Thursday, July 22, 2010

*Budi Bahasa Budaya Kita*

# Peringatan: Ini adalah entry sensitif kepada sesetengah pihak tetapi sesiapa yang rasa tak pernah terbabit, tak perlu terasa atau emo....

Hari ni aku pergi kerja dengan perasaan yang amat malas...
Tapi aku gagahkan juga sebab teringat nak collect urgent dokumen di sebuah pejabat kerajaan...
Aku sampai di opis macam biasa dan terus masuk lab sebab aku tak ada mood nak ngada dua orang "kakak"...
Bos tak ada selepas lunch hour sebab pergi Food & Baverage Exhibition di KL...
Hari ni banyak breakdown dalam production tapi "kakak2" otai ada kasi settle...
Staff aku buat hal tapi aku tak nak pedulikan dia...
Biarlah dia...
Apa yang aku tahu lebih kurang pukul 3.30pm aku punch out dan nak terus keluar ke Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya di Kelana Jaya...
Aku nak ambil sijil untuk produk eksport kami...
Produk ni sebenarnya 1st shipment nak masuk contry tu....
Sijil tu diperlukan sebelum petang esok...
Sepatutnya sekarang aku dah pusing balik dari sana dan terus menuju pulang ke rumah...
Tapi apakan daya ada problem dan pagi esok "Kakak" besar on the way pergi kerja akan tolong aku ambil...
Dokumen aku pass pada dia, nama produk perlu amend!!!
Aku buat permohonan hanya follow balik info yang dah dibagi oleh pihak logistic...

Dan dari situlah kisah bermula tentang "Budi Bahasa Budaya Kita"
Kalau sebelum ini aku pernah complaint setiap kali telefon Kementerian atau Jabatan, sentiasa telefon tak berjawab ataupun main pass-pass panggilan kepada pihak yang salah hingga selang 2-3orang baru jumpa orang yang betul...
Hari ini lain ceritanya, aku dapat orang yang bertanggungjawab atas hal tersebut...
Aku call mula-mula dia tak ada di tempat dia even dalam opis...
Mintak direct no. tukang jawab telefon berceramah pada aku pasal polisi panggilan keluar masuk...
Call kali kedua berjawab tapi aku punya call di jawab dengan jawapan yang sangat menyakitkan hati oleh PEGAWAI terbabit...
Berikut adalah perbualan semasa panggilan di buat:

Aku: Selamat petang En. XXXX, saya Siti Aminah dari syarikat XXX nak membuat sedikit perubahan kecil pada sijil yang dipohon...Permohonan tu saya dah hantar pada 20.07.2010 hari Selasa...
(Dalam urusan rasmi aku sangat skematik diagram serta profesional dan takkan keluarkan ayat bangang)
En.XXX: Apa? Apa? Stamina? Mina2? Dari Sykt apa tadi? XXX? XXX?
(Dalam nada mempermain2kan)
Aku: > mengulang semula dialog diatas dengan sabar dan tahan bengang...
En.XXX: Apa? Nak buat perubahan? Perubahan apa?
(Dalam nada tak puas hati)
Aku: Saya nak keluarkan perkataan "Brand" pada nama produk sebab kami kena follow balik label pada produk.
En.XXX: Awak sebelum hantar, sebelum finalist tak tahu nak tengok ke!Tengoklah nanti, saya tengok dulu dokumen tu, boleh ke tak saya amend...

Dia letak telefon sekejap dan terdengar suara dari hujung sana perbualan antara En.XXX dengan siapa aku tak tahu.

En.XXX: Cari kejap sijil untuk comp.XXX ni... MEnyusahkan aku je lah...NAk tukar itulah, inilah...
En.???: Tukar apa?
En.XXX: Macam2...Ingat aku ni nak buat kerja tu je ke?Menyusahkan betul !!!@#$%^...

Aku yang terdengar apa yang dia cakap jadi sentap...
Aku hanya nak minta tolong padam satu perkataan saja padahalnya...
Selama aku uruskan benda ni selama 3tahun lamanya dah, dan dah berpuluh kali buat permohonan baru 2  kali je ada amenmend itu pun sebab diarang suka-suka hati letak nama pengeluar & pengeksport sama dan pernahlah sekali tu sebab kes yang sama macam ari ni berlaku tapi pegawai terdahulu tak pernah cakap macam tu...
Aku tahu aku tak tally kan balik nama produk tu sebab satu produk bagi setiap negara di hantar adalah berbeza...
Kadangkala satu produk yang dihantar ke 9 negara berbeza akan mempunyai 8 nama atau sebutan produk yang berlainan....
Tak lama lepas dia keluarkan ayat berbahasa dia, dia angkat telefon semula...

En.XXX: Sijil yang awak mohon tu memang dah siap..Tak payah amend tak boleh ke?
Aku: Saya minta tolong En. untuk amend sebab saya kena tally kan balik dengan perlabelan dia
(Ya, itu perlu sebab dokumen tu digunakan oleh kastam di negara pengimport untuk cek balik kuantiti dalam kontena beserta nama dan segalanya)
En.XXX: Saya tak nak buat keputusan...Awak ambil no ni, 012- *******..Awak cal En.ZZZ...Dia yang ada kuasa nak tukar-tukar,dia pegawai atasan saya,...Awak call dia jelah..

Aku call En.ZZZ..
Ternyata dia cakap NO PROBLEM!!!!
Dan dia bertanya aku siapa yang suruh call dia?
En.XXX ke?
Aku pun jawab ye jelah...
Dia membalas dengan mengatakan dia sendiri tak cek dokumen yang aku hantar...
Sepatutnya setakat keluarkan satu perkataan tu tak payah tanya dia katanya...
Apakah????
Esok aku tengok jelah apa jadi kat sijil tu...

Kesimpulannya di sini ialah>>> perlukah mamat bernama En.XXX tu marah-marah kat aku dan siap cakap yang macam-macam?
Dan untuk mendapatkan sehelai kertas yang bezanya kami tak boleh cop dan tandatangan jawatan PEGAWAI KERAJAAN, perlukah aku di rendah-rendahkan macam mengemis?
Dia lupa bahawa kertas yang sekeping tu kami bayar dengan harga RM dan sebenarnya unworth sebab hanya boleh tahan selama 3bulan je...
Mentang-mentang kami dari pihak swasta perlu memohon bagai tapi tolong jangan lupa kami adalah orang-orang yang menjana ekonomi negara untuk negara bayar gaji orang kerajaan macam kau En.XXX....
Kadangkala korang dapat kerja pun bukan pasal koprang eligible untuk jawatan tu tapi disebabkan korang guna sistem "KABEL" atau orang dalam....
Sebelum ni pernah terkena dengan orang-orang yang kurang sopan sebegini atau perasan bagus tapi kali ni sangat melampau...

#Kepada kawan-kawan yang aku tahu memang bijak pandai lagi tinggi jawatan, jangan diikut perangai makhluk seperti En.XXX diatas kerana anda semua akan hanya mendapat sumpahan je...

4 comments:

ila haron said...

huhuhu...xdapat di nafikan mmg jd cmni..selalunya staf2 bawahan jer yg cakap camtu...perasan macam besaaaarr sangat jawatan tu...bila cakap ngn pegawai diorg xde masalh pun..pastu bahasa bukan mainnn..dulu masa ila mula2 masuk kerja, org xkenal lagi, siap kena sound lagi ngn kerani, ngn org2 bawahan kalau cakap dlm fon..coz dia xkenal kita..skrg dh kenal, masing2 cakap lembut gigi dr lidah (bodek!!!)

Min Min said...

Ila, akak selalu ada keje dgn diarang dah la jawab talipon pun susah...
kalau talipon tu boleh meletup lepas bape kali bunyi, kompom talipon tu dah meletop..
kalau xnak ckp dlm talipon, bagila email address...
Ada bukannya xde...
Tapi kedekut nak bg..
Tapi pasal tadi yg dia cakap belakang tu mmg pedih dgn main2 jawab tipon...
macam org tak berilmu...
jtuhkan air muka sendiri...
bila pergi pejabat tu bila2, akak nak cari org nama tu...
nak tgk muka dia sendiri dgn biji mata akak...
sgt meluat...

oya zihanee said...

+ aduhai~~~ terasa akak... hehehe~~~ aku pulak xde direct office phone.. main hp je.. lagi senang.. dlm toilet pon le jwb tel.. aku pon xphm org yg xnak berbudi bahasa nie.. kan seronok kalau kite ckp lembut2..hati xsakit.. org suke.. xdpt ape pon kalau ckp marah2.. dari ckp pnjnag2..baik settlekan je ape yg org private nak.. sonang koje!! ngee~~~ sabr ye min..

Min Min said...

Oya, aku dalam keadaan bersabar sangat2 semlm...
Dan nasib baik mood aku baik...
Kalau aku tak fikir aku nk guna sijil tu, kompom aku dah sekolahkan dia balik...