Friday, July 9, 2010

*Aiyohai Mat Myanmar*

Pagi ni aku bangun lewat untuk ke tempat kerja...
Kenapa?
Sebab malam tadi layan online guna Bodband lemau sampai pukul 1++am...
Pagi ni walaupun lewat aku tetap bangun dengan hati berbunga riang...
Almaklumlah sebab hari ni aku half day dan nak terus balik kampung lepas singgah rumah pack apa barang yang patut...
Semalam dah siap plan nak buat apa weekend ni dengan mak dalam telefon..
(Mak asyik telefon je sebab tv rosak...dia bosan la tu...Tu yang membebel panjang dalam telefon)
Pagi ni aku masuk kerja tengok production tak mula lagi...
Aku call production minta pinjam staff depa kat lab...
Apa lagi, guna lah sebaiknya...
DApat dua orang, seorang kakak memang dah tahu masuk lab nak tolong buat apa...
Seorang lagi?
Mat Myanmar kecik (umur mungkin dalam 17-20thn)...
Aku peninglah dengan dia...
Depa kata budak ni paling cerdik..
Tapi cerdik-cerdik dia pun penat aku bercakap sepatah haram B.M tak paham, B.I lagilah hancurrrrrrrrrrrrr...
Last-last aku dah macam badut sarkas la pulak...
Bercakap dengan buat gaya siap lukis bagai...
Ya ampunnnnnnnn...
Dulu masa tempat kerja lama  adalah juga budak Myanmar tapi elok je dia cakap Melayu, muka pun dah macam Melayu...
Yang ini?
Muka ada la sikit macam orang Malaysia tapi nakal yan ampunnnn...
Selalu kena pekik dengan makcik-makcik kat production....
Dah lah cakap kena buat gaya, lepas ni kalau buat training aku tak tahu nak buat macam mana untuk sampaikan mesej kat depa ni...
Sengal okkkkk....

0 comments: