Thursday, July 1, 2010

*Aku Masih Jaga*

Aku masih terjaga dengan mata yang segar bugar....
Selalunya diminggu bekerja masa-masa macam ni aku dah landing siap atas katil tak kira dah mengantuk ke belum...
Sebab kalau aku tak buat macam tu kompom keesokkan harinya aku pergi kerja lintang pukang...
Malam ni aku masih lagi mengadap PC sorang-sorang sebab housemate aku semua keje shift malam sambil-sambil berpusing-pusing tengok CSI ulangan pukul 10pm tadi punya...
Malam jadi lebih panas dari biasa...
Rumah yang aku duduk ni memang berbahang, 24jam kipas pasang, air cooler sampai kering air dikerjakan....
Apakah sebab balik kerja tadi aku dah terlena dek kerana tak sanggup tahan flu yang menggila ataupun mood aku berswing balik selepas beberapa hari aku dah ok?
(Padahal tadi balik awal sebab dok melantak pergi ke SIRIM dan Jabatan Kesihatan...=P)
Jawapannya aku sendiri tak tahu....
Apa yang aku tahu aku nak balik kampung next week selama 4hari untuk tenangkan kepala otak...
Aku malas nak buat Sudoku...
Buku humor bertajuk "Eh!Wat You Talking?" yang aku beli hujung minggu hari tu pun abis dah aku baca...
Bahan baca lain yang berat malas aku nak baca sebab nanti makin tambah berkerut-kerut dahi aku....
Word search ada 2 buah lagi buku aku tak settlekan lagi...
Kerja dari opis?
Memang bawa balik tapi tak ada mood nak buka kat rumah...
Walaupun hakikatnya ada satu tu bos nak aku submit awal minggu depan....
Ohhh!!!Sungguh tak boleh biarkan terus macam ni....
Main game?Main lama sangat nanti tangan aku naik lenguh lak tambahan bahu aku dalam minggu ni buat hal balik lepas aku buat job luar ari Isnin ari tu...
Aku kena naik ke tingkat 5 setinggi > 7meter tinggi...
Letih tangan den menahan...
Macam mana nak pergi skytrex dengan membe opis lama kat Taman Cahaya month end ni kalau tangan dan bahu aku masih buat hal....
Padahal archery dengan bowling aku tak ada sentuh pun dalam masa bape bulant nih (ok, aku tipu, ari tu pergi Genting aku ada layan archery tapi bape sangat la arrow)
Nak tengok DVD tak ada lak DVD baru...
Tak sempat nak pergu cari stok....
Astro rumah aku sekarang ni basic pakej je sebab masing-masing kerja tak layan sangat tv....
Ohhhhhhooooo....
Nak buat apa ni?
Nak tido mata segar bugar....

#Aku dah lama tak jadi "burung hantu" sejak abis belajo 5tahun dulu...kecuali aku kena settlekan urgent report atau mendobi memalam buta...=P

0 comments: