuran Islam iaitu saling bantu membantu dalam kebaikan.”


Rafidah Sulaiman, 26, (Pendidik)
“Amalan menyediakan bubur Asyura kebiasaannya dilakukan secara gotong-royong sama ada di kawasan perumahan, pejabat mahupun masjid atau surau. Ia amat sinonim dengan bulan Muharam kerana ia berkaitan dengan kisah yang berlaku pada zaman Nabi Nuh.
“Sungguhpun begitu, saya lihat sekarang bubur Asyura bukan sahaja menjadi menu wajib pada bulan Muharam tetapi kebelakangan ini bulan Ramadan juga terdapat juadah sebegini cuma ia lebih dikenali dengan nama bubur lambuk.
“Saya bersetuju sekiranya amalan penyediaan bubur Asyura diteruskan kerana semangat gotong-royong daripadanya. Selain itu, juadah ini digemari majoriti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.”

Itu semua yang aku dapat dari internet tapi dari segi pandangan aku lak, apa yang aku paham bubur Asyura ni sinonim dengan kisah bahtera nabi Nuh dan selalunya di bahagian Selatan Tanah Air macam Johor dan negeri sekitar dia, bubur Asyura lebih seperti bubur lambuk tapi bahan dalam dia extra sikit dari bubur lambuk biasa...
* Just like my Bonda Terchenta masak siap ada tempe tapi kurang telur dadar*
Berbeda kalau di Utara dan Pantai Timur, diarang pakai bijirin dan daging...
Dulu masa aku study kat Kuantan, punya semangat pergi ke Cafe kampus sebab diarang kata ada edarkan bubur Asyura sekali tengok aku kompius...
Kenapa hitam?
Kenapa tak macam mak buat?
 
* Macam nilah lebih kurang rupa bubur Asyura yang diedarkan dekat cafe belakang Dewan Besar Polisas dulu*
Almaklumlah, masa tu aku 1st time tercampak kat sebelah sana...Tapi sekarang aku tak pelik lagi...=)
Sudah maklum makanan senusantara..Budu, cencalok, perkasam, tempoyak dan apa lagi entah semua aku boleh telan...(ayat tak boleh blah)
Dan pada hari ini aku rasa tak best sebab tak dapat rasa lagi bubur Asyura bonda terchenta sebab aku tak balik kampung...
Biasanya bonda terchenta akan buat extra dan akan hantar ke surau dan amalan ni dah lama ada kat kampung aku, tak tahu tempat lain sebab aku baru ada satu kampung halaman je..not yet two..=)
Dalam diam aku rasa dah banyak tahun sejak aku zaman belajar lagi dah tak dapat merasa bubur Asyra bondaku, nasib baik tak kempunan...=P (dalam 9-10 tahun)
Tapi lagi tak best bila banyak benda amalan 10 Muharam tak dapat dilakukan....
Bendera negeri Jepun naik daaaa...
 
#Apapun, salam 10 Muharam 1432H dari saya di sini....=)

0 comments: