Friday, July 23, 2010

*Its Friday Again!!! =) *

Hari ni hari Jumaat, penghulu kepada segala hari, penghujung minggu untuk para pekerja macam aku...
Tapi hakikatnya esok aku kena masuk kerja...
Tak apalah, kumpul duit untuk raya...
Rezeki jangan tolak, musuh jangan cari...
Pagi-pagi ni aku dah terliut-liut akibat proses bulanan badan menyerang...
Memang aku akan alami proses yang sengsara...
Apa-apapun, kerja tetap kerja walaupun minggu ni tak banyak sangat benda nak kena settle sebenarnya ada kerja tapi buat-buat tak ada...
Ni baru nak hidup dengan aman tapi "Kakak" besar call dari Pejabat Kesihatan sebab PEGAWAI tu bising-bising dengan dia....
Dia tak tahu apa-apa just tolong ambilkan sijil untuk aku...
Aku inform bos aku...
Last-last bos aku cakap kalau PEGAWAI tu tak nak tolong, its ok!!!
Just proceed je dengan "Words" yang tak nak dipadam daripada kena bayar double atas sebab orang yang tahu tolerate bingai macam tu...
Dah lah kesian kat "kakak" besar sebab PEGAWAI tu bising-bising macam puaka...
Masa dia call pun dengar suara orang tu...
Macam tutttttttttttttttttttt....
Abaikan...

JOm layan Jumaat yang indah...walaupun aku tak tahu apa yang akan berlaku hari ni...
Dan aku nak berbcerita tentang hari semalam cerita waktu malam...
Semalam aku balik kerja lambat..
Tinggal aku seorang je kat cubical department aku...
Di cubical production masih nampaklah lap top 2 orang yang tak balik lagi menyala..tapi orang tak ada, di production sebab production down...
Aku pula dah dekat 8pm lebih dah menggelupurlah perut aku lapar...
Nak ajak diarang makan, diarang masih ada hal...
Aku mencari mangsa untuk teman pergi makan...
Last-last aku teringat seorang kawan lama yang duduk dekat-dekat tempat kerja aku ni...
Aku jumpa dia semula di FB...
Dia un selalu tanya bila nak lepak sama...
Kami berlainan sekolah rendah dan sekolah menengah...
Kami hanya satu sekolah sewaktu sekolah agama, waktu tu pun masa umur 6-12tahun...
Itupun lain kelas...Aku memang jarang communicate dengan dia dulu...
Dulu aku ada bagi gelaran kat dia tak silap aku, Lempeng Putih sebab dia putih...
Lepas darjah 6 dia dapat sambung belajar kat SM Sains Tuanku Jaafar...
Can you all imagine, dah bertahun-tahun tak bercakap tiba-tiba jumpa kat wedding kawan kitarang tahun lepas?
Sangat janggal kan?
Dia tegur tapi aku senyum je waktu tu...
Baru-baru ni dia sangat rajin berborak dengan aku di FB...
Dia kata aku sombong okkkk...
Padahal rumah parents dia tak jauh pun dengan rumah parents aku kat kampung...
Tak sampai 5minit tapi kitarang tak pernah terserempak kat kampung...
Rumah dia dekat simpang nak masuk kampung aku je....
Semalam lepak makan dengan dia dan aku dengan selamba muka sengal dah sound awal-awal nak minta dia belanja...
Dan secara kebetulan dia dah masuk gaji....~*
Orang gomen gaji awal kan...Dia ni budak JKR KL ..penjaga jalan-jalan bahagian Selatan, sapa2 nak minta keje JKR balik kampung, dia kata Muar & Batu Pahat tak ada kekosongan apa-apa jawatan lagi ye..
Tapi yang tak oleh tahan gaya dia cakap memang soft dari dulu sampai sekarang....
Aku pulak yang rasa malu...
Aku kan kalau cakap pakai selamba rock je....
Kitarang borak-borak sampai dekat 10++ pm..
Huhuhuhu...

Itu berita happy aku malam tadi, ni baru dapat email dari Sport & Recrtn Club punya chairman...
Aku vice dia, kompomla dapat dulu sebelum di war-warkan...
Aku baca theme yang dicadangkan untuk dinner company & team building prog..
Aku dah nak gelak dah...Tengah terbayang-bayang makicik-makcik & semua pakai baju "RETROSPECTIVE" akak 60an&70an...
Chairman aku memang amoi sempoi lagi sengal....
Suggest theme tak hingat je memanjang....
Tapi yang tak best program pergi Sabah dah kena cancel, pergi Phuket kena tolak dengan management...
Last-last bengang, suggest pergi PD je...
Kat sana boleh buat team building kaw-kaw punya..
Nak sangat team building kannn...
Tengoklah lepas ni kena reject lagi ke tidak....

Berita terbaru lagi masih panas, aku baru dapat call dari Bahagian Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia pasal program jadi "Cikgu" tukang handle makanan...
Tarikh kompom awal bulan depan start modul...
Minta-minta lulus...
Lepas tu CEO aku datang dengan Chairmain, awal bulan juga tapi aku tak yah mengadap diarang....
Hahahahaha...BESTTTTTTTT....
CEO aku sangat pembersih sangat-sangat-sangat sampaikan kalau tahu dia nak datang, GM aku siap umum buat cleaning...
Huhuhuhu...Scary.....
Tapi sebelum pergi tu aku kena join handle team building untuk staff dulu, yang best nya ialah aku tak payah masuk opis selama seminggu sampai hari Selasa berikutnya...
HUwaaaaaaaaaaaaa ........huwaaaaaaaaaaaaa...
SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAA......

#Kakak2ku...I nak cite kat you all nihhhhhhh...Tak leh story morning glory kat sini...Huhuhuhu..
Kepada kakak 2nd...sory ye kacau tido anda...Ngeh3...

0 comments: