Monday, October 18, 2010

* My Weekend ~*

JOm aku update apa aku wat weekend nih..
Poyo je kan....
Tapi tak kisahlah...
My Life, My Story so the entry are all about me la kann..
Semalam awal pagi dah bangun even ari Jumaat malam Sabtu tu tidur lewat dalam jam 3am..
Semuanya diakibatkan lepas mendobi terasa gila bahang tak hingat dan rasa macam nak tidur dalam bilik air la..

Pagi2 dah bangun sebab masa alarm jam aku standard ari biasa macam nak pergi keje..
Terus tak boleh tidur sebab takut terlajak tidur ...
Aku dah janji dengan opismate nak pergi cari kostum dan terus menacari keperluan dinner weekend nanti...
Dalam pukul ~10am aku keluar rumah dan meet sorg opismate kat Petronas KESAS menuju ke umah sorang lagi d Subang...
Mula2 pergi Hartamas sewa kostum...
Aku suka kostum lain tapi dapat kostum lain sebab kostum yg aku suka tu ketat kat sua..=(
Cincai jelah pilih...
Aku pakai tudung so kenalah sesuaikan kostum okkkk...

Lepas pilih kostum bagai, kami gerak ke Time Square,....
Oh Yer, lupa lak...
Aku tak drive sebab ada driver kehormat yang memang expert drive di KL...
Apek ni suka rela ikut sebab dia mesti tak tahu nak wat apa kalau balik rumah...
Kami tiba di Time Square terus melanatak kebuluran..
Lepas tu jalan bagai nak rak cari baju dak diaorg tu tak dapt2...
Aduhai...
Penat aku..
Balik rumah dah lewat dan aku juga xlarat dah...
Terus tido...

Pagi Ahad bangun dengan cergas dan teringat nak attend wedding kawan lama di Putrajaya...
Nasib baiklah Puan Puteri remind saya sehari sebelum tu..
Huhuhu...
Wedding Donut aka Nurul Nadia & Bapak aka Safuan....
Lama dah depa couple since masa belaja dulu..

Aku gerak ke rumah Puan Puteri dengan santai sambil memandu dan mengcapture gambar yang telah dikutuk tak lama lepas aku upload kat FB...
Sampai di rumah Puan Puteri dia masih belum bersiap makanya adik dia yang lapo ni menyerang dapur dengan tanpa segan silu sebab hubby beliau beserta FIL tiada di rumah...
Kami menibakan diri kat Presint 16 dengan jayanya tanpa kad jemputan...



* Sophia chumel berbaju kurung dipangkuan Bonda terchenta...OTW to Presint 16 *
 

* Bonda khusyuk menelek pakej juadah kawin sambil makan hidangan daging sedap (kata beliau la) *
  Walaubagaimanapun,
Pengantin datang agak lewat (ataupun kami yang datang terlalu awal..=P )...
Sophia mula rasa macam tak best kot..
Jadi kami memulakan aktiviti Phia The Explorer...
Kami siap melawat ke Pusat Pembelajaran..
Sangat suka dan kagum sebab amcam library (actually its  mini library mini la sangat)..
Aku kan suka buku....=)



* Aku & Library yang serba lengkap..Suka!!*



* Wajah kagum anak kecil dikelilingi buku *



* Wajah Bonda yang happy jumpa port baru for weekend *
 
Setelah siap menjelajah, kami turun ke dewan semula untuk berjumpa pengantin..
Donut sangat2 anggun dalam persalinan merah menyala dia yang ala2 hindustan dia...
Bapak tak kurang segak dengan persalinan hitam merah..Wahhhhhhhh!!!!!!!!!!
Terpikat sudah aku dengan tema merah...
Hahaha...
Ini kata2ku sebagai seorang yang masih single tapi bila ditanya Puan Puteri yang dah bertittle ibu kepada 2 anak tu pun dia juga bersetuju dengan apa yang ku suka tau...
 Dan yang buat aku tersentuh bila lihat reaksi muka Donut nampak kitarang...
May be dia tak sangka kami datang terutamanya Kak Put sebab she just send a message untuk Kak Put panjangkan pada rakan2 lain....
Dan buat aku gelak ialah dia masih ingat nama aku..
Almaklumla, kitarang rapat (tak rapat sgt la) pun just masa sem satujek tapi kalau dah BAKAWALIANS ni lain sikitla...
Dah la nak salam laga pipi aku tercium tangan dia...

* Pengantin Baru*
Sengal okkkk..
Aku memang takleh kalau orang julurkan tangan, automatik dan spontan aku cium tangan depa...
 Dan Donut ni even dah bergelar PUAN...
Masih lagu tu jugaklah gaya dia ...
Dia siap tanya mana Cik Anim tapi Cik Anim kita tak dapt hadir atas dasar tertentu...
Kat wedding Donut n Bapak ni, aku nampaklah muka2 budak2 Seni Bina yang memang aku cam selain daripada geng kitarang sendiri...

Balik dari wedding kami pulang ke rumah Puan Puteri...
Aku terus tuka2 baju nak g tengok movie...
To Be continue at *My Weekend 2*....
Panjang story weekend aku sebab aku rajin menulis yek ari ni..=)

#Puan Puteri, TQ bagi sebat cekodok tepung anda yang YUMMY semasa adik mu ini kelaparan menanti orang itu bersiap sebelum ke kenduri...=)..

0 comments: