Thursday, September 9, 2010

* Di 29 Ramadhan *

Hari ni pagi2 selepas bersahur, mak larang aku tidur sebab nak kua awal pergi cari sayur2, ayam dan daging untuk di masak menjelang hari raya...
Selain tu nak pergi cari kuih raya dan barang2 yang dah di listkan....Pukul 8 lebih dah kua ke Pekan, selepas beli daging sayur semua, hantar minta abah tolong rebus sebab abah wat keje kat umah ari ni...

Lokasi pertama aku ialah ke kilang kerepek si Zila kat Senggarang sebab senang beli kerepek dan dalam sau masa adajual biskut sekali..
Kitarang beli kepek main kaut letak dalam bakul jek...Hihihi..
Sempat lak berborak, bergurau dan bergelak bagai nak rak kat tempat jualan dia...
Kat depan kaunter tu yang tak boleh blah...
Zila sibuk memasak sewaktu aku datang tapi thanks Zila sebab sanggup keluar rumah dengan berperfume bau daging lembu semata2 untuk jumpa aku...
Hehehe...

Lepas settle operasi mencari kuih raya, mak ajak pergi ke Air Hitam...
Itulah sebabnya pergi cari kerepek dan kuih sampai Senggarang,,..
Dah ekat dengan Air Hitam..=P
Mak nak cari barang , pasu dan bunga...
Jenuh den pusing..
Almaklumla, perempuan dan bunga bagai isi dan kuku...
Lepas tu on the way balik dan lagi aku singgah Carefoure cari barang tapi mak duk tunggu dalam kete...
Lepas tu sampai ke Pekan baru teringat ada barang yang dapat beli masa awal pagi, so menyinggahla lagi....

Untuk berbuka mula2 aku request mak masak ikan masak pecal since ada ikan cencaru aka ikan jaket dalam fridge..
Tapi request tinggal request jek sebab si Kecik tiba2 minta aku masak Tom Yam + Sotong goreng tepung+ Kailan goreg belacan sebab takde ikan masin..Huhuhuu...
Tak sampai hati, so buatkanlah....
Masak dengan campak2 jek...hehehe...jap je settle tapi goreng sotong sentiasa agak tak suka sebab meletup2 dah macam bunyi meriam dalam kuali.

* Sotong goreng tepung..=) *
.
Tapi hasilnya tetap rangup dan sedap okkkk..habis licin adik2 aku kerjakan..

* Kailan goreng belacan yang habis clear adik ratah macam tu jek...*

* Tom yam campur yang xde udang.. udang tertinggall kat kedai, nasib bek xbayar lg..=P*
Masak ari ni adalah sangat puas ati..
Dan mak pun senang ati sebab tak yah masuk dapur rini...=)

# Esok petang dah makan ketupat lagi...=P