Monday, June 21, 2010

*Edisi Hujung Minggu*

Macam mana setiap orang habiskan masa hujung minggu...
Pada aku, aku ikut mood...
Kalau aku rasa nak balik kampung, aku balik,
Kalau aku rasa rajin dan ada masa pergi kenduri kahwin,aku pergilah,
Kalau aku rasa macam nak tengok movie, tengok moviela aku tak kira berapa round nak tengok,
Kalau aku rasa nak duduk rumah tidur sepanjang hari, yang itu pun aku pernah buat,
Kalau nak terlentang depan tv tengok dvd ke atau tv tengok aku pun selalu dah,
Minggu ni ingat nak duduk rumah tapi bila tengok PC aku buat perangai lagi, aku ajak En.Z pergi Genting...
Sape suruh gatal mulut since awal minggu kata boring tengok movie,dia juga...
Sape suruh gatal mulut kata nak berjalan-jalan, dia juga,
Sape suruh gatal mulut cabar aku main super shot n etc. kat atas tu,dia juga..
So aku suruh dia belanja aku pergi sana...
Sebelum ni aku pernah pergi Genting tapi dengan urusan kerja dan tak ada masa nak masuk outdoor theme park...
Mesti ada yang kata "prak' nyalah aku kan...Kat Genting pun tak pernah main-main...
Tapi aku peduli apa...=P

Seawal pagi jam 7.00am aku dah dok tercongok dekat dapur sebab teringin nak makan breakfast nasi goreng sendiri...
Isi nasi goreng dengan bahan-bahan aku dah siapkan dulu malam sebelumnya (malam di mana aku rasa macam nak pengsan je sebab balik kerja buat kerja rumah pula dengan membersih rumah di kala housemate ku tak ada dan mendobi cucian sebanyak 2round)
Nasi goreng tu siap xsampai 15minit...
Campak segala isi sayur brokoli, bunga kobis, lobak, dan special ada balance petai lepas buat sambal tumis udang malam sebelumnya pun aku cincang campak sekali...
Letak telur, letak chicken cocktail dengan bilis goreng...
Sememangnya menu sihat yang menyelerakan...
Siap bungkus elok-elok terus hantar mesej pada En.Z panggil dia standby air, tak kira la dia nak order kat mamak ke, buat ke sebab aku tak ada bekas nak isi air panas...

Siap memasak aku nak iron tudung, serius pepagi aku dah naik berang bila aku tengok tudung Ariani aku dah kena turun warna dari tudung Ariani lain...
Aku tak la rendam, aku just siram air, letak sabun liquid yang dah dicairkan pastu bila dengan softlan...
Aku dah kena untuk kali kedua...Aku berang tapi tengok jam, aku cepat-cepat bersiap...
Gerak pergi rumah En.Z parking kete kat sana...(Dia tak nak jemput aku sebab dia kata naik arah ke KL nanti dia nak kena pusing balik)
Kitarang breakfast kat  taman berdekatan Bukit Jalil...
Orang lain sibuk jogging kami sibuk tengok orang lain jogging sambil makan  nasi goreng + sambal udang+air teh o suam perisa strawberry...

Lepas breakfast terus mulakan perjalanan, memula aku ok lagi tapi bila dah masuk highway sampai ke kaki bukit nak naik ke Genting aku membuta..
Wakakaka....
Peduli apa aku sebab kereta dia, biarlah dia srive kecuali dia minta tolong aku drive ...
Sampai kat Genting Jaya, kitarang parking kete naik cable car...
En.Z menakutkan aku bagai nak rak tapi sorry la...I hati kering, naik gondola tu tak ada perasaan ok...
Tapi menyampah adalah...Dari masa que dekat stesen bawah sampai masuk dalam gondola, mata aku telah di jamu dengan aksi-aksi dua ekor budak kategori sekolah menengah yang dok main pukul-pukul,urut-urut,karate-karate, cucuk-cucuk....Dah la depan aku que nya...
Aku cakap pada En.Z, boleh tak aku sepak kaki budak depan aku, dia kata tak payah sepak,langgar je...
Wakakaka...
Budak-budak tu pun tak paham gamaknya ada kakak-kakak dan abang-abang yang dok jeling diarang dan ada yang siap tarik muka dan batuk-batuk lagitu....
Aku bukanlah bagus sangat tapi ni tengah sesak dok que depa boleh pula main aksi-aksi macam tu....

Sampai kat atas terus masuk outdoor theme park nak beli tiket dandengan selamba aku bagitau En.Z yang dia perlu beli tiket satu je sebab aku dapat birthday voucher Jusco tapi bila nak claim tak boleh sebab budak counter tiket tu cakap birthday aku bulan 5, voucher tarikh bulan 6-7....
Aku siap nak mengamuk je rasa....
Aku pun tak tahu budak kaunter tu yang bangang atau Jusco yang bangang sebab bagi aku voucher tarikh macam tu...
Tapi lepas tu En.Z kata tak apalah, dia belanja....Wakakakaka...
Mula-mula masuk,1st game kitarang main ialah buaian yang swing berpusing-pusing, pastu pergi archery, pastu pergi menembak, pastu pergi baling gelung....Macam pergi fun fair pula main tembak-tembak dengan baling  tu...
Dah penat pusing-pusing, pergi tepi jap amik-amik gamba, makan aiskrim, sambung lagi...
Layan main roller coaster, pastu pergi main game paling tinggi kat situ iaitu Super Shot...
En.Z beriya-riya menakutkan aku dengan benda alah tu, dia siap cakap kalau takut tak payah naik...
Aku punya spesis kalau orang cakap macam tu, lagi aku nak naik....
Masing-masing yang naik semua turun dengan kebanyakkannya bermuka pucat...
Tapi siap ada yang tergelak-gelak....
Huhuhuhu....
Naik tak sampai seminit tapi jantung nak tercabut( orang yang takut tinggila tu)...
Aku naik, memang tinggi....
Satu theme park aku boleh tengok dari atas tapi sayang ok, pemandangan tu sekejap je bila dah bunyi desus air pressure je, kami di atas tu dihenjut ke bawah sampai terasa punggung ni tak cecah seat....
Aku punya mulut jangan cakapla...
MENJERIT!!!!
Even masa main, buaian dengan Roller Coaster tu, En.Z yang menjerit beriya, aku senyap selamba je...
Ini terbalik lak...Dia senyap sunyi...Padahal dia dah banyak kali datang main...
Rupa-rupanya dia cuak...
Hahahaha...
Dia kata punggung dia terangkat....
Aku tak terangkat sebab aku pergi peluk belt seat kuat-kuat dan tekan ke bawah sambil silang kaki...
Hehehe...tak tahula mana aku dapat idea tu...
Lepas main benda alah sengal tu, kitarang pergi masuk la benda paling bodoh yang aku takkan main lain kali kalau aku pergi lagi,Crazy Space LAb...
Peningkan kepala, tapi tak ada apa yang best....
Sumpah ramai yang bising bila keluar dari situ....
Lepas keluar tempat pening-penig tu, ingat nak pergi naik benda alah apa entah ala-ala macam roller coaster tapi tak pusing dengan bot naga tapi tutup pula...
Last-last main Bumper boat...
Bapak panjang beratur...
Sebab dah petang kan....
Aku tak pernah main benda alah tu....Berkayak aku tahulah...
Aku tengok ada dua ekor mamat tu asyik duk berputar satu tempat je, tak gerak-gerak...
Kalau gerak pun pergi langgar tebing saja...
Aku tengok En.Z dah geram je tengok mamat 2orang tu...
Dia cakap sengal semacam....
Dia cakap orang lain tapi aku yang kat sebelah dia time tu pun terfikir, aku bawa benda tu nanti entah macam mana gamaknya...
Tapi bila sampai turn aku, terbukti aku tak sengal...
Dan sikit pun aku tak basah macam orang lain...Hahahaha
Aku pilih bot yang seat dia kering pastu aku pandu dengan jayanya tanpa langgar orang lain dan tunjuk skill elak di langgar....

Lepas puas memain dalam pukul 4lebih kitarang pun makan-makan kat MarryBrown (masa kat situlah aku perasan yang aku tak masuk tempat Dinasout tu...Huhuhuhu...En.Z tak remind pun!!!) and balik...
Ambil kereta kat rumah En.Z tapi sebelum tu singgah lagi makan Cha Kue Tiaw dekat perumahan dia...
Dah la sepanjang jalan balik aku membuta, celik-celik terus makan...
Hehehehe...Membebel la En.Z sesorang...
Sampai rumah aku pun menggosok segala baju perlu gosok dan konon nak melipat kain yang berbakul tapi kain tengok aku tidur...
Padahal masa tu belum ada pukul 10.30pm...
Dah la duduk rumah sesorang dari ari Rabu ari tu...
Huhuhuhu...
Minggu ni tak tahu apa misi aku selain pergi kenduri kahwin best friend aku si Arip yang kawin kat PULAPOL..(Dia bukan polis tapi mak dia orang polis)

2 comments:

Baby Tiger said...

wahh having so much fun ye??

Min Min said...

Akak,
I try to make my self happy...Kalau sendiri tak happykan diri sendiri, tak ada makna orang lain nak buat untuk kita...
So...Enjoy yourself!!!