Thursday, June 17, 2010

*Malas Ya Ampunnnnn*



Weekend hari tu aku kena bekerja pada hari Sabtu,begitu juga hujung minggu ni setelah minggu sebelumnya sibuk bercuti panjang dan berjimba-jimba di kala mak dan adik aku datang ke mari.
So disebabkan kerja dihujung minggu, aku akan ada satu masalah kurang tidur..
Aku ada presentation esok untuk bos dan function (in our company, perkataan "department" telah dimansuhkan dari kamus kami sebab berbunyi agak mempunyai semangat macam nak "bertekak" dengan department lain).
Aku tak tahu kenapa sampai hari ni semua bahan aku tak prepare lagi dari power point point sampailah hard copy...
Kat opis memang haram lagila aku malas nak buat sebab bila aku buat ada je yang menyinggah tanya, kalau dah tanya lebih baik aku tak payah present.
Kalau dekat rumah, siap fail bahan dengan aku tidur sekali...Macam mana tu?
Selalu buat?
Memang selalu...
Yang bos aku pun memeningkan sebab aku di hantar training awal tahun, tapi pertengahan tahun baru suruh present pada semua...
Memang aku MALAS weiiiiiiiiiii!!!!!
Penyakit nak tidur pun asyik menggoda la pula minggu ni...
Aduhaiiiii..........

0 comments: